Latest News
Thursday, September 20, 2012

Azean Irdawaty Tidak Meninggal - Khabar Angin Palsu

Minat aku pada lakonan beliau

KUALA LUMPUR – Setelah industri hiburan negara kehilangan seorang penyanyi berbakat, Izwan Pilus semalam, kecoh pula di blog-blog hiburan yang menafikan tentang khabar angin yang menyatakan kononnya seniwati terkenal, Azean Irdawatyjuga meninggal dunia.

Menurut lama blog hiburan terkenal, Rotikaya.com, penyebaran maklumat palsu tersebut dikesan melalui laman sosial Twitter oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kemudiannya, khabar tersebut telah di’retweet’ oleh artis Farahwahida yang menafikan dakwaan liar itu sekaligus mempertikaikan kesahihan berita tersebut. Rotikaya.com turut memaklumkan bahawa wartawan Melodi di TV3, Zuan, baru sahaja selesai berbual dengan Azean Irdawaty menerusi telefon dan sekaligus menafikan dakwaan di Twitter itu.

“Wartawan TV3 untuk rancangan sensasi Melodi, Zuan baru sahaja berbual bersama Azean Irdawaty menerusi telefon dan ini mengesahkan lagi segala kenyataan yang keluar di Twitter hanya’lah khabar angin,” kata pemilik blog hiburan itu.

Mungkin enggan membiarkan spekulasi tersebut berlegar sehingga menimbulkan fitnah dan mengelak timbul spekulasi lebih buruk, laman blog hiburan terkenal, Beatifulnara.com dan MediaMalaya.com turut menyatakan kepalsuan berita tersebut di blog masing-masing.

Dikuatkan lagi dengan kenyataan seniwati ‘airmata’ itu melalui lama Twitter milik anak perempuannya, Elza Irdalynna, yang menjelaskan beliau sihat dan sedang belajar berjalan kembali.
A’kum, TQ All for ur concern re false news. I forgive & pray God bless d person responsible. Am well & learning to walk now – Azean Irdawaty,” kata Azean yang dipetik dari laman Twitter anaknya itu. Selain itu, Elza sempat merakam dan memuat naikkan gambar ibunya yang kini menjalani rawatan terapi sambil beraksi tersenyum sambil memegang sebiji buah limau.
Sumber : Klik sini


Nota : Kenapa perlu ada kontroversi macam ni. Seolah-olah ada manusia jahat dan berhati busuk yang nak orang meniggal ke? Banyak kes-kes artis Malaysia yang baru je sakit dan masuk Hospital di katakan sudah meniggal dunia. Busuk hati betul orang-orang yang tak ada perasaan macam ni. Sepatutnya kita sesama insan mendoakan kesejahteraan sesama kita, tak kiralah samada dia tu artis atau bukan artis. Mendoakan yang baik-baik tu kan di tuntut. Dapat juga PAHALA atas angin. Tapi manusia yg macam ni dapat DOSA DOWNLINE free.. ni lah mainan media elektronik yang nak raih traffik busuk hati. Saya tetap mendoakan Seniwati ini moga beliau cepat sembuh dan menjalani kehidupan seperti biasa.
Wallahualam...

INCOMING SEARCH TERM :

Azean Irdawaty Tidak Meninggal - Khabar Angin Palsu
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

11 comments:

  1. potia, cemana nak dapatkan LAST STAND tu?

    yang jeles,
    korn
    hehehe

    ReplyDelete
  2. @KorN kui..kui.. wa pon dah lupa kat mana wa amik... nnt wa uploadkan kat FB as notepad nnt lu tukar URL blog lu jek ok?

    ReplyDelete
  3. aku pulak tertanya2,. apa tu last stand ye?

    ReplyDelete
  4. @boni kacak ekekek... last stand tu yg last komen atau recent komen kat sidebar tu lah.. yg pic komentator bulat2 tu...

    ReplyDelete
  5. kenapa la derang ni tak sudah2 nak sebar fitnah.. klau yg lain2 tu mungkin la ada ampunya.. tapi kalau sebar berita kematian.. that's too much.. kalau x suka sekalipun org tu they have no right to do that!!! hurm apa nak jadi manusia zaman ni? perkara mati buat main2... :/

    ReplyDelete
  6. dunia skg ni.. patutnya berlumba2 nak buat kebajikan, ni terbalik pulak kan.. mintak kita dijauhkan dr segala hal ni

    ReplyDelete
  7. Jenuh jugak la wa cari Last stand tu natang ape.. hahaha. rupanya kat sidebar T_T

    panjang umur moga2 Azean Irdawaty..

    ReplyDelete
  8. ni lah salah 1 cara salah meningkatkan trafik blog..huhuhu

    wa nak last stand tu T___T wa dah request dari umah PPP lagi sobss

    ReplyDelete
  9. @Mk Syahir ekekke masa lu request wa x pakai lagi.. yg ni wa edit word dia.. itali kepada arial.. kan PPP punya tulisan senget..

    ReplyDelete
  10. @PotiaCasaDelarossa

    erk apa kah dosa ku? sehingga tulisan ku jadik senget keh keh keh >..<

    ReplyDelete

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Azean Irdawaty Tidak Meninggal - Khabar Angin Palsu Rating: 5 Reviewed By: potia casadelarossa