Latest News
Saturday, April 14, 2012

BANYAK ALAT PENGESAN TSUNAMI HILANG DI SUMATERA

Alat Pengesan Tsunami Hilang.

Ehsan dari google
JAKARTA: Badan Pengkajian dan Penerapan Teknologi (BPPT) Indonesia sedang bekerjasama dengan Amerika Syarikat untuk mengeluarkan alat pengesan awal tsunami yang boleh dipasang di dalam laut bagi mengelak perbuatan vandalisme.

Langkah itu diambil berikutan banyak alat pengesan itu yang dipasang di pesisir pantai barat Sumatera didapati hilang atau tidak berfungsi angkara perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab.

"Kami sekarang sedang mengembangkan pembuatan alat pengesan awal tsunami, yang dipasang di dalam laut, dengan harapan ia akan lebih selamat dan tidak akan diambil lagi oleh individu yang tidak bertanggungjawab," kata Menteri Penyelidikan dan Teknologi Indonesia Gusti Muhammad Hatta di Solo, Jawa Tengah.

Beliau berkata, selain di kawasan pantai barat Sumatera yang banyak dipasang alat itu, pihak berkuasa akan turut memasang alat itu di perairan Papua.

Pemantauan dan pemeliharaan juga akan dipertingkat untuk memastikan alat-alat pengesan awal tsunami yang dipasang di pinggir pantai dapat berfungsi kembali.

Dalam kejadian gempa bumi kuat 8.5 magnitud kelmarin, ada penduduk di beberapa kawasan pesisir pantai barat Sumatera mengadu tidak mendengar amaran seperti siren daripada sistem amaran awal tsunami, walaupun pihak berkuasa sudah mengeluarkan amaran mengenai potensi ancaman bencana tsunami.

Sementara itu, Aceh hari ini terus mengalami beberapa gempa bumi tektonik termasuk 5.5 magnitud yang berpusat di 415 kilometer ke barat daya Banda Aceh pada kedalaman 10 kilometer pada 3.21 pagi tadi. - BERNAMA.

Sumber :http://www.bharian.com.my

Nota: Sila rujuk akhbar di atas untuk keterangan lanjut.

INCOMING SEARCH TERM :

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: BANYAK ALAT PENGESAN TSUNAMI HILANG DI SUMATERA Rating: 5 Reviewed By: potia casadelarossa