Latest News
Wednesday, September 26, 2012

TAMAN TEMA BERGERAK DUNIA FUTURISTIK BOBOIBOY BERNILAI RM1 JUTA

TAMAN TEMA BERGERAK DUNIA FUTURISTIK BOBOIBOY BERNILAI RM1 JUTA

TAMAN TEMA BERGERAK DUNIA FUTURISTIK BOBOIBOY BERNILAI RM1 JUTA
ANIMONSTA Studios Sdn Bhd (Animonsta) bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bakal menjalin kerjasama dalam bidang teknologi animasi bagi membina taman tema bergerak Dunia Futuristik BoboiBoy (DFB) bernilai RM1 juta menjelang akhir tahun ini.

Pengarah Urusannya, Mohd Nizam Abd Razak berkata, DFB mengetengahkan konsep kapal angkasa interaktif bersaiz sebenar yang akan membawa pengunjung merasai pengalaman pengembaraan angkasa seperti yang dipaparkan dalam siri televisyen BoboiBoy.

“Kolaborasi ini membabitkan perkongsian kepakaran antara Animonsta dan UTM menerusi Pusat Inovasi Mahasiswa (CSI) dalam penyelidikan teknologi animasi dan kandungan kreatif. “Pelajar dari lima fakulti UTM bakal bekerjasama dengan Animonsta sebagai pembekal karakter untuk membina kapal angkasa bersaiz 60 kaki dan ketinggian 20 kaki lengkap bersama tujuh perisian interaktif di dalamnya,” katanya pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak di Kuala Lumpur, semalam. Sementara itu, Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Zaini Ujang berkata, pihaknya yakin usaha terbabit dapat merancakkan program membudaya inovasi melalui aktiviti penyelidikan, pembangunan dan latihan dalam bidang animasi.

INCOMING SEARCH TERM :

TAMAN TEMA BERGERAK DUNIA FUTURISTIK BOBOIBOY BERNILAI RM1 JUTA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

2 comments:

  1. wah, best tu ada taman tema Boboiboy =) bergerak lg tu,

    ReplyDelete
  2. @baby comelnape ni tak tido lagi? terjaga wat susu anak ye? abg outstation.. xleh nak tolong buatkan ekekekeke

    ReplyDelete

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: TAMAN TEMA BERGERAK DUNIA FUTURISTIK BOBOIBOY BERNILAI RM1 JUTA Rating: 5 Reviewed By: potia casadelarossa