Latest News
Wednesday, January 30, 2013

Kesilapan Pada Cabaran SEO Blog

Kesilapan Pada Cabaran SEO Blog | Di dalam pengisian konten pada entry Cabaran SEO kebanyakkan para blogger yang datangnya dari platform Blogspot seringkali melakukan kesilapan-kesilapan kecil yang mana seringkali kehilangan data pada Title Tag, Description dan juga Meta Keyword dan link pada Google SERP.

Kesilapan-kesilapan kecil ini ada kalanya tidak berjaya berada di halaman pertama di carian google. Mengapa permasalahan ini berlaku? kerana seringkali di ambil enteng tentang hal ini dan akhirnya tidak berjaya berada di halaman pertama google search. Apa kesilapan kecil yang seringkali di abaikan pada Cabaran SEO Blog? Ikuti beberapa kesilapan yang admin kesan di dalam Cabaran SEO Blog.

Antara Kesilapan kecil di kesan.

META TAG
- Tiada pengunaan Meta description dan Meta Keyword pada template blog.
- Konten pada entry tidak selari dengan Title tag.
- Pengisian serta pengunaan ayat terlalu common (biasa atau bahasa pasar).
- Tiada penekanan pada perkataan tertentu seperti penggunaan <strong>, <bold>, <h1>, <h2>, <h3>.

PENGULANGAN ENTRY
- Ada sesetengah blogger gemar menyalin dan mengunakan ayat atau konten blogger lain yang berada pada SERP atau page Pertama google menyebabkan berlakunya duplicate pada SERP dan perkara ini menyebabkan entry anda kurang mendapat tempat pada google bot.
- Melakukan pengulangan Ping entry secara berulang-ulang di halaman ping seperti pingomatic atau pingoat.

LINK ENTRY KURANG LENGKAP
- Link Entry Cabaran SEO Blog yang di sertai kurang atau tidak lengkap. Apa yang di maksudkan kurang lengkap?
Contoh Cabaran SEO;
Keyword atau Tajuk Entry - "Cabaran SEO Blog 3 Dalam 1 Happy New Year 2013"
Sepatutnya link anda akan kelihatan seperti di bawah;
http://Link-Blog-anda.blogspot.com/2013/01/cabaran-seo-blog-3-dalam-1-happy-new-year-2013.html
ATAU
http://Link-Blog-anda.blogspot.com/2013/01/Cabaran-SEO-Blog-3-Dalam-1-Happy-New-Year-2013.html Secara umumnya link tersebut akan terbentuk secara automatik mengikut penggunaan tajuk entry anda. Apa permasalahan berlaku bilamana tajuk entry Cabaran SEO terlalu panjang menyebabkan link entry anda akan menjadi seperti di bawah;
http://Link-Blog-anda.blogspot.com/2013/01/cabaran-seo-blog-3-dalam-1-happy-new.html
Ok, perhatikan link di atas di mana kesilapannya? ok, kesilapannya perkataan "year-2013" telah tiada.

BAGAIMANA CARA MENGATASINYA?
Cara untuk menambah atau menyabung sambungan link yang hilang agar lebih mesra SEO pada pandangan Admin sila rujuk di bawah;
Kesilapan Pada Cabaran SEO Blog
Gambar Rajah 1
Perhatikan pada gambar rajah pertama pada link yang di highlight sahaja. Link tersebut selari dengan tajuk entry ini bukan? dan andaikata tajuk entry ini agak panjang seperti contoh;

Cabaran SEO Blog 3 Dalam 1 Happy New Year 2013 yang di anjurkan oleh Blog3Dalam1.blogspot.com yang bakal berakhir esok 31/01/2013. Maka Automatik link anda akan menjadi contoh seperti ini:
 http://www.silenceblogz.com/2013/01/cabaran-seo-blog-3-dalam-1-happy-new.html

