Latest News
Sunday, October 28, 2012

Blogger Retis VS Blogger Sombong

Assalamualaikum sahabat sekalian..Blogger Retis VS Blogger Sombong ? maaf kalau entry kali ni buat korang tak sedap dan tak best nak baca.. ni bukan tempat untuk aku nak lepas geram tapi sekadar berkongsi cerita tentang ketegori blogger ni.. khususnya blogger Malaysia ni..

Perghhh.. tajuk tak menahan.. tapi ni nak cerita hakikat sebenar dalam dunia blogger dan ketegori-ketegori yang aku rasa patut aku hidangkan kat sini. Kalau betul apa yang aku nak bagitau ni mungkin secara kebetulan lah.. Kalau ada salah silap tu datangnya dari aku dan aku mohon maaf lah.

Kenapa aku buat entry ni? lahir dari blogwaking aku lah.. dan aku perhatikan ada jenis-jenis kelopok manusia yang menggelarkan diri dia blogger sedangkan tak tau apa maksud blogger. (aku newbie aku pun tak tau apa itu blogger ekekek..) ni nak bagi ketegori-ketegori blogger yang penah aku jumpa :

  1. Blogger retis.
  2. Blogger femes.
  3. Budget Otai blogger
  4. Budget Master SEO
  5. Budget blogger lawa, cute
  6. Blogger SEO - SALIN ENTRY ORANG.
sumber google images
1. Blogger retis - Blogger yang di pandang mulia di mata blogger newbie, dan yang paling aku muak tengok dengan perangai diorang ni satu jek. Entry tak lah menarik mana pun.. tapi tang komen berjela-jela.. tak putus-putus orang dok komen. Padahal komen2 tu semua amik hati dia jek.. Dan yang aku terkilan korang nak tau apa? berpuluh2 kali korang komen belum satu pun diorang sudi nak balas. Apatah lagi nak datang blog korang tinggalkan 1, 2 komen.. nak follow korang jauh sekali. ni pengalaman aku lah.. bukan mintak di perlakukan sedemikian. Cuma nampak sangat macam aku ni terhegeh-hegeh jek di situ. ekekeke... heran aku dgn dunia diorang ni.SOMBONG DENGAN NEWBIE.


sumber google images
2. Blogger Femes - Blogger ketegori ni ramai.. maaf kalau aku katakan blogger ni menumpang publisiti Blogger Retis. kenapa? kemana Blogger retis ada di situ dia ada.. maksud aku tempek link RSS kat blogger retis lah. Perangai pun sama gak.

3. Budget Otai blogger - Jenis ni punya blogger masih ada kaitan dengan Blogger retis jugak tapi tak ada kaitan dengan Blogger femes. Sebab jenis ni di tak suka tumpang publisiti. Kenapa nak tumpang publisiti walhal dia pun dah memang otai. Budget dia orang Malaysia yang terawal ada blog. Kira orang mula-mula buat blog la kot..

4. Budget Master SEO - kita gelak dulu, ekekekekek... hahaha... perasan tak blogger macam ni ramai wujud kat dunia blogger. Buat Tips and Trick pasal SEO. Walhal bila search kat google satu pon artikel pasal SEO beliau tak keluar pun. Ada lah satu dua artikel dia Ter INDEX kat google. But nice to see lah jugak. keep it up.. Sedikit sebanyak membantu lah jugak.Tapi yang aku terasa sikit dia ni sama gak dengan yang no 1, 2, dan 3. Jenis suka komen orang kat etry dia jek tak reti nak balas kunjungan dan komen kat blog kita. Tapi kalaukat blog perempuan nama dia jek Top Ranking tukang komen. Blog lelaki dia tak ambik port sangat. lebih dari 10 kali aku komen kat blog dia tapi satu pun dia tak balas. Biasanya si Otai2 ni di kalangan 25 tahun hingga ke 40 tahun punya blogger. Blogger sombong dan tak nak orang lain lebih dari dia.

