Latest News
Saturday, October 06, 2012

Kisah Jumaat Aku Yang Singkat Tapi Cukup Sempurna

Assalamualaikum kepada semua sahabat-sahabat yang membaca dan akan membaca.. entry ni bukan pasal kisah hidup, tapi kisah JUMAAT YANG SINGKAT TAPI SEMPURNA.. ni pasal peribadi sikit.Kisah ni adalah betul-betul terjadi bukan rekaan  aku... aku cuma ceritakan semula je...

Sepatutnya entry ni buat pada hari Jumaat.. tapi ni dah masuk Sabtu dah pun baru berkesempatan nak buat entry ni.. just nak share story apa yang dah aku lalui hari ni. Amat-amat membuat aku rasa begitu sempurna dalam kehidupan yang pernah aku lalui sebelum-sebelum ni. Aku seronok sangat.. kadang-kadang cecah sampai 2, 3 ronok...

Ceritanya ; Aku terima satu jemputan ke rumah seorang tokoh ternama (di rahsiakan bagi tujuan privacy) yang bila sebut semua orang kenal..aku bukan nak citer pasal terima jemputan oleh yang berkenaan.. aku cuma nak citer apa yang aku rasa je.. bukan nak menunjuk-nunjuk..
Sambung balik..Selepas solat Jumaat tadi aku di jemput secara terhormat oleh orang ternama kerumahnya.. aku cuba mengelak tapi kata si penyampai watikah tu ini soal hidup dan mati.. aku pun tak memperlekehkan perlawaan tu.. aku pergi di jemput dengan Limo Putih yang tak ada No Plate..
Setibanya aku kat rumah yang dimaksudkan aku pon turun lah... dan Limo tu pon Blah dari situ.. aku dalam keadaan terpinga-pinga.. pusing keliling rumah tu... nasib baik aku berdua dengan kawan aku..

Dalam dok jalan-jalan keliling rumah aku di sapa oleh seorang lelaki muda... lebih kurang baya aku gak kot.. kamu ni Amy? awak ni (nama sebenar aku dia sebut..) aku jawab ya.. dalam keadaan muka aku yg kelat dan dah tak ada darah dah kot kalau korang toreh guna pisau time tu... gemuruh darah aku...
Bila aku cakap ye jek... dia terus happy jek... pelik gak aku.. dia bawah aku masuk ke dalam Istana.. maksud aku rumah tu macam Istana kot.. besar giler rumah tu.. dalam rumah tu ramai jugak kaum kerabat.. ada jugak yg melompat-lompat bila dorang dapat tau yg datang tu adalah aku... bertambah hairan aku time tu... macam mana aku nak gambarkan keadaan diorang time tu pun aku susah nak cakap... seolah-olah mereka semua tu kehilangan ahli keluarga pastu jumpa balik.. tapi haram aku tak kenal pon dorang tu...

semua seronok... aku dia 1000 bahasa jek.. di bawaknya aku tukar persalinan... di hidang pulak kat aku makanan yang sedap-sedap... mak aiii!!!!!! besar giler meja makan dia ni... semua tukang-tukang gaji pompuan yang cunmelecun ramai gak lah  berdiri tengok aku dgn kaum kerabat tu makan... muka dorang tu semua tengok kat aku jek.. happy jek dorang tu... aku masih tak nak tanya lagi... mana lah tau kot-kot diorang ni salah orang kang tak pasal-pasal malu jek dorang dengan semua jemputan minum petang tadi... Jumaat ni aku rasa sangat sempurna.. aku happy jugak.. tak terhingga pun ada... dalam pada tu ada gak kat dalam hati aku ni nak larikan diri... tapi takut tak lepas keluar.. buatnya di guna pagar yg ada arus Letrik naya aku Mati tak sempat ngucap... dah lah pagar 3 lapis dengan Guard muka bengis2 belaka...

Pergh!!! korang tau tak sapa ada kat situ masa tu? Kak Ning Baizura.. blogger retis pon ada gak kat situ.. pastu adalah lagi sorang dua retis wanita yang malas nak sebut kat sini... aku sebut Kak Ning Baizura sbb ada cerita aku dgn dia lepas ni kat sini... kita lupakan pasal tu kejap..

Lepas je makan.. aku dengan niat aku nak bersiar-siar AKA nak cabut lari dari kawasan Istana tu.. masa aku keluar ikut salah satu pintu... alangkah terkejut aku tengok panorama kat situ.. Ya ALLAH !!!! memang menakjubkan dan begitu Ohsem!!!... waktu petang yang tak pernah aku tengok selama aku hidup ni... dengan Taman-taman gubahan lanskap yg bunganya bewarna warni...
Masa tu aku ternampak si blogger retis ni dok potong-potong daun-daun bunga yg tak elok kot supaya nampak lebih kemas.. Lawa gak dia tu.. aku macam tau2 jek dalam hati dia macam ada hati kat aku pulak... pesaan aku je lah kot.. tak jauh dari situ aku nampak Kak Ning Baizura dok bersiar-siar berjalan slow2.. menuju ke lanskap yang lagi satu...

