Latest News
Sunday, May 20, 2012

Samun guna kereta peronda trafik


Samun guna kereta peronda trafik

KERETA peronda trafik yang dilarikan suspek dekat susur keluar Plaza Tol Lanchang semalam.

KUANTAN - Seorang penjenayah bertindak berani melarikan kereta peronda trafik dan sempat berhenti untuk menyamun dua mangsa sebelum dia sendiri mati ditembak dalam kejadian di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat sini semalam.
Lelaki terbabit, Chiang Hon Hing, 39, yang berasal dari Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur dikatakan memberhentikan kenderaannya di tepi jalan susur masuk Plaza Tol Lanchang, LPT menghala ke Kuantan sebelum sebuah kereta peronda trafik jenis Proton Waja yang dinaiki dua anggota berhenti menyiasat pada pukul 1.10 pagi semalam.
Dua anggota itu bagaimanapun dikejutkan dengan tindakan Hon Hing mengeluarkan pistol dan melepaskan tembakan tetapi tersasar.
Suspek kemudian sempat melarikan kereta peronda itu dan dikejar pula oleh sebuah lagi kereta peronda trafik yang kebetulan melalui jalan berkenaan.
Namun, suspek berjaya meninggalkan kenderaan itu di belakang dan berhenti di Kilometer 113.6 lebuh raya untuk menyamun dua lelaki yang turut menaiki sebuah kereta Proton Waja.
Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani pada sidang akhbarnya di sini semalam memberitahu, kedua-dua mangsa tidak dicederakan tetapi suspek telah meninggalkan kereta peronda itu dan melarikan pula kenderaan mereka.




"Suspek terus memecut sehingga ke Tol Jabor dan apabila ternampak sekatan jalan raya di situ dia berpatah balik menghala ke arah Kuala Lumpur.
"Tiba di Kilometer 249.2, kereta yang dipandu suspek rosak dan berlaku kejadian tembak menembak antara dia dengan anggota polis yang menaiki kereta peronda yang mengejarnya dari Jabor," katanya.
Hon Hing yang rebah di atas jalan raya selepas cedera ditembak di perut disahkan mati di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.
Dalam kejadian itu, seorang anggota polis, Lans Koperal Mohd. Jarizan Md. Jid turut cedera setelah terkena tembakan di lengan kanannya.
Hasil pemeriksaan, polis menemui sepucuk pistol jenis Baretta yang digunakan suspek.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Perkongsian dari : www.kosmo.com.my

INCOMING SEARCH TERM :

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

2 comments:

  1. berani gila ini orang.. last2 kena tangkap jugak.

    ReplyDelete
  2. sbb berani giler la jd mcmni... takat berani jek x leh...heheh

    ReplyDelete

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Samun guna kereta peronda trafik Rating: 5 Reviewed By: potia casadelarossa