Latest News
Wednesday, October 31, 2012

SARANG PONTENG

KOTOR...laluan ke Taman Rimba Bukit Kerinchi, Pantai Dalam dipenuhi sampah-sarap.

LEPAK...dua remaja dipercayai ponteng
sekolah melepak selepas mandi di
Taman Rimba Bukit Kerinchi, Pantai Dalam.
KUALA LUMPUR: Taman Rimba Bukit Kerinchi, Pantai Dalam, di sini, yang dibuka, baru-baru ini, kini menjadi lokasi kaki ponteng pelajar dari sekolah berhampiran untuk melepak.

Lokasinya yang terpencil dan jauh dari kesibukan jalan utama menjadikan kawasan berkenaan sunyi dan ini menyebabkan segelintir pelajar sekolah menengah dan rendah mengambil kesempatan ke situ.


Tinjauan Metroplus pada jam 11 pagi di taman rimba itu baru-baru ini, mendapati terdapat sekumpulan remaja mandi-manda dan berbual-bual sambil merokok di pondok di situ.

Ketika ditanya mereka mendakwa berusia 11 hingga 17 tahun dan semuanya berasal dari perumahan berhampiran taman rekreasi berkenaan.


Menurut mereka, ibu bapa masing-masing tidak mengetahui apa yang dilakukan kerana bekerja dan pemerhatian juga mendapati pada jam 1 tengah hari kumpulan remaja itu bergerak pulang sama seperti waktu tamat persekolahan biasa.


Peniaga, Muhd Saiful Adnan, 20, berkata, walaupun baru pertama kali ke taman rimba itu, namun dia agak kesal apabila mendapati kawasan itu menjadi lokasi kaki ponteng pelajar sekolah.

Katanya, lokasi yang jauh daripada kawasan perumahan selain tiada kawalan ketat di taman itu menyebabkan mereka bebas keluar dan masuk ke pusat rekreasi itu.


“Sekiranya tiada pengawasan di kawasan itu, kami bimbang pelbagai jenayah lain dilakukan remaja kerana tiada siapa sedar perbuatan mereka kerana ia jauh daripada pandangan masyarakat.

“Malah, saya dapati sudah banyak kerosakan dilakukan di tandas selain terdapat kecurian seperti kipas,” katanya.


Katanya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu bertindak lebih tegas menangani perkara ini bagi memastikan taman rimba itu terjaga dan memberi keselesaan kepada pengunjung.


Bagi Syed Ahmad Syuhaidi, 24, dia berkata, selain kawasan itu menjadi ‘port’ lepak pelajar yang ponteng, taman itu perlu diselenggara lebih baik bagi menarik orang ramai untuk berkunjung.


“Macam mana orang ramai hendak tahu kewujudan taman rimba ini kerana tanda lokasi tidak kelihatan, malah sepanjang laluan dari jalan utama pula dipenuhi sampah-sarap selain tiada bekalan air dan elektrik.


“Ramai kawan-kawan saya tidak tahu mengenai taman ini dan mereka terkejut sebaik mengetahui lokasinya terletak di Pantai Dalam,” katanya. - Baca Selanjutnya Di Harian Metro.

Berita Di tulis Oleh :  
Oleh Fazurawati Che Lah
fazurawati@hmetro.com.my

INCOMING SEARCH TERM :

ponteng sekolah, sarang ponteng
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

7 comments:

  1. budak2 skg ni pandai sgt. soh g sekolah melencong tempat lain. bijak mengambil kesempatan di atas kepercayaan mak bapak.. bijak, bijak.
    ~jadi apa tanggungjawab kita?? huhu emosional la pulak dah bg komen ni

    ReplyDelete
  2. banyak pengaruh dah budak2 sekrang.. itu yang senang2 aje ponteng sekolah..

    sy dulu tak pernah poteng sekolah.. kedatangan penuh aje setiap tahun.. ^_^

    ReplyDelete
  3. waaa seksinya 2 buadak mpuan tu...dr jauh boleh nmpak =.='

    ReplyDelete
  4. kt pantai dalam? ish, kt celah mana neh?

    ReplyDelete
  5. malunyerrr, sebab Nana duk kat pantai Dalam :( tp serius nana x tahu pon ade taman rimba tu..

    ReplyDelete
  6. karang ada laa org nak buat maksiat kat tempat2 terpencil mcm tu...pantang lepa...aishhh

    ReplyDelete
  7. teringat masa seminggu nak SPM gua monteng sekolah gi taman rimba, aah sebenarnya gua nak pi skola lama gua yg dekat dgn taman rimba tu plus nak study kat libry kat situ. ehh tapi gua tak monteng pun. mmg gua xnak gi skolah. mak ayah gua pun tau. dorg tau jugak gua nak pi mana.

    tapi sbb kawan2 gua yg monteng skola nak balik awl, sbb dorg mmg monteng, so kena balik sma waktu dgn org balik skola so gua pun terpaksa balik awl sampai terbatal niat nak pi lbry, sempat pi skola lama mintak maaf kat cikgu2 yg terserempak ja.

    ReplyDelete

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: SARANG PONTENG Rating: 5 Reviewed By: potia casadelarossa