Pergh!! Taman di tak ubah macam taman yang ada dalam cerita Alice Wonderland tu... susah aku nak gambarkan... aku cuma senyum dan Kak Ning pun balas senyuman aku gak... aku pun cuba cakap sesuatu lah.. amik hati.. " Cantik kan? " dia cuma jawab sambil snyum.. " hA'..aH.. cantik"...


Aku pon blah dari situ.. berjalan sorang-sorang dan aku pasan gak lah si blogger retis tu follow aku dari belakang... last2 aku berjalan sekali.. dalam pada tu aku nampak satu lagi lanskap yg unik.. rumput-rumput halus tapi tebal hijau dengan pokok2 bunga yg menjalar dan bunganya bewarna warni... perghhh!!!! hebatnya... aku kat mana ni sebenarnya????? aku cuba masuk ke laskap tu... bila aku masuk jek.... seolah-olah ada percikan air... datang dari arah atas... sejuk sangat-sangat.... budak tu pun masuk sekali.... makin lama makin lebat.... aku pun lompat keluar... bila kami keluar air tu tak ada lagi.... rumput tu pun tak basah pun.. sekadar macam embun jek...aku dah basah kuyup.. hahaha.. aku pun berjalan-jalan lagi.. hmmm... pelik aku terjumpa satu lorong denai yang ada terowong.. yg mana terowong tu terbentuk dari pokok-pokok yang menjalar... aku pun cuba nak lalu.. mana tau kot-kot ada jalan keluar sebelum malam nanti..
Eh!! jangan masuk kalau awk tak berani.. aku di tegur oleh seorang pompuan muda remaja yang teramatlah cantik.. aku pe lagi terkejut Badak lah... err....er.... kepapa ye? awk ni sape plak? aku tanya slamber je kat dak pompuan tu... dia pun jawab.. "Saya anak kepada (sensor - Privacy reason).. dalam hati aku .." Humanggg aiiii..." lawo nyer...  dia apa lagi... tersenyum jek... aku pun tertanya-tanya.. aku ni kat dunia nyata ke mimpi ni? belum sempat nak jawab dia dah tanya aku balik.. awk ni Amy? (dia sebut nama penuh aku...) aku pun jawab lah ya... dia pulak kalau awk nak masuk dalam tu awk kena berani... tertanya-tanya aku kenapa plak.. berani sgt ke dia dia... aku tanya dia balik... ada apa dalam tu... dia gelakkan aku plak.. dalam tu ada semua jenis ular... kalau awak nak masuk saya boleh temankan... erk!!! beraninya dia... aku apa lagi... dalam hati aku.. apalah sangat dengan Ular-ular tu... aku pun masuk kat dalam tu dengan dia... eh! kak ning pon follow... alangkah terkejut Beruk aku.. ular-ular tu bukan dalam sangkar atau pun cermin... tapi meliar kat dahan sana sini..atas tanah...tebing.... merata-rata ada ular... kecut aku time tu.......

Sambung next entry.... panjang sangat dah yg ni... banyak lagi nak citer ni.. sejarah dalam hidup aku hari ni... Ya Allah... apa lah yang Engkau nak tunjukkan pada aku sampai macamni punya dugaan... nnt sambungan di next entry...

INCOMING SEARCH TERM :

kisah benar, kisah jumaat yang singkat tapi sempurna
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

8 comments:

  1. maaf klu ada typo..jlaan cerita tunggang langgang... sebab aku jarang baca apa yg aku tulis

    ReplyDelete
  2. Potia, realiti kah ni? Tertunggu2 next entry... Harap update cepat...

    ReplyDelete
  3. Baca shj pun dah buat semua ternanti2.. benar2 terjadi? taman-taman & ular tu semua?? wah, very amazing. cepat2 smbungnya abg potia,

    ReplyDelete
  4. bro mohon update cepat.. hehehe... mcm seronok je.. sbarrr.

    ReplyDelete
  5. Allah sebaik-baik Perancang. Dia sudah sedia kan apa yang terbaik untuk kita bang. InsyaAllah you have what your own.






    Heee :)

    ReplyDelete
  6. mohon sambung dengan kadar yang segera.hehehe

    ReplyDelete
  7. wah...suspen neh...apalah kesudahan dia...cm jmpa puteri raja jek.. lompat2 cri smbgn entry abam potia :)

    ReplyDelete
  8. pergh, cerita pecah panggung ni
    sempat mintak tak nombor phone blogger retis tu?

    ReplyDelete

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Kisah Jumaat Aku Yang Singkat Tapi Cukup Sempurna Rating: 5 Reviewed By: potia casadelarossa