Latest News
Tuesday, October 27, 2015

Cara Buat Table Di Blog Guna HTML

Cara Buat Table Di Blog Guna HTML | Berikut adalah cara buat "table" di blog menggunakan HTML kod yang simple dan mudah difahami.

Banyak kaedah dalam penggunaan Table di blog. Antaranya boleh di gunakan di ruangan sidebar mahupun di ruangan entry. Ianya bergantung kepada kreativiti anda sendiri. Di sini terdapat beberapa contoh yang saya sediakan untuk anda supaya anda lebih faham bagaimana satu-satu table itu di buat.

Sebelum itu kenali apa itu yang di maksudkan dengan "table"?

TABLE ditakrifkan dengan tag <table>.
Table A dibahagikan kepada baris (dengan tag <tr>), dan setiap baris dibahagikan ke dalam sel data (dengan tag <td> itu). td bermaksud "Table data", dan memegang kandungan sel data. A tag <td> boleh mengandungi teks, pautan, imej, senarai, borang, jadual lain, dan lain-lain.

Dalam erti kata lain Table ini mewujudkan pengasingan antara ROW dan COLUMN.

Ok sekarang dah paham kan apa itu table? masih kurang paham? ok cuba lihat gambarajah di bawah;

Cara Buat Table Di Blog Guna HTML
Contoh Table yang di gunakan di BlogShop.
Di bawah ini adalah contoh Table dan Kod HTL yang di gunakan;

Contoh Table 1
Tajuk 1 Tajuk 2
row 1, cell 1 row 1, cell 2
row 2, cell 1 row 2, cell 2
*ini contoh Table 2 row dengan 2 column.

Kod Table di atas adalah ;
<table border="1">
<tr>
<th>Header 1</th>
<th>Header 2</th>
</tr>
<tr>
<td>row 1, cell 1</td>
<td>row 1, cell 2</td>
</tr>
<tr>
<td>row 2, cell 1</td>
<td>row 2, cell 2</td>
</tr>
</table>

Contoh Table 2.
row 1, cell 1 row 1, cell 2
row 2, cell 1 row 2, cell 2

* ini contoh Table 2 row dengan 2 column. Table tanpa Header. Kod table masih sama seperti di atas, apa yang perlu anda edit atau buang adalah;
<th>Header 1</th>
<th>Header 2</th>


Berikut salah satu contoh kegunaan Table dalam pembikinan blog Khususnya dalam pembikinan Entry.

BANNER BLOG LINK BLOG PENERANGAN
Cara Buat Table Di Blog Guna HTML http://babyaimacomel.blogspot.comBlog yang mengisahkan pelbagai
bla... bla... blaa....
Cara Buat Table Di Blog Guna HTML http://www.blogger2u.comBlog yang mengisahkan pelbagai
bla... bla... blaa....

Table Banner Exchange di atas saya olah menjadi 3 Column. Kod HTML masih sama seperti contoh 1. Apa yang di tambah cuma kod column sahaja.

Dimana saya tambah kod berkenaan? Lihat kod yang bewarna MERAH.

<table border="1">
<tr>
<th>Header 1</th>
<th>Header 2</th>
<th>Header 2</th>
</tr>
<tr>
<td>row 1, cell 1</td>
<td>row 1, cell 2</td>
<td>row 1, cell 3</td>
</tr>
<tr>
<td>row 2, cell 1</td>
<td>row 2, cell 2</td>
<td>row 2, cell 3</td>
</tr>
</table>

Itu sahaja perkongsian Mengenai Cara Buat Table Di Blog Guna HTML. Namun anda masih boleh lagi mengubah kod diatas menggunakan jenis-jenis Border style seperti contoh di bawah;
border-style: dotted; border-style: dashed; border-style: solid; border-style: double; border-style: groove; border-style: ridge; border-style: inset; border-style: outset; 
Atau anda boleh link ini untuk Tutorial Cara membuat Border Style.

INCOMING SEARCH TERM :

Cara Buat Table Di Blog Guna HTML, cara buat table, tutorial buat table di blog post
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

10 comments:

  1. owh, macam tu. boleh eh buat table dlm entri? okey, nanti slow2 try buat tengok =)

    ReplyDelete
  2. nice info.. jarang org wat tutor cam nih.. :)

    ReplyDelete
  3. wah,, first time jumpa tutorial gini,, potia hebat!! :D

    ReplyDelete
  4. woah good2.. tetiba palo eden poning hahahaha. but gud sharing bro

    ReplyDelete
  5. ilmu mmg bagus dikongsikan camni...hehe terima kasih berkongsi bro...

    ReplyDelete
  6. nice tutorial..

    ƪ(˘⌣˘)┐ ƪ(˘⌣˘)ʃ ┌(˘⌣˘)ʃ

    ReplyDelete
  7. Good info, thanks sharing :)

    ReplyDelete
  8. perkongsian yang jarang dibuat org :)

    ReplyDelete
  9. o... macmtu... camana plak kalo nak centerkan table yg diletakkan dlm entri? trm kasih ya

    ReplyDelete
  10. nice info.. jarang org wat tutor cam nih..

    ReplyDelete

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Cara Buat Table Di Blog Guna HTML Rating: 5 Reviewed By: potia casadelarossa