Pemain Terbaik Johor JDT Bakal Terima Hadiah Audi Q7
Berita gembira buat dua pemain terbaik Johor (JDT) kerana bakal menerima hadiah istimewa berupa kereta SUV Audi Q7 kata presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Perlawanan pentas akhir (final) Piala FA menemukan pasukan yang menggelarkan pasukan mereka "Harimau Selatan" dan juga "The Red Warrior" dari pasukan Kelantan FC akan berentap pada hari Sabtu ini. Johor Darul Takzim (JDT) VS lawan Kelantan 29 Jun 2013 pasti akan menggegarkan Stadium Bukit Jalil nanti.
Apa yang pasti Aidil Zakuan tidak beraksi pada final kali ini kerana di gantung 2 perlawanan setelah rayuannya ditolak.
Ini pula keratan dari akhbar kosmo online ;
JOHOR BAHRU - Dua pemain terbaik pasukan Johor Darul Takzim (Johor DT) pada musim ini akan menerima ganjaran berbentuk kereta utiliti sukan (SUV) Audi Q7, kata presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.Nota : Berharap perlawan bejalan dengan baik tanpa sebarang tindakan yang tidak dijangkakan oleh penyokong kedua-dua belah pihak. Majulah sukan untuk Negara !!
Ganjaran tersebut adalah tambahan kepada bonus lumayan yang akan diberikan kepada kedua-dua pasukan Johor sekiranya Johor DT memenangi Piala FA menentang Kelantan pada final, Sabtu ini.
"Semua inisiatif ini dilakukan sebagai menunjukkan penghargaan terhadap
segala usaha dan komitmen yang ditunjukkan pasukan dan para pemain," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Bagi final di Stadium Nasional Bukit Jalil, Tunku Ismail menyeru penyokong
pasukan itu agar sentiasa menjaga disiplin dan tingkah laku mereka ketika di stadium itu.
"Elakkan daripada mencetuskan sebarang kekecohan dan provokasi, serta
sentiasa patuh kepada arahan pegawai-pegawai keselamatan yang bertugas.
"Saya berharap penyokong dari kedua-dua pasukan menunjukkan semangat kesukanan dan persaudaraan," katanya.
Justeru, menurut beliau satu perjumpaan ramah mesra di antara penyokongJohor DT dan Kelantan akan diadakan di kawasan rehat Seremban, Lebuh Raya Utara-Selatan sebelum mereka meneruskan perjalanan ke Bukit Jalil pada hari perlawanan. - Bernama
wah untunglah siapa2 yang dapat tu... he he he...kalau single lagi mesti lepas ni ramai makwe yang berkenan... *_^
ReplyDelete@Farah Waheda Wahidrasanya klu lah Johor JDT kalah macamana dapat jugak tak? sebab dia kata pemain terbaik.. kalah menang tetap dapat kot
ReplyDeleteuntung betul dapat kete nie..
ReplyDeletetengok kalau betul - betul, main bola pun orang offer kereta
ReplyDelete@onlajerbaru semangat bro
ReplyDeletekalau kanda turun main game malam tue nanti, mesti kanda dapat kan. ^_^
ReplyDeleteuntungkan siapa yang dapat audi Q7 tu..
ReplyDeleteLive Streaming Johor JDT vs Kelantan
ReplyDeletekalau kalah dapat jugak ke?..
ReplyDeletekalau kalah dapat jugak ke?..
ReplyDeletedpt jugak kot... sb dia ckp yg terbaik je... tak pulak dia mention kalau menang sahaja..
Delete