Latest News
Tuesday, June 26, 2012

KURA-KURA GERGASI MATI

kura-kura gergasi Gulapagos
kura-kura gergasi Gulapagos
Seekor kura-kura gergasi mati, kura-kura ini digelar nama Lonesome George yang menjadi simbol spesies pupus berikutan kegagalan usaha membiakkannya, ditemui mati semalam, kata pegawai Taman Negara Galapagos.

Lonesome George dipercayai sub spesies terakhir kura-kura gergasi Pulau Pinta dan menjadi duta kepulauan di Equador itu berikutan keunikannya.
Usia kura-kura itu tidak diketahui tetapi saintis percaya ia berumur kira-kira 100 tahun dan dianggap tidak begitu tua bagi spesies itu.
Saintis menjangkakan Lonesome George boleh hidup beberapa dekad lagi.
“Saintis cuba menyediakan pasangan untuk Lonesome George sejak ia ditemui mati pada 1972 tetapi gagal untuk membiakkannya.

Haiwan itu tinggal di pusat pembiakan kura-kura di pulau Santa Cruz dan ditemui penjaganya sejak sekian lama Fausto Llerena,” kata jurucakap taman itu dalam satu kenyataan. Beliau berkata pihaknya akan menyiasat punca kematiannya.

Dua kura-kura betina dari kawasan Wolf Volcano, spesies paling hampir dengan kura-kura gergasi Pinta, sebelum itu dibawa untuk mengawan dengan Lone
some George, malangnya telur dihasilkan tidak subur.

Populasi kura-kura gergasi Galapagos berkurangan selepas ketibaan manusia di situ, tetapi satu program pemuliharaan yang dijalankan taman itu berjaya meningkatkan jumlah haiwan itu daripada 3,000 ekor kepada 20,000 ekor sekarang. – AP





Nota: Sumber gambar daripada google.com
sumber : Berita Harian

INCOMING SEARCH TERM :

kura-kura gergasi gulapagos mati, kura-kura gergasi mati, kura-kura tertua di dunia,
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

4 comments:

  1. ni kalau kena kokak nih mau kudung..kah kah kah!

    ReplyDelete
  2. bukan kat mesia ada jumpa satu ke dua tiga hari lepas?

    ReplyDelete
  3. @sare aredNAMA pon kura2 gegasi mmg besor lew mekekkekke

    ReplyDelete

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: KURA-KURA GERGASI MATI Rating: 5 Reviewed By: potia casadelarossa