Latest News
Tuesday, October 16, 2012

Cara Buat Ikan Pekasam Di Blog?

Ehem... Ehem.. dah lama tak buat tutorial untuk blog.. kali ni nak buat tutorial blog cara yang agak advance sikit.. rasanya ni pertama kali kot orang buat tutorial ni kot.. yer lah.. Cara buat Ikan Pekasam di blog lah katakan.. ekeke...
ikan bebas - ikan gelama recommended

Pertama sekali mesti lah Login ke DashBoard
Dengan menggunakan Edit Html (jangan lupa Expand)

Dah tu cuba cari (Ctrl+F) <data:post.body/>

Selepas tu Paste kan Cara buat ikan pekasan ni selepas kod di atas.

Gaulkan dengan garam


Kod Ikan pekasam seperti berikut :


1. Mesti ada ikan.
Biasanya orang buat ikan air tawar.Kalau nak buat ikan laut pun boleh. Dan ikan itu mesti di bersihkan dengan sebersih bersihnya.

 Perut ikan mesti cuci sampai putih bersih. Ini nak mengelakkan ikan di hurung lalat.

2. Garam.(garam kasar@ halus pun boleh)
Sukatan garam ni biasa orang buat, sekilo ikan seratus gram garam.Tapi aku bubuh tak ada sukat sukat.Ikut kata hati.

3. Beras.
Beras ni di sanga(goreng tanpa guna minyak). Dah siap sanga tumbuk sampai sederhana lumat. Sukatan beras ni serius aku main belasah jer. Apa yang penting banyak la jugak.

4. Asam jawa@asam keping.
Ada jugak orang yang tak letak asam jawa @asam keping ni. Sebabnya beras yang kita letak kat ikan itu sebenarnya pun sudah memasamkan ikan melalui cara penapaian.

Tapi aku letak.Aku suka letak asam keping berbanding asam jawa. Melalui pengalaman aku,asam jawa ni kelemahannya bila ikan ni kita goreng ia akan menyebabkan ikan di goreng menjadi hitam.


Langkah Langkah mudah.

1.Setelah ikan siap di bersihkan, ,masukkan garam anggaran 1 kilo ikan seratus gm garam. Masuk dalam bekas. tutup bekas tu.Simpan dalam peti ais .Pegi tidor.

2. Esok pagi dah siap tumbuk beras yang sudah di sanga tu dan  gaul dengan ikan yang sudah di simpan tadi. Lagi banyak beras lagi nampak menarik.Sebabnya nanti bila di goreng, beras ni la akan jadi serbuk pekasam tu.
beras di sanga sampai kekuningan.Lepas tu tumbuk sederhana halus

3. Cari bekas yang bertutup sangat rapat. Susun ikan tadi ke dalam bekas,Setiap susunan ikan tadi letakkan asam keping 1-2 keping.

4. Masukkan air garam yang di simpan dengan ikan malam tadi. Sebelum tu masak dahulu air garam tersebut di atas api sederhana. Dah sejuk air garam tu masukkan ke dalam bekas ikan tu sehingga kesemua ikan tadi terendam.

5. Kalau ada lagi saki baki beras goreng bertumbuk tadi, tuang dalam bekas.

6. Akhir sekali tutup bekas dengan rapat. Letak plastik kat bawah penutup tu supaya betul betul ketat.
Seminggu lepas tu try la masak ikan pekasam tadi.
Tutup kemas-kemas dan ketat-ketat supaya adik atau anak korang tak leh bukak. Kalau dia buat dah jadi satu kesusahan kat situ.. yer lah menyeluk pekasan biar sampai pangkal lengan kan? bekas tu kecik macam mana nak sampai kat lengan kan? So tutup lah ketat-ketat ye.. ekekeke...
Ok!! kalau dah  siap semua proses tu.. sila preview dulu.. kalau tak ada error sila save. Selamat mencuba resepi Cara Buat Ikan Pekasam Di blog..
ekekeke...

Nota: jangan salahkan aku kalau lepas ni blog korang jadi giler akibat korang ikut tutorial ni... ekekekek...

