Latest News
Monday, October 31, 2016

TAHUKAH ANDA APA ITU BLOG?

TAHUKAH ANDA APA ITU BLOG? | Apa itu blog ? seringkali kita sebut pasal blog dan mengadap blog. Tapi tak semua tahu Apa itu blog. Setelah beberapa jam buat research maka ni lah jawapannya. Jom kenali Apa itu blog.

TAHUKAH ANDA APA ITU BLOG
Blog Blogger2u


Apa itu Blog

Apa itu Blog? Blog adalah (singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris) ialah sebuah laman web yang kemasukan-kemasukannya (entry) ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik.


Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi (diari) dalam talian. Blog yang tipikal menggabungan teks, imej, dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya.

Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog. Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada gambar foto (blog foto), video (vlog), muzik (blog MP3), atau audio (podcasting), dan merupakan sebahagian rangkaian media sosial yang lebih luas.Microblogging merupakan satu lagi jenis blog, menawarkan jawatan yang sangat singkat. Dalam bidang pendidikan, blog boleh digunakan sebagai sumber pengajaran. Blog ini dirujuk sebagai edublogs.

Istilah Blog

Istilah "blog" merupakan kata lakur untuk perkataan "web" dan "log" (Web log). "Blog" juga boleh digunakan sebagai kata kerja yang membawa pengertian "untuk memeliharakan atau menambahkan isi kandungan ke dalam blog."

Pada bulan Nov 2007, Technorati, enjin carian blog, sedang menjejaki melebihi 120 juta blog, meningkat dua kali ganda sejak awal Januari 2007. Info jumlah blog di dunia yang pernah B2U Selitkan di entry terdahulu di tajuk "Tahukah Anda Jumlah Blog Di Dunia".

Sekilas Fakta Mengenai Blog ;
  • Pada 16 Februari 2011, terdapat lebih 156,000,000 blog awam dalam kewujudan.
  • Pada 13 Oktober 2012, terdapat sekitar 77000000 Tumblr dan 56600000 WordPress blog di seluruh dunia kewujudan.

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

14 comments:

  1. hehe baru perasan gabungan perkataan web dgn blog tu jadi blog...

    ReplyDelete
  2. hehehe.. web blog.. bru prasan jgk

    ReplyDelete
  3. oooo dari web log..nice sharing potia
    120 juta...uiii banyaknyeee

    ReplyDelete
  4. Baru tahu apa itu blog.. selama nie tak pernah ambik tahu. huhu.. tq potia bagi ilmu baru :) tudia banyak gila manusia buat blog. hehe.

    ReplyDelete
  5. Byknya jumlah blog... Agaknya blog sape la ranking no satu.. Skang baru tau apa itu blog & kewujudannya... Thanks potia... :)

    ReplyDelete
  6. baru jgk tau apa tu blog. blok tau la. kekekeke, banyak btl eh blog kt dunia ni. ramai btl org yg suka menulis

    ReplyDelete
  7. sejenis kuih yang sedap dimakan campur milo heheheh

    - Admins blog 3 dalam 1
    http://blog3dalam1.blogspot.com/

    - Facebook fan page
    https://www.facebook.com/MingHuiRaingerzAwesomeCollections

    - Ping blog artikel @ Facebook
    https://www.facebook.com/groups/kakipingdotcom/

    ReplyDelete
  8. weblog..banyaknya blog didunia ni

    ReplyDelete
  9. abam potia ni blogger femes tu kan? nanti jumpa nak selfie la

    ReplyDelete
  10. Saya belum banyak tau tentang blog.
    Baru belajar di blog.

    Terima kasih ada panduan.

    ReplyDelete

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: TAHUKAH ANDA APA ITU BLOG? Rating: 5 Reviewed By: potia casadelarossa