5. Blogger budget lawa, cute - Hmmm... berkerut dahi kalau jumpa patten blogger macam ni. Mana taknya, banyak gambar dia kat entry dengan sidebar. Entry dia cerita pasal dia, pasal balak dia, awek dia, gi dating dengan awek pon nak bagitau kat blog, ni semua virus Facebook punya hal.. sampai nak berak!! sampai ke basuh berak pun nak bagitau at dunia. Apa daa... biasa ni blogger newbie 15tahun - 21 tahun.

sumber google images
6. Blogger SEO - Blogger ni agak kurang perasaan kasih sayang.. mana taknya dia nak ber SEO sangat tapi tak kena caranya.. ye lah SEO tu maknanya SALIN ENTRY ORANG. Dia cari artikel panas-panas!! yang menarik!! pastu dia SALIN dan post as entry.. yang paling best tu ngaku hak milik dia pulak tu. langsung tak bagi Kredit kat mana sumber dia dapat. Pergh!! tapi blogger macam ni ada baiknya.. menyemarakkan dunia blogger. Setidak tidaknya dia tak sombong.. Blogger macam ni dia rajin blogwalking!!! suka follow!!! pastu minta di follow balik.. nak tau ayat dia apa? "DONE FOLLOW U, PLZ FOLLOW ME BACK" best kan ayat tu.Kalau kena dengan caranya aku follow balik. kalau takat follow pastu hilang then 10 tahun kemudian baru datang balik baik tak payah.

Tu je yang aku nak highlight. Mohon jangan terasa pulak.. kalau agak pedas ku bermohon bertabahkan hati dan mohon bawak2 lah berubah. dan maafkan aku. Blog aku ni pun bukan bagus sangat pun. Blog aku ni tak ada pengunjung pun. Yang ada pengunjung setia jek di kalangan sahabat2 blogger. Yang komen sini pun cuma orang2 yang sama jek..
Thanks sebab sudi baca dan komen kat blog ni. maafkan aku...

Artikel ni di tulis secara rambang je.. kalau secara kebetulan dan buat korang terasa aku mohon maaf. Tapi kalau terasa tu mohon lah berubah. Pedas ke?

INCOMING SEARCH TERM :

blogger retis, vs, blogger sombong, blogger otai, blogger cute lawa, blogger SEO
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

38 comments:

  1. meme le... nak pulak yg blog retis.. memang betul... POTIA... ppp kan sebenarnya cuba elakkkan nak add blog list blogger2 retis ni.... bagi ppp, sapa2 yg rajin dtg blog ppp dan komen2 itu la blog list... tak kira le follower dia riban2 ke, atau baru 1org jer... itu lagi bagus... ha ha ha mohon potia jan la lupa daratan mcm blogger2 retis yg lain tu (mana la tau satu hari silence blogz ni fofular)

    erm... klw ppp ni di categorikan seagai blogger apa ek?? MAYBE BLOGGER SENGAL KOT?? HA HA HA HA >..<

    ReplyDelete
  2. bhhahahhahaha...jap ak gelak dulu..nnt ak dtg komen balik...

    ReplyDelete
  3. Amboii..berkobar2nye n3 ni..tak sangka plk blogger ni byk ketegorinye...tp mmg btul apa yg ditulis byk jugak kbenarn dan ada juga kbtulannye d sni...agak2nye blog sy yg mn satu ek?...

    ReplyDelete
  4. mak aii, panas betul =)
    agak-agak kita ni dlm golongan mana la ye?? :)
    saya punya blog ni sekadar nk cari teman berkongsi cerita & berkongsi ilmu yg ada.. nak jadi fofular? nak jadi retiss? hahaha, tak pernah terjaangkau dek akal ni..
    ~xtau nk komen pe sebenarnya..
    Yg tau 'berkawan biar beribu, bercinta biar satu, yg lain tu buat-buat kenal sudah la" kalu xnak kenal & xnk kawan dgn kita pun xpe. ehh?
    hehehe..
    ~blogger tu apa ye abg potia??

    ReplyDelete
  5. gua blogger cap ayam. kahkahkah update pun malas.ngee

    ReplyDelete
  6. jibai, gua terpost guna gmail university gua -_-


    shawn

    ReplyDelete
  7. @leakedknowledge

    miko mohon jan bazirkan ruang komen ha ha ha >..<

    ReplyDelete
  8. agak terasa sbb kamu selalu terasa ngan ct sebab xdatang blog kamu kan...huhu..maaf ye..bukan bermaksud nak sombong...memang ct jarang blogwalking da..tanya lah blogger yang selalu komen ct tu..ada x ct dtg blog dorg..hukhukhuk...sori ye potia yang hensem lagi menawan..hehehe...tengah bz mencari sedikit rezki..harap memahami..ada masa ct pasti datang :D

    -dari ctk e-diary..

    ReplyDelete
  9. haha...
    baru tahu makna sebenar SEO.. ^_^
    blogger tu apa ye?? cari dalam kamus dewan ada x??

    tak pernah pun buat ayat 'done follow u, plz follow me back'.sebab rasa blog sy tak layak untuk difollow..

