23.9.16

BAUCAR MEMBELI-BELAH CJ WOW SHOP UNTUK AHLI TONTON VIP

BAUCAR MEMBELI-BELAH CJ WOW SHOP UNTUK AHLI TONTON VIP | Portal video nombor satu Malaysia, tonton, yang kini mempunyai lebih dari 5.9 juta pengguna meneruskan satu lagi usahasama bersama rangkaian membeli-belah inovatif, CJ WOW Shop untuk memberi sesuatu yang istimewa kepada rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia yang jatuh pada tarikh 16hb. September 2016.

BAUCAR MEMBELI-BELAH CJ WOW SHOP UNTUK AHLI TONTON VIP


Seramai seribu ahli pertama yang melanggan pakej tonton VIP dari 16 hingga 30 September 2016 bakal membawa pulang sekeping baucar membeli-belah bernilai RM30 dari CJ WOW Shop. Seribu pelanggan bertuah ini akan mendapat informasi selanjutnya melalui emel yang akan diedarkan pada minggu pertama bulan Oktober hadapan.

Mengulas mengenai usaha kerjasama itu, Pengurus Besar tonton, Ben Jern Loh berkata, “Ini merupakan keistimewaan yang diterima oleh ahli tonton VIP. Ini adalah janji kami untuk sentiasa memberikan layanan VIP kepada setiap pelanggan. Tidak terhenti setakat itu, pelanggan tonton VIP akan mendapat lebih banyak keistimewaan seperti pas eksklusif ke konsert dan majlis anugerah antaranya Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Skrin, selain diskaun istimewa ketika berkunjung ke Karnival Jom Heboh.” 

Antara keistimewaan lain yang diterima sebagai ahli tonton VIP adalah akses penuh ke arkib tonton yang mempunyai lebih dari 23,000 jam drama, filem serta rancangan hiburan tempatan. Selain itu, mereka turut berpeluang untuk menyaksikan kesemua episod drama terbaru di tonton beberapa bulan lebih awal dari siaran televisyen. Lebih hebat lagi, ahli tonton VIP juga boleh memuat turun rancangan kegemaran mereka di telefon pintar menerusi aplikasi terbaru tonton untuk peranti iOS dan Android bagi menyaksikannya walaupun tanpa data internet.

Manakala baucar membeli-belah CJ WOW Shop yang diterima oleh pelanggan tonton VIP pula boleh digunakan untuk pembelian aneka produk daripada pelbagai kategori termasuk fesyen, kecantikan, digital, kediaman dan kehidupan. Semestinya faedah-faedah ini amat menarik perhatian dan memenuhi kehendak ahli tonton VIP.

BAUCAR MEMBELI-BELAH CJ WOW SHOP UNTUK AHLI TONTON VIP


Pelbagai rancangan eksklusif turut menghiasi tonton sempena Hari Malaysia ini. Antaranya ialah It’s A Date, program berbentuk biografi yang mengikuti perjalanan kehidupan anak seni seperti Mia Ahmad, Fattah Amin, Keith Foo dan Soo Wincci. Program berbentuk hiburan, Crazee Stupid Stuff pula menyaksikan hos, Sharifah Amani melakukan pelbagai perkara yang berada di luar jangkauan fikiran. Kesemuanya hanya boleh disaksikan di tonton.

Keunikan Malaysia turut ditonjolkan di tonton menerusi rancangan yang memaparkan keindahan tanah air kita dari segi budaya hinggalah ke hidangan istimewa. Antaranya Hoods, Best In The World, Jalan Jalan Cari Makan, Homecoming dan Let’s Cycle.

Mengenai CJ WOW SHOP




CJ WOW SHOP merupakan rangkaian beli-belah di rumah yang inovatif yang boleh ditonton dari televisyen, platform-platform telefon mudah-alih dan atas talian, yang membawakan kepada pengguna Malaysia suatu pengalaman untuk dari segi visual, bersifat interaktif serta imersif. Ditubuhkan pada tahun 2016, pihak syarikat mencari dan menawarkan produk dan perkhidmatan bermutu tinggi yang mampu memperkayakan gaya hidup pelanggan. Sebagai syarikat media dagang berorientasikan pelanggan yang terulung di Malaysia, kami membantu pelanggan untuk membeli-belah dalam keselesaan bersendiri, sama ada di rumah ataupun di mana sahaja, pada bila-bila masa.

