Latest News
Sunday, March 03, 2013

Penceroboh DiPukul Penduduk Sempurna


Penceroboh DiPukul Penduduk Sempurna

SEMPORNA — Puluhan penduduk bertindak memukul sehingga mati lelaki bersenjata M16, yang dipercayai terlibat dalam serangan hendap yang mengorbankan lima anggota polis, di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna malam tadi.

Bagaimanapun sehingga kini polis belum memberi pengesahan tentang identiti lelaki itu.

Dalam insiden 7 pagi hari ini, seorang lelaki berbadan besar, berpakaian serba hitam, memegang senjata M-16 dan berumur dalam lingkungan 50-an turun daripada sebuah bukit dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah surau di Kampung Senallang Lama, Semporna di sini.

Seorang penduduk, Abdul Hani Samaullah, 44, berkata, selepas melepaskan tembakan lelaki itu turut menjerit di hening pagi bahawa ‘saya yang menembak polis malam tadi’.

"Lelaki itu kemudian membuka setiap pintu rumah penduduk dan mengarahkan mereka berkumpul di satu kawasan lapang,” katanya yang turut berkumpul bersama penduduk di dalam keadaan ketakutan.

Abdul Hani berkata, penduduk menyerang lelaki terbabit apabila dia bertinggung dan memasang api rokok serta meletakkan senjatanya.

Beliau berkata, lelaki itu dipukul hingga mati dan mayatnya diletakkan dekat dengan sebuah pokok di kampung itu.

Wartawan Bernama yang dalam perjalanan membuat liputan majlis perasmian jambatan baharu oleh Menteri Kemajuan Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal di Kampung Nihak Nihak, pada 8.30 pagi iaitu 30 kilometer daripada Kampung Senallang Lama, sempat melihat mayat lelaki itu dan mendapati kepala lelaki itu berlumuran darah.

Kelihatan penduduk mengemas beg pakaian mereka dan mengosongkan rumah mereka dengan membawa anggota keluarga, termasuk kanak-kanak dan wanita, untuk melarikan diri ke kawasan kampung lain.

Kebanyakan penduduk adalah petani dan pekebun ladang kelapa sawit.

Cubaan untuk menghubungi Ketua Polis Daerah Semporna, DSP Mohd. Firdaus Francis Abdullah untuk mendapatkan maklumat lanjut gagal.— BERNAMA

Kredit : Bernama.com
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

7 comments:

  1. padan dengan muka dia bro.. bgs mati.. mnyusahkan org je...

    tp sedih dgn anggota polis kat semporna mati dlm serangan hendap semalam dan hari ni....

    ReplyDelete
  2. Terima la balasannya... Bila la nak ada kesudahan.... Mudah2an berakhir dgn cepat...

    ReplyDelete
  3. yeaaah.. lepas pukul penceroboh tu, pendduk kg mesti kena pindah. kalau xpindah, risau geng2 penceroboh tu menganas..

    ReplyDelete
  4. Ya Allah lindungi negara Malaysia ni dari diceroboh oleh anasir-anasir yg ingin memporak perandakan keamanan negara ni... hurm x suka dengar perang2 ni... at the same time kesian dgn polis2 yg terkorban tu... semoga mereka mati syahid kerana mempertahankan tanah air tercinta amin...

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. mmg respek dgn penduduk2 yg pukul penceroboh tu....baru dia tau langit tinggi rendah...

    ReplyDelete
  7. padan muka, datang lagi cari pasal...

    - Admins Blog 3 Dalam 1
    http://blog3dalam1.blogspot.com/

    ReplyDelete

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Penceroboh DiPukul Penduduk Sempurna Rating: 5 Reviewed By: potia casadelarossa