    ReplyDelete
  10. gua nak kategori blogger cute...ekekekeke

    nice entry bro..gua yang mana 1 tu? :p

    ReplyDelete
  11. perghh..pabila pota bersuara... setuju sgt2.. tp kan potia.. anis dalam kategori sume nie tak??

    ReplyDelete
  12. aku nak kategori kacak. boleh tak??hahahaha

    ReplyDelete
  13. hehehe.. jap dr dulu lg nk tanya retis tu hape?

    ReplyDelete
  14. guwa ni blogger picisan..ahahaha =P

    ReplyDelete
  15. aku blogger tepi tepi je.. haha.. entry yang padu!!

    ReplyDelete
  16. haha . suka entry ni ! pedas tapi bermakna . :P

    ReplyDelete
  17. "DONE FOLLOW U, PLZ FOLLOW ME BACK", tu boleh terima lagi.. yang xleh terima bila "JOM FOLLOW SAYA, NANTI SAYA FOLLOW AWAK"--->kejadahnya.. nak follow, follow r.. nak tggu org follow dia baru nak follow kita lak..

    ReplyDelete
  18. @Nurul Farahizzatiekeke.. tau tak pe... jadah apanyer nak suruh kita follow dulu..nampak sgt tak ikhlas kan awk?

    ReplyDelete
  19. @paripariputihtak tau nak ketegori kan apa... ppp kan selalu byk idea kan... ekeke

    ReplyDelete
  20. @Ena's Palaceekekeke... blog awk tu seju je bila saya masuk...

    ReplyDelete
  21. @baby comeltak panas baby cuma hairan knp dorg mcm megah sgt dgn title tu... sampai tak beri langsung semangat kat blogger mcm kita ni...

    ReplyDelete
  22. @Siti K-------olololo... this is not for u... u ok... saya paham keadaan awk busy tu... dah2 jgn terasa ok

    ReplyDelete
  23. @Mk Syahirlu blogger sengal... semua entry lu sengal... pecah perut wa tau

    ReplyDelete
  24. @boni kacakhah.. dah tau dah lu mesi nak ketegori tu... ekekek apa2 pun lu mmg sengal ekeke

    ReplyDelete
  25. @azstoryretis tu artis... blogger tersohor lah kiranya

    ReplyDelete
  26. @shiydasape makan cili doa rasa pedas ekekek...

    ReplyDelete
  27. @azstory
    retis nie mksd dia artis incik Az..hehe :)

    ReplyDelete
  28. entry terbaekk..
    <-- bkn retis ..tp sombong tu tataw la an..sbb len org len cra dorg describe..

    nk jgk komen btau Azstory retis tu artis..xmenyempat tgk abg potia da komen..ekeke

    ReplyDelete
  29. komen gua hilang ke kena banned? hue hue.

    gua termasuk dlm kategori takde diatas. haha :P

    ReplyDelete
  30. blog saya kategori mana plak ? opppss. :P

    ReplyDelete
  31. haha..terbaik dan menepati sasaran entri ni...aku pon baru dlm dunia blog....
    aku perasan ada jugak antara blogger perasan retis ni rajin nak join segmen2 tapi bila org follow blog dia, dia malas nak follow balik...haha nak 'one way ticket' je...
    aku tak kisah pun samada dorg nak follow atau tak, tapi kalau dah tahu diri tu malas nak memfollow takyah la masuk segmen2 yg ada syarat wajib utk follow....masuk yg sunat punya je cukup la kalau nak sgt...haha

    PS: sori bro aku main terjah je ni...masuk td dari segmen WW tetiba terklik entri ni pulak...haha

    ReplyDelete
  32. ha...ha..ha..ha..ha..blog bajet lawa tu yang klakar,setiap ruang kat page blog ada jer muka blogger di tempek sana sini,aku pon new gak dalam blogger baru 1 blan lebih buat blog masa pon terbatas untuk buat entry yang sampai terlupa nak update follower / fb fan page atau apa2 je,memang kita boleh jumpa macam2 ragam dlm dunia blogger ni ada yg sombong ada yg ok tapi aku layan jer lagi dia sombong lagi suka aku layan . pas nih aku nak klik follow suma blogger takut nti org ckap sombong ha..ha..ha..ha..ha..ha btol2 masa memang terbatas klau camni....

    ReplyDelete

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Blogger Retis VS Blogger Sombong Rating: 5 Reviewed By: potia casadelarossa