Latest News
Saturday, February 02, 2013

TEKNIK ASAS META TAG SEO UNTUK BLOG

Teknik asas Meta Tag SEO untuk Blog | Seperti mana yang kita sedia maklum penggunaan Meta Tag di sesebuah blog adalah begitu penting kerana penggunaan keyword yang bersesuaiaan pada blog yang selari dengan Meta description serta tajuk sesebuah entry itu sendiri sedikit sebanyak dapat membantu memajukan sesebuah blog terutamanya dari segi trafik. Oleh yang demikian penggunaan Meta Tag di Blog di sifatkan adalah PENTING jika anda ingin terus berkecimpung dalam dunia blogger.
Teknik asas Meta Tag SEO untuk Blog
Contoh penggunaan Meta Tag di Blog - Entry Di index kan lebih pantas.
Untuk entry ini di index kurang dari 3 minit.
Apa itu Meta Tag
Apa itu Meta Tag? dan apakah kepentinganya? META TAG digunakan untuk meringkaskan maklumat halaman untuk crawler enjin carian di blog anda (pendapat penulis). Antara Meta Tag asas yang paling popular di gunakan adalah Meta Tag Description dan Meta Tag Keywords. Namun ramai di kalangan blogger sudah mempunyai kepakaran dalam dunia SEO dengan membuat penambah baikkan pada penggunaan Meta Tag dengan menambah satu lagi Meta Tag iaitu Meta ROBOTS.

Meta Description
Apa itu Meta Description? Apakah kepentingannya? META DESCRIPTION adalah cara untuk anda menerangkan kepada engin carian google mengenai jenis blog, tema blog, entry berkaitan berdasarkan penceritaan atau pun ketegori sesebuah blog itu.

Contoh asas Meta Description
Jika Blog berkaitan dengan IKAN peliharaan.

<meta content='Blog menceritakan mengenai tip-tip dan langkah penjagaan ikan peliharaan' name='description'/>

Meta Keyword
Apa itu Meta Keyword? Apakah kepentinganya? META KEYWORD adalah adalah satu-satu perkataan atau kata kunci bagi memberi penekaan dalam penceritaan sesuatu artikel mahupun di blog itu sendiri. Kepentingannya di lihat sebagai kata kunci sesuatu cariaan di cariaan enjin google berdasarkan penekanan sesuatu perkataan yang berkaitan serta bersesuaiaan di sesebuah artikel itu sendiri. Potensi untuk berada di halaman utama adalah lebih cerah berbanding blog yang tidak menyatakan sesuatu di Meta Tag blog berkenaan.

Contoh asas Meta Keyword
Jika Blog berkaitan dengan IKAN peliharaan.

<meta content='Langkah rawat ikan, jenis makanan Ikan, cara membiak ikan, cara pilih ikan peliharaan' name='keyword'/>

Meta Robots
Apa itu Meta Robots? Apakah kepentingannya? META ROBOTS adalah satu arahan di berikan kepada enjin cariaan supaya TIDAK atau MEMBENARKAN crawler atau indexs kan sesebuah artikel.

Contoh Asas Meta Robots

<meta content='index, follow' name='robots'/> -Membenarkan Crawler - entry di indexkan gi enjin carian.
<meta content='Noindex, Nofollow' name='robots'/> - Tidak membenarkan Crawler - entry TIDAK di indexkan gi enjin carian.

Keterangan di atas mengikut pendapat admin sahaja. Apa yang di nyatakan di atas adalah Basic atau pun teknik-teknik asas sahaja. Dalam Dunia blogger begitu banyak teknik atau pun langkah-langkah untuk menjadikan blog anda supaya menjadi lebih mesra SEO. SilenceBlogz bukan pakar SEO tetapi sekadar berkongsi maklumat semata-mata. Jika terdapat sebarang kekeliruan anda boleh search di google untuk mendapat informasi yang lebih terperinci.

INCOMING SEARCH TERM :

teknik asas seo, teknik seo, meta tag seo
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

13 comments:

  1. Fuyooo, ranking pertama tue :)

    Blog sy dah pasang dah benda ney

    ReplyDelete
  2. baca, faham.. tapi tak faham sgt.. membenar & tidak membenarkan tu.. apa ye..

    Me & SEO jauh panggang dgn arang

    ReplyDelete
  3. tips yang berguna..bila lah nak dapat berguru face to face nih :p

    ReplyDelete
  4. saya ade buat meta tag, robots ni bagai.. belasah copy paste je seperti yg diajar hehe.. boleh laa naik sikit ciput je traffic kalau kena dgn isu hangat :p

    ReplyDelete
  5. Tip yg sangat berguna supaya entri yg kita hasilkan memberi impak yang besar dan tergolong di kalangan blogger otai.

    ReplyDelete
  6. hm... dah baca tapi tak berapa nak faham yang faham gambar atas sekali tu.. huhuhuhu

    ReplyDelete
  7. tu dia otai seo nk bg penerangan pjg lbr..kahkah

    ReplyDelete
  8. wah sekali teknik peliharaan ikan daa...:P hehehe

    ReplyDelete
  9. teringinnya nk pkar dlm benda ni..mesti blog cept popular...nmpknya makin jauh lg prjalanan ct...nampk code, trus blank..hehe...rsenyer msuk dgree nti msti blaja semua ni...

    ReplyDelete
  10. errr...dah try buat tapi tak tau betul ker tak... huhu

    ReplyDelete
  11. nak tepek code tu kat mana?

    ReplyDelete
  12. bagus info ini..SEO on page ni kan

    ReplyDelete

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: TEKNIK ASAS META TAG SEO UNTUK BLOG Rating: 5 Reviewed By: potia casadelarossa