Latest News
Tuesday, April 03, 2012

TRAUMA LIHAT MANGSA MERAUNG | KOSMO ONLINE


Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin di Bukit Kayu Hitam, Kedah yang menjadi pintu masuk ke Thailand lengang selepas kejadian bom kereta di Hatyai kelmarin.


BUKIT KAYU HITAM – Seorang pelancong dari Malaysia yang terselamat dalam kejadian letupan bom kereta di Hotel Lee Gardens Plaza di Hatyai, selatan Thailand kelmarin kini serik untuk mengunjungi wilayah berkenaan.
Mohd. Shahdiq Abdul Rahman, 32, berkata, dia tidak akan dapat melupakan keadaan huru-hara yang tercetus sebaik sahaja letupan berlaku apatah lagi mangsa yang cedera meraung kesakitan.
Dia turut menasihatkan rakyat negara ini supaya berfikir dua kali sebelum membuat keputusan untuk melancong ke wilayah tersebut.
“Saya sudah memadamkan Thailand daripada senarai percutian kerana saya benar-benar serik dan tidak mahu mengunjungi Hatyai atau Thailand selepas ini,” katanya yang ditemui di pintu sempadan negara dekat Danok di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
syahir.kassim@kosmo.com.my
Nota : Berita ini di petik dari Kosmo.com.my

INCOMING SEARCH TERM :

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: TRAUMA LIHAT MANGSA MERAUNG | KOSMO ONLINE Rating: 5 Reviewed By: potia casadelarossa