Latest News
Thursday, June 13, 2013

Fenomena SuperMoon 23 Jun 2013 | Lunar Perigee

Fenomena SuperMoon 23 Jun 2013 | Lunar Perigee

Fenomena SuperMoon 23 Jun 2013 | Lunar Perigee
Fenomena SuperMoon 23 Jun 2013 | Lunar Perigee
Supermoon 23 Jun 2013
Fenomena Supermoon pada 23 Jun 2013 ini atau di kenali sebagai Lunar Perigee ini mengakibatkan kedudukan bulan menjadi lebih dekat dengan Bumi berbanding biasa. Bulan sebenarnya berputar dalam paksinya yang berbentuk bujur dan bukannya bulat. Ada masanya bulan akan berada dekat dengan Bumi dan kejadian ini akan mencetuskan fenomena supermoon.
Jarak yang dekat dengan Bumi dipanggil perigee dan jarak yang jauh dengan Bumi dipanggil apogi. Apapbila bulan berada pada kedudukan perigee, bulan akan berada lebih dekat dengan Bumi dan kesannya bulan akan nampak lebih besar dan lebih bercahaya.
Namun, saiz sebenar bulan masih sama cuma apa yang berlaku adalah kesan ilusi yang juga dikenali sebagai ilusi bulan yang akan menyaksikan bulan menjadi besar ketika menghampiri horizon.

Apa Itu SuperMoon?

Supermoon atau lebih dikenali dengan nama saitifiknya iaitu Lunar Perigee adalah satu fenomena bulan penuh yang kelihatan lebih besar dan terang lebih dari biasa. Bulan akan dilihat 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah daripada hari biasa.
Fenomena SuperMoon 23 Jun 2013 | Lunar Perigee
Punca fenomena Supermoon berlaku
Istilah supermoon pertama kali dikemukankan oleh ahli astronomi, Richard Nolle pada tahun 1979. Fenomena ini hanya berlaku sekali dalam setahun. Hal ini sangat dinantikan oleh para penggemar astronomi. Pada 23 Jun 2013 fenomena ini dijangkakan akan berlaku.

Fenomena SuperMoon 23 Jun 2013 | Lunar Perigee
Air pasang
Fenomena SuperMoon 23 Jun 2013 | Lunar Perigee
Bulan akan kelihatan lebih besar daripada kebiasaannya


Fenomena SuperMoon 23 Jun 2013 | Lunar Perigee
Kedudukan jarak bulan lebih hampir dengan bumi

Pengalaman Supermoon

Bagi penggemar melihat apa yang ada di angkasa lepas macam aku memang aku takkan lepaskan peluang ini kerana Fenomena Supermoon ini atau masa aku zaman kanak-kanak dulu aku gelar supermoon ini sebagai BULAN SAKIT kerana bulan ini akan kelihatan mengambang penuh dan ada juga yang memanggil sebagai BULAN MERAH kerana bulan ini kelihatan bulat dan besar serta kemerah-merahan.

Insya Allah aku akan sedaya upaya buat rakaman dan ambil beberapa keping gambar dan akan post kan entry lanjutan mengenai perkara ini. Sama ada jelas atau tidak ia bergantung kepada keadaan cuaca semasa. Mudah-mudahan cuaca baik malam 23 Jun 2013 nanti. Sama-sama kita doakan.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

14 blogger-facebook:

  1. semoga berjaya merakamkan fenomena itu.. perkongsian yang baik.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. akan cuba sebaik mungkin untuk Aiza... eh!!!! haha

      Delete
  2. wah... dah dekat dah ni.. harap2 tak lupa nak tengok supermoon ini!!! tq taw

    ReplyDelete
  3. klw dah berjaya snap jgn lupa kongsikan dgn kiterang potia :)

    ReplyDelete
  4. pukul berapa yg boleh disaksikan bulan penuh nanti ni?? baru tau pasal ni, terima kasih sbb cerita

    ReplyDelete
  5. supermoon on my birthday!!! thanks to Allah, this is a big present and a big memory for me.. :) i love the moon.. <3

    ReplyDelete
  6. Ini pertama kali dengar supermoon, biasanya kita dengar dgn nama "Bulan Sakit", itu istilah ketika zaman kecik2 dulu. Asal saja boleh dibuat duit, semuanya nak direbut.

    ReplyDelete
  7. Terlewat membaca artikel bro...sampaikan tarikh akan berlaku supermoon dpt diselamatkan.

    ReplyDelete
  8. aku pg pulau perhentian time ni..harap dapat lihat anugerah Allah ni dgn cantik skali

    ReplyDelete
  9. Richard Nolle itu bukan seorang astronom (ahli ilmu astronomi) tapi seorang Astrologer, perlu diketahui Astronomi dan Astrologi itu berbeda.

    ReplyDelete

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Fenomena SuperMoon 23 Jun 2013 | Lunar Perigee Rating: 5 Reviewed By: potia casadelarossa