CJ WOW SHOP menyempurnakan lagi beli-belah di rumah dengan menyelaraskan kelebihan dan kepakaran yang terhasil dari kerjasama antara kumpulan media bersepadu terbesar Malaysia, iaitu Media Prima Berhad, dengan syarikat terkemuka global dalam bidang beli-belah di rumah dari Korea Selatan. CJ O Shopping Co. Ltd.

Jangan lepaskan peluang untuk nikmati kesitimewaan sebagai ahli tonton VIP di Hari Malaysia ini. Untuk maklumat lanjut mengenai tonton VIP dan CJ WOW Shop, sila layari tonton.com.my dan www.cjwowshop.com.my.



4.9.16

Rumah Tiny Sempit Tapi Menakjubkan

Rumah Tiny Sempit Tapi Menakjubkan | Bayangkan hidup dalam ruang yang luasnya hanya 168 kaki persegi, 14 kali lebih kecil daripada rumah purata Amerika. Itulah realiti untuk satu keluarga, bagi tahun yang lalu, telah tinggal di yang di gelar "Rumah Tiny" mereka yang terletak di pergunungan luar bandar Virginia. (Artikel ini ditulis pada 20 Jun 2012)


Rumah Tiny
salah satu Tiny House - bahagian luaran

Di sinilah, mereka berkata bahawa mereka telah benar-benar mempelajari bagaimana berjimat dengan lebih banyak lagi. Malah, dalam masa satu tahun sahaja keluarga telah berjaya menyelamatkan kira-kira $ 3,000 sebulan mengurangkan saiz adalah salah satu cara yang terbaik.


Rumah Tiny Kecil Tapi Menarik
Bahagian dalaman Tiny House

Langkah itu bermula apabila, suami Karl beliau dan dua anak muda Archer dan Ella mereka telah dipaksa untuk memberikan rumah  1,500kaki persegi tahun lepas kerana kekurangan kewangan. Hari dan Karl memutuskan untuk tidak membeli. Secara literal, dengan membina rumah baru mereka kecil dengan hanya $ 13.000 dalam bahan-bahan yang didapati di Craigslist.

Karl yg tahu serba sedikit pasal pertukangan ni banyak belajar dari ibu bapanya ketika di masih kecil lagi. Rumah Tiny adalah sementara. Matlamat akhir, mereka berkata, adalah untuk menyelamatkan wang dan cmukup untuk satu hari membina rumah yang lebih besar, yang 100% bebas gadai janji. Dan dengan jumlah yang mereka telah diselamatkan setakat ini mereka adalah benar, mengikut jadual untuk berbuat demikian.

Sumber : Main page of yahoo.com


Nota : Nak tengok "Tiny House" yang lebih menarik sila search Google..

2.9.16

Menakjubkan Belalang Juta Serang Israel

Belalang Juta Serang Israel | Berjuta-juta belalang di lapurkan telah menyerang Israel melalui sempadan Mesir sejak 02 March 2013 lalu. Berikut di sertakan beberapa gambar dan Admin klasifikasikan sebagai Serangan Belalang JUTA ke atas Israel. (entry ini di published pada Mac 2013)

BERJUTA BELALANG SERANG ISRAEL
Lelaki Israel berlari di dalam gerombolan belalang

Kerosakkan dan kemusnahan

Jika Belalang Juta ini menyerang pasti banyak kerosakkan pasti akan berlaku .Belalang juta mampu memakan anggaran tumbuhan hijau seberat jisim badan mereka setiap hari: daun, bunga, kulit kayu, batang, buah, dan benih. Hampir kesemua tanaman, dan tumbuhan bukan tanaman, berisiko, termasuk millet, padi, jagung, sorghum, tebu, barli, kapas, pokok buah, pokok kurma, sayuran, rumput ragut, akasia, pine, dan pisang.

