Latest News
Tuesday, February 19, 2013

Waspada Dengan Ejen BL1M

Waspada Dengan Ejen BL1M | Orang ramai dinasihat berwaspada dengan individu yang mengaku sebagai ejen Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) dan meminta wang untuk menguruskan bantuan itu.

Pengerusi Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda UMNO Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata, pihaknya tidak pernah melantik mana-mana individu sebagai ejen BL1M dan tidak melakukan transaksi secara tunai.

“Kami hanya menerima bayaran RM199 menerusi kiriman wang kepada My E.G. Services Bhd selaku vendor bagi mengurus program itu,” katanya kepada Bernama, semalam.

Beliau berkata setakat ini sebanyak 44 kes penipuan dilapor yang semuanya berlaku di kawasan luar bandar.

Tengku Azman berkata, bagi menangani gejala itu pihak sekretariat menambah lebih 500 pusat pendaftaran BL1M termasuk 114 pusat ujian berkomputer (MyEG, MySpeed dan Komms) dan 400 pusat pendaftaran di seluruh negara dengan kerjasama Majlis Belia Felda, Gerakan Belia 4B dan Gabungan Pelajar Melayu (GPMS) yang mula beroperasi esok.

Tengku Azman berkata, sehingga 14 Februari lalu lebih 130,000 permohonan bagi BL1M diterima dan tempoh pendaftaran juga dilanjut sehingga 1 Mac ini.

Beliau berkata, Sabah mencatat pendaftaran paling ramai iaitu 13,900 permohonan diikuti Selangor dan Johor masing-masing 12,500 dan 11,050.


Pendaftaran juga boleh dilakukan di kaunter Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Menara Dato’ Onn Kuala Lumpur dengan pembayaran secara dalam talian melalui kad Visa/Master dan semua e-banking Meps.

Orang ramai juga boleh menghantar permohonan serta ‘Money Order’ atau cek melalui pos ke alamat BL1M-Bantuan Lesen 1Malaysia, Pemuda Barisan Nasional, Tingkat 28, Menara Dato’ Onn, Jalan Sultan Ismail, 50480 Kuala Lumpur. - BERNAMA
Kredit : hmetro.com.my
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

5 comments:

  1. Ambil kesempatan atas kesempitan orang lain.. hish.. tak baik sungguh.. moga yang teringin nak daftar BLIM nie sentiasa dijalan yang benar..

    ReplyDelete
  2. ada terbaca jugak tentang ni...zaman sekarang ni kan...macam2 cara orang nak amik kesempatan...oleh itu berhati2lah...yang kesiannya pakcik makcik yang dah tua yang x tau apa2... hopefully dijauhkanlah orang2 macam ni dari mereka yang tak tau apa2...

    ReplyDelete
  3. Kena amik perhatian btl2 ni. Jgn ada yg terkena sudah.

    ReplyDelete
  4. macam ni la orang yang terdesak duit....

    ReplyDelete

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Waspada Dengan Ejen BL1M Rating: 5 Reviewed By: potia casadelarossa