Latest News
Wednesday, April 11, 2012

GEMPA BUMI DI ACEH: ARAHAN BERPINDAH DI ENAM WILAYAH DI THAILAND

BUMI DI ACEH: ARAHAN BERPINDAH DI ENAM WILAYAH DI THAILAND

BANGKOK: Arahan berpindah telah dikeluarkan untuk enam wilayah selatan Thailand berikutan gempa bumi di Sumatera hari ini.

Jabatan Pencegahan Bencana dan Mitigasi mengeluarkan arahan itu untuk wilayah Krabi, Phuket, Phangga, Satul, Ranong dan Trang.
Gempa bumi 8.9 pada skala Richter dilapor berlaku di Sumatera dan gegarannya turut dirasai di enam wilayah Thailand pada pukul 4.53 petang (waktu Malaysia:
5.53pm).

Krabi, Phuket dan Phangga adalah destinasi pelancongan utama manakala Ranong menempatkan kilang pengeluaran kereta dan komponen kereta.

Pada masa ini, Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket telah ditutup sementara.

Thailand mempunyai pelan kontingensi tsunami selepas bencana itu melanda Phuket, Khaolak dan Phi Phi Island, kesemuanya di selatan Thailand, pada 26 Dis 2004. - Bernama.

Petikan : HMetro.com.my

INCOMING SEARCH TERM :

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: GEMPA BUMI DI ACEH: ARAHAN BERPINDAH DI ENAM WILAYAH DI THAILAND Rating: 5 Reviewed By: potia casadelarossa