Latest News
Saturday, June 22, 2013

Kuala Lumpur 10 Bandar Paling Berbahaya

Kuala Lumpur 10 Bandar Paling Berbahaya

Kuala Lumpur 10 Bandar Paling Berbahaya

Kuala Lumpur 10 Bandar Paling Berbahaya | Assalamualaikum dan salam sejahtera, terkejut juga bila dapat tahu Kuala Lumpur tersenarai antara 10 bandar paling berbahaya. Pada mulanya memang terkejut, tetapi kembali tenang semula bila Polis (PDRM)  menjadi penyelamat kita tampil membuat penafian. Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan tersebut (sebuah laman web - tidak dinyatakan). Semoga kenyataan yang mengatakan Kuala Lumpur adalah antara 10 bandar paling berbahaya itu TIDAK BENAR !!. Walaupun kadangkala kekecohan berlaku berunsurkan politik tetapi kita perlu bersyukur kerana kita masih lagi dapat hidup dengan aman damai.

Berikut di sertakan keratan berita dari BENAMA;

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan sebuah laman web yang menyenaraikan bandaraya Kuala Lumpur sebagai antara 10 bandar paling berbahaya di dunia.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan laman Facebook PDRM, dakwaan itu sama sekali tidak benar dan orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai maklumat itu seterusnya menyebarkan maklumat berkenaan.
"Orang ramai diminta supaya tidak semudahnya mempercayai dan menyebarkan maklumat yang tidak sahih daripada laman web tersebut tanpa merujuk terlebih dahulu daripada polis.
"Warga Malaysia juga haruslah menjadi penyebar maklumat yang bertanggungjawab dan beretika dengan memastikan sebarang maklumat yang diperoleh dan ingin dikongsi adalah daripada sumber yang rasmi," menurut kenyataan itu di sini Khamis.
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan polis dari 2010 hingga 2012, PDRM berjaya mengurangkan indeks jenayah di Kuala Lumpur sebanyak 31.8 peratus dengan usaha berterusan dalam menangani isu jenayah di ibu kota. - Bernama

Nota: jangan suka-suka sebarkan apa yang tak perlu di sebarkan di laman sosial kerana dapat mengelakkan kekeliruan pihak asing. (aku agak je.. bukti aku tak ada... sekadar mengingati sesama kita..)

INCOMING SEARCH TERM :

Kuala Lumpur 10 Bandar Paling Berbahaya, berita semasa, isu semasa
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

11 comments:

  1. bahaya betul statement ni potia.. agaknya dia nilai dari segi apa sampai cakap tak selamat tu? politik aje ke? nasib baik PDRM tampil menjernihkan keadaan..

    ReplyDelete
  2. @Mizz Aizatulah daripada sumber mana dorg dapat pun tak tau...

    ReplyDelete
  3. pastikan sahih bru siarkan. ye dakkkk?

    ReplyDelete
  4. oitt pgumuman GA ke-2 jaa belum diumumkan lah.... akan umum pada 27 jun nanti.... yg bro komen tu my 1st GA laaa... hihihi.... btw utk nk jadik sponsor tu jaa ok jer.... next ga okehh.... :)

    ReplyDelete
  5. aku dulu pernah kene pow. yg tukang pow tu budak2 lg. org melayu. sedih bila bangsa sendiri buat mcm tu. itulah skrg ni p mana2 tak selamat.

    kena beli sebilah pisau poket utk dibuat senjata pertahan diri.

    ReplyDelete
  6. rakyat asing juga penyumbang kepada negara kita termasuk dalam senarai tu kan. transit dadah, pergaduhan sesama warga mereka dan kes pelacuran warga asing . hais.

    ReplyDelete
  7. apa2 pun tetap berhati2 walau dimana sahaja kan

    ReplyDelete
  8. paling berbahaya? dari segi apa yg diorg ukur tu? memang bahaya betul statement yg tak betul tu kan

    ReplyDelete
  9. kalau nak buat statement camtu mesti kena sandarkan bukti2 yg kukuh utk elakkan kekeliruan....

    ReplyDelete

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Kuala Lumpur 10 Bandar Paling Berbahaya Rating: 5 Reviewed By: potia casadelarossa