JEREBU Sekolah tutup Kuala Lumpur Selangor
![]() |
KLCC kelihatan kabur punca jerebu |
![]() |
Menara TM |
"Biasa dari tingkap rumah saya nampak menara berkembar KLCC, tapi akhir-akhir ini langsung tak nampak." kata potia casadelarossa ketika di temubual. (sambil ketawa ekekek..)
Berikut adalah keratan akhbar Sinar Harian mengenai kenyataan ini ;
SHAH ALAM - Semua sekolah di Selangor dan Kuala Lumpur akan ditutup esok berikutan kualiti udara yang semakin buruk akibat jerebu.Nota: Anda di nasihatkan memakai topeng keselamatan (face mask) jika ingin mengadakan aktiviti luar.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel.
"Semua sekolah di Selangor dan KL ditutup esok seperti dinasihatkan PM Najib Razak," katanya.
Palanivel berkata beliau akan meminta Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh mengambil tindakan sewajarnya.
"Situasi jerebu semakin teruk pada 5 petang dan sekolah diarah tutup sebagai langkah berjaga-jaga kerana kualiti udara yang buruk akan memberi kesan terhadap kesihatan pelajar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau turut menasihatkan ibu bapa agar memastikan anak-anak mereka berada dalam rumah dan memakai topeng jika mereka perlu keluar.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar, yang diisytihar sebagai kawasan darurat, mencatat sedikit penurunan dengan bacaan 690 pada 11 pagi tadi berbanding 746 empat jam sebelumnya.
IPU bagi Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai di Melaka, yang sebelum ini masing-masing mencatat bacaan di tahap bahaya 357 dan 334, meningkat ke 415 dan 428.
Negeri lain yang mempunyai IPU tidak sihat termasuk ibu negara, Putrajaya, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor manakala dua kawasan yang dikategori sebagai mempunyai kualiti udara sihat ialah Sandakan dan Tawau di Sabah. - Bernama
Sumber gambar : google images
potia pun jangan lupa jaga diri k,,,
ReplyDelete@muja thanks muja
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete