Latest News
Wednesday, June 26, 2013

Anak Tiri Di Kurung Di Dera Macam Banduan

Anak Tiri Di Kurung Di Dera Macam Banduan

Anak Tiri Di Kurung Di Dera Macam Banduan
gambar - kosmo online

Artikel Anak Tiri Di Kurung Di Dera Macam Banduan | Sedih pagi ini bila tengok muka depan akhbar Kosmo bila ada lagi kes-kes penderaan kanak-kanak di negara kita ini. lagi menyedihkan anak berusia tujuh tahun disyaki didera oleh bapa tinya sendiri. Macam dah tak ada cara lain untuk menghukum, apalah yang anak kecil ini tahu sebab baru sahaja berusia tujuh tahun. Besar sangat ke kesalahan yang telah di lakukan?. lebih menyedihkan anak kecil ini disyaki di pukul dan di dera serta tidak di berikan makan dan minum. Kesan-kesan luka bernanah pada kaki dan kesan-kesan lebam di mata serta dibadan. Nauzubillah...

Ini keratan akhbar kosmo "Anak Tiri Di Kurung Di Dera Macam Banduan"

KUALA TERENGGANU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang disyaki diseksa tanpa belas kasihan oleh bapa tirinya ditemui dalam keadaan menyayat hati dengan badannya penuh dengan kesan dicucuh rokok selain dibiarkan kebuluran hingga tidak mampu berjalan. Penderitaan kanak-kanak itu ditambah lagi dengan kesan bengkak dan melecur di kedua-dua belah kaki, lebam di seluruh badan termasuk mata dan mulut, kesan luka yang telah dijangkiti kuman dan bernanah selain dikurung sejak beberapa bulan lalu di sebuah rumah sewa di Gong Badak dekat sini. Bagaimanapun, kanak-kanak itu bernasib baik apabila dia dapat diselamatkan pada pukul 5 petang kelmarin selepas seorang jiran bertindak menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sepasukan anggota keselamatan yang pergi ke rumah itu diselubungi pilu apabila kanak-kanak tersebut terus meminta makanan dalam keadaan terketar-ketar ekoran kebuluran tanpa menghiraukan kesakitan yang dialaminya ketika itu. Difahamkan, sebelum diselamatkan, jiran mangsa telah pergi ke rumah sewa tersebut setelah terdengar bunyi budak menangis selepas dipukul.

Nota: Semoga tindakan di ambil setimpal dengan apa yang dah di lakukan. 

INCOMING SEARCH TERM :

Anak Tiri Di Kurung Di Dera Macam Banduan, berita semasa, anak kena dera bapa tiri
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

8 comments:

  1. Klw tak sanggup nak terima anak tiri tu.. at the first place x payah nak kawen dgn mak org tu... kan??? manusia ni... berfikir dh macam tak de tamadun...

    ReplyDelete
  2. geram la kan..bila bca kes gini..eee apalah dosa budak tuh..xperi kemanusian betul la.

    ReplyDelete
  3. sangat zalim.. rasa geram bila baca atau dengar berita kanak2 dan wanita dianiayai.. huhu.. :(

    ReplyDelete
  4. kenapa ada manusia macam ni?? :(

    ReplyDelete
  5. adeh tak berperikemanusiaan langsung...sampai bernanah2 tu taktau la pedih camne budak tu menahan...

    ReplyDelete
  6. masih ada lagi manusia yang perangai macam binatang nie kan? Binatang pun sayang anak dia walaupun anak angkat je, is pegi save22 jap nak tengok peta tesco extra

    ReplyDelete
  7. masih ada lagi manusia yang perangai macam binatang nie kan? Binatang pun sayang anak dia walaupun anak angkat je, is pegi save22 jap nak tengok peta tesco extra

    ReplyDelete

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Anak Tiri Di Kurung Di Dera Macam Banduan Rating: 5 Reviewed By: potia casadelarossa