Seorang lelaki Israel berlari melalui sekumpulan belalang yang tiba dari atas padang pasir Negev berhampiran sempadan Mesir pada 6 Mac, 2013 di Kmehin, Israel. Mesir dan Israel telah dikerumuni dengan berjuta-juta belalang sejak beberapa hari lepas menyebabkan gangguan di merata-rata tempat.

Belalang Juta
Belalang tersebut singgah hinggap di atas pokok sebagai Swarm jenis belalang tiba di Israel berhampiran sempadan Mesir pada 6 Mac, 2013 di Kmehin, Israel. Mesir dan Israel telah dikerumuni dengan berjuta-juta belalang sejak beberapa hari lalu menyebabkan gangguan meluas.

Seorang lelaki Israel sedang memerhatikan hala tuju belalang-belalang menggunakan Binakular
dan bersama tangkapan belalang di dalam akuarium.
Situasi di mana belalang ini di merata-rata tempat termasuk melintasi jalan raya
Barisan belalang Juta ini tertumpu di kawasan padang pasir
Terkini sekumpulan belalang terbang berhampiran Kmehin di Israel Negev padang pasir 5 MAC 2013 dari sempadan Mesir.

Nota : Kerugian tumbuhan dicatat dalam Injil dan Al Quran. Dalam abad lepas, serangan Belalang Juta berlaku pada 1926-1934, 1940-1948, 1949-1963, 1967-1969 dan 1986-1989. Kerugian besar tanaman disebabkan kawanan belalang juta, memberatkan masalah kekurangan makanan, dan merupakan ancaman kepada keselamatan bekalan makanan.
*Maklumat di perolehi berdasarkan "research" di Wiki, yahoo. Google. Segala yang tercatat tidak semestinya tepat. Sila buat kajian terdahulu sebelum jadikan Artikel ini sebagai rujukan.

Kredit gambar :  (Photo by Uriel Sinai/Getty Images)

1.9.16

10 Doa Iblis yang Dimakbulkan Allah

10 Doa Iblis yang Dimakbulkan Allah | Assalamualaikum w.b.t, menurut definasi daripada laman Wiki (Wikipedia, ensiklopedia bebasIblis adalah makhluk ghaib yang dijadikan daripada api dan tidak dapat dilihat oleh pancaindera. Iblis termasuk dalam golongan yang menderhaka kepada Allah S.W.T. apabila enggan sujud kepada Nabi Adam a.s.


Sekadar Gambaran rupa Iblis
Gambar sekadar hiasan | kredit : google images


Pada awalnya , Iblis adalah salah satu golongan seperti Malaikat, Mereka rajin beribadah dan selalu tunduk kepada perintah Allah . Bahkan Iblis mempunyai tahap yang lebih tinggi dibanding malaikat. Dan mereka pun mendapat kedudukan menjadi penasihat malaikat. Namun hingga pada suatu peristiwa. Dimana ketika Allah telah menciptakan Nabi Adam. Lalu Allah memerintahkan malaikat untuk bersujud dihadapan manusia pertama itu maka , malaikatpun tunduk untuk melakukannya. Namun ketika giliran Iblis yang mendapat perintah yang sama, Iblis dengan tegas menolak, kerana mereka menganggap merasa lebih mulia dibanding Nabi Adam. Iblis merasa lebih mulia kerana diciptakan dari api sedang Nabi Adam dari tanah.


Kerana penolakan itulah Iblis mendapat murka Allah dan akhirnya terusir dari Syurga. Saat itulah timbul dendam Iblis kepada Adam , dengan satu tekat , Adam harus sama-sama terusir dari syurga.

Dan hingga kini, pergolakan antara penggoda dan yang digoda terjadi secara turun temurun dan telah berlangsung selama ribuan tahun. Alhasil iblispun berjaya mempengaruhi pembunuhan pertama diatas bumi oleh Qabil putra Nabi Adam. Maka kejahatan demi kejahatan akibat dari bisikan jahat itu terus terjadi hingga kini. Jika Kehendak Allah telah menetapkan iblis menjadi penghuni Neraka , maka iblispun mempunyai tekat yang sama ketika berusaha mengeluarkan Adam dari syurga, iaitu .. MANUSIA HARUS IKUT KE NERAKA! .

