Latest News
Monday, August 19, 2013

PANGGILAN TELEFON BIMBIT PERTAMA DI DUNIA

PANGGILAN TELEFON BIMBIT PERTAMA DI DUNIA
Martin Cooper
NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Panggilan telefon bimbit pertama di dunia dibuat pada 3 April, 38 tahun lalu oleh seorang pengurus besar firma Motorola, Martin Cooper di pusat bandar di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Cooper, yang pada masa itu berusia 44 tahun, keluar bersiar-siar dengan membawa telefon bimbit prototaip Motorola ...Dyna-TAC sambil diperhatikan orang ramai yang terkejut melihat gajet yang dibawanya.
"Semasa saya bersiar-siar jalan, penduduk New York yang begitu sofistikated kagum mmelihat seseorang berjalan sambil bercakap di telefon.
"Anda perlu ingat ketika itu tahun 1973, tiada lagi telefon tanpa kod apatah lagi telefon selular (bimbit)," kata Cooper yang kini berusia 82 tahun.
Menurutnya, orang pertama yang dihubungi dengan menggunakan telefon bimbit itu ialah ketua unit penyelidikan firma telefon Bell, Dr. Joel S Engel yang juga saingannya, sebelum dia menghubungi beberapa wartawan.
"Saya menelefon Engel untuk memberitahunya bahawa kami telah mengatasi Bell dalam perlumbaan untuk menghasilkan telefon bimbit pertama di dunia," katanya.
Cooper kemudian membenarkan wartawan-wartawan tersebut membuat panggilan mereka sebagai bukti bahawa mereka bukan ditipu dan dia bukan berjenaka.
Telefon bimbit Dyna-TAC yang seberat 0.6 kilogram berada dalam pasaran 10 tahun kemudian iaitu pada 1983, dan dijual pada harga mencecah AS$3,500 (RM10,592).
Entry ini di terbitkan pada : 9 Sep 2012 - 04:05am

INCOMING SEARCH TERM :

PANGGILAN TELEFON BIMBIT PERTAMA DI DUNIA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

7 comments:

  1. lps 10thn baru ada kat pasaran? uihh, lama menunggu tu =) ingtkn panggilan pertama dia call awek td ;)

    ReplyDelete
  2. erkk.bapak lh mahai tepon o.6kg tuh..huhuhu..=.="

    ReplyDelete
  3. baling anjing terus masuk icu koma. hahhaa

    ReplyDelete
  4. mmg terkejut beruk kalau org tgk telefon ni masa tahun 1973...

    ReplyDelete
  5. sekali skala nak berahsia ngan abg potia..haha

    #boleh pulak org first yg dia kol tu pesaing dia, nk menunjuk ler tuuu..mesti excited gila pesaing dia dh kalah..hehe

    ReplyDelete
  6. mak aih... sejibik hanfon akak ms dolu2... tergelak plak bila teringat kan entri ni> http://ieta-myblog.blogspot.com/2013/08/remote-tv-dan-handphone.html

    ReplyDelete

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: PANGGILAN TELEFON BIMBIT PERTAMA DI DUNIA Rating: 5 Reviewed By: potia casadelarossa