Latest News
Thursday, June 27, 2013

Hospital Terbaik Di Dunia

Hospital Terbaik Di Dunia

Hospital Terbaik Di Dunia

Terbaik di dunia? ye artikel kali ini mengenai Hospital terbaik di dunia. Tahukah anda di mana letaknya hospital terbaik di dunia? Jawapanya adalah di Malaysia.

Pusat Perubatan Prince Court diiktiraf sebagai hospital terbaik di dunia di bawah sektor perubatan pelancongan oleh Pelancongan Kualiti Perubatan (MTQUA) 2013 baru-baru ini. Rakyat Malaysia seharusnya berbangga dengan pencapaian ini kerana bukan mudah untuk diiktiraf sebagai hospital terbaik di dunia terutama apabila perlu menyaingi hospital-hospital terkenal di Eropah,'' katanya semasa majlis pengumuman tersebut di sini hari ini.

Hospital Terbaik Di Dunia
Ruang legar yang luas dan menenangkan dengan
lanskap yang menarik
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC), Dr. Mary Wong berkata, pemilihan Prince Court adalah kerana hospital itu menyediakan kaedah rawatan dan perubatan yang paling lengkap.

Lebih membanggakan katanya, Prince Court telah mengatasi beberapa pusat perubatan yang terkenal di dunia seperti Pusat Perubatan Anadolu, Turki; Pusat Perubatan Bangkok, Thailand dan Hospital Gleaneagles Singapura.

Pengiktirafan Prince Court sekali gus mewujudkan landasan untuk MHTC memperluaskan matlamat meningkatkan industri pelancongan perubatan negara di mata dunia.

Katanya, pada tahun lalu jumlah pesakit asing telah meningkat kepada sejumlah 6,071 orang berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak 5,083 orang.

Hospital Terbaik Di Dunia
Sekali pandang tak ubah macam dalam bilik hotel 5 bintang
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Prince Court, Dr. Chong Su Lin berkata, perolehan hospital swasta itu melonjak 23 peratus pada suku pertama tahun ini berbanding tempoh sama 2012, namun kos operasi yang tinggi menyebabkan ia masih mencatatkan kerugian.

Jelasnya, kos operasi yang tinggi melibatkan penggunaan peralatan hospital yang canggih dan terkini serta kos-kos lain. Terdapat peningkatan yang memberangsangkan dari segi jumlah pesakit, namun kami masih belum mampu mencatatkan untung," katanya. Hospital itu merekodkan perolehan sebanyak RM112 juta tahun lalu.


Nota : Aku bangga beb ! tapi harap aku tak masuk hospital ni. mahal kot. eheheh..

INCOMING SEARCH TERM :

Hospital Terbaik Di Dunia, hospital tercanggih di dunia, hospital mana terbaik di Malaysia
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

8 comments:

  1. ini kalau rakyat kebanyakan memang tak mampulah nak masuk sini

    ReplyDelete
  2. hai awak yg nama nya susah benar saya nak sebut , refer ikut blog muja
    :)

    errmmm..

    saya setuju jugak dgn apa yg awak ckp.saya ptt pm dia je kan..?

    saya kadang kadang rasa jugak bersalah dalam hati nih.. tapi tu lah.. sebab saya buat tu mmg nak bukak mata dia luas luas.. mungkin mata saya jadik tertutup.

    saya tak niat langsung nak malukan dia wak.. saya tak terfikir langsung. saya cuma nak dia faham. faham yang lelaki bukan sorang kat dunia nih.

    hurmm..

    ramai dah salah faham..

    tapi saya tahu Allah Maha Adil.

    :)

    sorry mai sini reply komen awak..saya tak mau muja upset lagi.. atau berlaku apa apa salah faham lagi..

    :)

    ReplyDelete
  3. fuyoo.. cayalah.. nak masuk buka calang2 orang ni..

    ReplyDelete
  4. mau kos beribu riban masuk sini..

    ReplyDelete
  5. Kalau masuk sini, mati dalam keadaan x beriman hancuss masuk neraka jugak..hehe

    ReplyDelete
  6. ada duit baru blh masuk situ. tapi kalau dah sakit rasanya semua tu dh tak mampu nk difikirkan kot.

    ReplyDelete

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Hospital Terbaik Di Dunia Rating: 5 Reviewed By: potia casadelarossa