Dalam suatu kesempatan, Iblis datang menemui Rasulullah SAW. Dan ketika Nabi SAW mengetahui kedatangan Iblis , maka terjadilah dialog diantara keduanya, dan Rasulullah bertanya tentang permintaan Iblis pada Allah SWT.

Nabi Muhammad: " Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu? "
Iblis: " 10 macam"
Nabi muhammad : "Apa saja?"

Lalu Iblis pun menyebutkan satu persatu :

  1. Aku minta agar Allah membiarkan aku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan. Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.
  2. Aku minta agar Allah membiarkan aku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.
  3. Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.
  4. Aku minta agar Allah menjadikan bilik mandi sebagai rumahku.
  5. Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku .
  6. Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Al - Qur'anku
  7. Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku
  8. Aku minta agar Allah memberikanku saudara, maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku . Allah swt berfirman, "Orang -orang boros adalah saudara -saudara syaitan". (QS. Al- Isra: 27).
  9. Aku minta agar Allah membuatku boleh melihat manusia sementara mereka tidak boleh melihatku.
  10. Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia. Allah menjawab, " Sila " , dan aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat. "


Iblis berkata: "Wahai Muhammad, aku tak boleh menyesatkan orang sedikit pun, aku hanya boleh membisikkan dan menggoda. Jika aku boleh menyesatkan, maka tak akan tersisa walau seorang pun ! Sebagaimana dirimu, kamu tidak boleh memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya rasul yang
menyampaikan amanah. Jika kau boleh memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini. Kau hanya boleh menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara. Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. Dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.

Rasulullah SAW lalu membaca ayat: " Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT" . ( QS. Hud: 118 - 119)  

Dan juga membaca , "Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku". (QS. Al -Ahzab : 38)

Iblis lalu berkata :

"Wahai Muhammad Rasulullah , takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para Nabi dan rasul, pemimpin penduduk syurga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk - makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. Aku si celaka yang terusir , ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu dan aku tak berbohong".

Sumber | Olahan : Admin | Info : Wiki 

31.8.16

Lirik Lagu Warisan Dan Tema Kemerdekaan

Lirik Lagu Warisan Sempena Tema Kemerdekaan | Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke 57 pada tahun ini, Tema Kemerdekaan di ambil daripada lirik lagu dendangan Allahyarham Sudirman yang berbunyi "Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta" .

Lirik Lagu Warisan Sempena Tema Kemerdekaan
Lirik Lagu Warisan Sempena Tema Kemerdekaan ke 57

Lirik lagu Warisan - Sudirman

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan
[Chorus]
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harusku bawakan
Ke mana harusku semaikan cinta ini
Betapa
Di bumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan barat
Ku jejaki
Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
[Ulang chorus]
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan



Tema Sambutan Hari Kemerdekaan ke 56 (2013)

logo kemerdekaan ke 56 bagi tahun 2013
Logo hari Kemerdekaan ke 56 (2013)

-Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku.

Tema Sambutan Hari Kemerdekaan ke 57 (2014)

logo Hari kemerdekaan ke 57 bagi tahun 2014
Logo Hari kemerdekaan ke 57 bagi tahun 2014

-Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.


Tema Sambutan Hari Kemerdekaan ke 58 (2015)

Logo Hari kemerdekaan ke 58 & 59 bagi tahun 2015 & 2016

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang Ke 59
Next : . Older PostsPreviousOlder Posts

Featured Post

Keupayaan Lensa Sigma 17-70mm f/2.8-4 DC OS HSM Macro C

Keupayaan Lensa Sigma 17-70mm f/2.8-4 OS HSM Macro C | Lama rasanya tak update blog berkisahkan tentang gambar atau kamera. Bukan tak nak...

Instagram

Instagram

 

© 2016 blogger2u.com. All rights resevered. Powered by blogger.com

Back To Top