Latest News
Wednesday, June 20, 2012

KECOH ARTIS YASMIN HANI DI ARAH TANAM BUNGA


Kecoh di dada akhbar Utusan.com.my hari ini bila artis yang cantik manis cun melecun diarah tanam bunga?? Kenapa??
Yasmin Hani menanam pokok bunga.
GLAMOR dan kerja amal. Dua perkara yang begitu akrab dengan artis-artis tempatan hari ini.
Banyak pihak berebut-rebut mahu menggunakan wajah-wajah popular untuk memastikan projek amal, kempen kesedaran dan misi kemanusiaan yang dianjurkan mendapat perhatian ramai.
Tidak dinafikan, penyertaan dan kerjasama artis dalam sesuatu projek atau kempen memberikan kesan tersendiri kepada khalayak kerana mereka mempunyai ‘daya penarik’.
Malah lebih membanggakan, rata-rata artis hari ini yang membabitkan diri dengan kerja-kerja amal bukan sahaja mengetahui matlamat tetapi peka kepada isu yang dibawakan.
Mereka tidak lagi sekadar bergelar jurucakap atau duta semata-mata dengan menempelkan wajah untuk menarik perhatian. Sebaliknya mereka arif dengan setiap topik atau isu.
Jika di Barat nama-nama seperti Angelina Jolie misalnya, amat dekat dengan kerja-kerja amal dan misi kemanusiaan, tidak kurang hebatnya artis tempatan.
Di Malaysia, Maya Karin, Yasmin Hani dan Aishah Sinclair, sekadar menyebut beberapa nama merupakan antara artis yang seringkali dikaitkan dengan kerja-kerja kebajikan.
Mereka hadir bukan sekadar penyeri majlis tetapi tahu apa yang mereka perjuang terutama dalam memberi kesedaran kepada khalayak.

Baca Selanjutnya ...

Nota : Tajuk sekadar gimik semata-mata, harap mak ngah.. :)

INCOMING SEARCH TERM :

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. bgus la lau semua artis malaysia cmni...rapat ngan peminat :)

    ReplyDelete

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: KECOH ARTIS YASMIN HANI DI ARAH TANAM BUNGA Rating: 5 Reviewed By: potia casadelarossa