Latest News
Tuesday, June 11, 2013

Pelik ! Penyanyi Jelita Belajar Jadi Pelacur

Pelik ! Penyanyi Jelita Belajar Jadi Pelacur

Pelik ! Penyanyi Jelita Belajar Jadi Pelacur
Pelik ! Penyanyi Jelita Belajar Jadi Pelacur
8 Jun – Aktres dan penyanyi jelita Soo Wincci mengakui dia telah menyamar menjadi pelacur di pusat karaoke sekitar Kuala Lumpur demi menjiwai watak pelacur dan mak ayam sebelum menjalani penggambaran filem "Sindiket".

Dipetik daripada laporan Malaysian Digest, bekas Ratu Malaysia ini memberitahu watak yang bakal dipegangnya itu mencabar kewibawaannya sebagai pelakon dan disebabkan itu dia perlu melakukan 'kerja rumah' sebelum menjayakan filem terbaru arahan Bade Haji Azmi itu.

"Watak ini memang mencabar bagi saya. Kerana kali ini bakal menampilkan personaliti yang berbeza. Saya perlu menjadi seorang yang jauh dari imej Soo Wincci ataupun bekas ratu cantik. Kalau untuk drama Cina, pernah juga saya bawa watak berat seperti watak perempuan gila. Namun kali ini lebih mencabar iaitu seorang pelacur dan kemudian menjadi mak ayam," ujarnya.

Wincci pernah meminta rakannya untuk membawa ke lokasi seperti di Jalan Chow Kit dan pusat karaoke KTV sekitar Kuala Lumpur bagi membolehkannya melihat sendiri golongan mereka itu bekerja.
"Di sana saya kena menyamar sebagai pelacur. Rasa takut juga. Walaupun menyamar tapi saya memang buat kerja rumah ini betul-betul. Saya minta bantuan dikalangan kawan lelaki. Saya menyuruh mereka temankan saya. Saya buat seperti melayan mereka, padahal semua yang kami lakukan hanyalah pura-pura. Daripada hasil itu, saya perlu buat satu laporan dan berikan pada pengarah," katanya lagi.
"Sindiket" yang mengisahkan isu perdagangan manusia turut dibintangi Sharnaaz Ahmad, Liyana Jasmay, Sharifah Amani, Daphne Iking, Tony Eusoff dan Rashidi Ishak.
Pelik ! Penyanyi Jelita Belajar Jadi Pelacur

Dalam perkembangan lain, Wincci sedang sibuk mempromosikan lagu single terbarunya di Taiwan dan bakal muncul dengan album kedua di sana.
Wanita berusia 28 tahun ini turut meriliskan lagu bahasa Melayu pertama, "Musim Asmara" dan bakal meriliskan album penuh Ogos akan datang.


Cerita penuh Klik Di Sini
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

5 blogger-facebook:

  1. ceh... tipah tertipu hahahah ingat betul betul la tadi :P

    ReplyDelete
  2. mmmm,,, sampai cmtu ye homework dorang ni,,,

    ReplyDelete
  3. Berlakon di Malaysia ni kalau buat homework pun..nak tgok yg terbaik pun susah

    ReplyDelete
  4. erkk xpelah, janji dia berlakon aje. kekekeke

    ReplyDelete

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Pelik ! Penyanyi Jelita Belajar Jadi Pelacur Rating: 5 Reviewed By: potia casadelarossa