Sumber gambar & dan cara buat pekasam yg sebenar di sini

INCOMING SEARCH TERM :

Cara Buat Ikan Pekasam Di Blog, sengal, lawak
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

30 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. wah! menarik nie bro...x semua owg taw cr nk wat ikan perkasam..satu perkongsian yg bgus..nk ajak mk wat sekali lah..hehe

    ReplyDelete
  3. perghh..mohon simpan untuk adik tiri sekilo! :p

    ReplyDelete
  4. @Mk Syahirekekekeke.... buat sendirik... kat dah bagi tuto kan.. ekeke

    ReplyDelete
  5. cenggitu caranya..sblm ni suh org buatkan je..kehkeh

    ReplyDelete
  6. siap ade coding blog.. hahahhaha...

    mohon abg potia buatkan..:p

    ReplyDelete
  7. hahhaa . mantong blog ain , carikk potia . hahaha

    ReplyDelete
  8. as salam,

    dah bertahun dah tak pekena ikan pekasam ni...nostalgic betul lah :)

    ReplyDelete
  9. pekasam tu utk makan kan?? haha, menarik sungguh sbb memang xpernah tau pun selama ni..
    terima kasih, syg tuan punya pekasam ni ketat-ketat heheheeeeee=)
    ~xreti buat. mohon buat kan. tp, kita xpernah makan pekasam

    ReplyDelete
  10. wah...
    best best best!!!
    lain daripada yang lain!^_^
    dah la tajuknya macam lucu je..
    hihihi...
    harap menjadi lah ye pekasam tu..
    boleh la minta sikit nanti..=p

    ReplyDelete
  11. aiseh...teringin jgk nk tgk spe boleh buat based on tutorial ni =)

    ReplyDelete
  12. xtau pula ada tuto nak buat ikan pekasam ni..
    menarik ni...

    ReplyDelete
  13. Potia ikan PPP lau goreng ikan pekasam... goreng bawang besar, tabur atas pekasam goreng tu pas tu perahkan asam limau pergghhhh! King Kong lalu lalang pung mesti tak sedau ha ha ha >..<


    p/s: tapi susah nak cari ikan pekasam yg betul2 ori... :P selalu dpt pekasam import dari Changlun kedah... sedap noooo ha ha ha >..<

    ReplyDelete
  14. Ni tuto buqt blog la... Supaya blig korg hd pekasam... Ekekekeke... tp cara wat pekasam tu blh diguna pakai sbb tu cara yg betol...

    ReplyDelete
  15. Typo... Hampeh .. Ni ka aku x suka touch screen ni

    ReplyDelete
  16. Korg ni focus Kat cara wat pekasam je ke? Ni tuto buat blog la... Ekekeke

    ReplyDelete
  17. dah paste kod tu kt bwh tapi bila nk save dia kata error...kekeke :P

    ReplyDelete
  18. aku dah buat..semuanya error..hakhakhakhak..siot je..

    ReplyDelete
  19. @leakedknowledgeada baca bismillah dulu ak masa nak buat tu? ekekeke

    ReplyDelete
  20. @boni kacakmohon gi mandi dulu baru buat balik ekekeke

    ReplyDelete
  21. Wahhhh nice sharing hakhakhak! Selamat mencuba utk diri sy sndiri :)

    ReplyDelete
  22. jd jeruk ke bro?? hehe.. xpena mkn pon... kwn sebilik dlu slalu ckp yg dia suka mkn ikan tu.. hehe.. nak rasa jgk

    ReplyDelete
  23. pekasam pekasam, nasib ko lah pekasam haha

    ce try entry pekasam lak

    ReplyDelete
  24. Camni caranya... Biasanya ayah yg buat.. kitaorang selalu makan jer.. hehehe

    ReplyDelete
  25. Jom Join ^_^

    http://nornishanisrina.blogspot.com/2012/10/segmen-colour-monster-by-nisha.html

    berharap sangat kamu Join ^_^ Senang je .. Cume kene colour gambar monster ^^

    ReplyDelete

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Cara Buat Ikan Pekasam Di Blog? Rating: 5 Reviewed By: potia casadelarossa