CARA CUSTOM PERMALINK
Cabaran SEO Blog
Gambar Rajah 2
Lihat gambar rajah 2, cara custom permalink agar menjadi link selari dengan tajuk entry anda sila lihat gambar rajah 2 dan sila fahami penerangan ringkas di bawah.
  1. Klik pada Custom Permalink
  2. Copy link bermula dari link yang di highlight di gambar rajah 1 (bukan salin keseluruhan link entry).
  3. Paste ke kotak seperti di gambar rajah 2.
  4. Klik Done.
Kurang paham? ok ikut langkah ini untuk anda lebih paham.
Jika tajuk entry anda seperti di bawah;

Tajuk entry : Cabaran SEO Blog 3 Dalam 1 Happy New Year 2013
Maka link akan menjadi begini Automatik : http://www.silenceblogz.com/2013/01/cabaran-seo-blog-3-dalam-1-happy-new.html
*kekurangan link di atas adalah TIADA "year-2013"

Jadi salin ini "cabaran-seo-blog-3-dalam-1-happy-new" (tanpa html) dan paste kan ke kotak seperti gambar rajah 2. dan tambahkan  "year-2013" dan akan kelihatan seperti ini;
cabaran-seo-blog-3-dalam-1-happy-new-year-2013. kemudia klik Done!!

Oleh yang demikian link anda akan menjadi seperti ini;
http://www.silenceblogz.com/2013/01/cabaran-seo-blog-3-dalam-1-happy-new-year-2013.html

Harap tips ini dapat membantu anda dalam pembikinan entry tidak kiralah di dalam cabaran SEO atau pun dalam apa jua yang anda inginkan. Moga manfaat buat semua. Kepada pengguna Wordpress permasalahan ini tidak wujud kerana link terbentuk berdasarkan tajuk entry.

TIPS : Anda hanya dapat mengubah CUSTOM PEMALINK sebelum anda published entry sahaja. Jadi perhatikan link benar-benar lengkap sebelum membuat keputusan Publish entry.

Selamat mencuba,
*SilenceBlogz bukan pakar SEO tetapi sekadar berkongsi maklumat sahaja.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

12 blogger-facebook:

  1. Thanks,tips yang baik dari master SEO..salute lu bro :)

    ReplyDelete
  2. apabila pakar seo mula berkata2..hehehe...bgusnya kongsi maklumat cmni tp ct still xreti nk guna..hihihi..anyways,goodluck!

    ReplyDelete
  3. baru tahu pasal ne.hahaha....
    eh eh,ada harapan menang tu~

    ReplyDelete
  4. dah terbayang ciken cop depan mata...lalalala...

    ReplyDelete
  5. Blog PPP <---------- masih belum mempunyai kelayakan setaraf utk bertanding uhuk... batu sat...

    hai POTIA ^_^ sorry lama x mai akak mu ni bz all the time.

    ReplyDelete
  6. mmg ada perasan ramai peserta yg kehilangan perkataan year 2013 tu...

    ReplyDelete
  7. ya allah... tengs sangat2!!
    info yg amal serius tak pernah tahu pun sbelum ni..huhu
    t amal nak buat lah :)

    ReplyDelete
  8. thanks bro..for the info..baru tau mende ni hari ni..

    ReplyDelete
  9. Macam tu rupanya, baru tahu.

    brpa pth perkataan sebenarnya limit utk url tu bermula dari http sampai .html kalau tak guna permalink ?

    ReplyDelete
  10. Owh, baru tau.. patutlah selama ni cam tak betul je.. ok, ok faham dah cikgu ajar :) terima kasih banyak banyak banyak..

    ~terasa skema sungguh ayat ku ini :p

    ReplyDelete
  11. Kalau menggunakan default (Automatic permalink), Blogger akan hanya menggunapakai 30 character pertama daripada tajuk post untuk permalink, selebihnya akan diabaikan.
    Jadi bila nak buat tajuk post pastikan keywords wujud dalam 39 character tersebut.
    Blogger Sentral ada menyediakan online character counter untuk tujuan tersebut.

    ReplyDelete
  12. Assalammualaikum,,bro,

    bagus ilmu nie.. pernah gak.. guna permalink nie... bagus bro kongsi ilmu blog macam nie.. terbaik.

    mselim3

    ReplyDelete

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Kesilapan Pada Cabaran SEO Blog Rating: 5 Reviewed By: potia casadelarossa