Latest News
Friday, June 07, 2013

Tragedi Penyambung Jambatan kedua Runtuh - Pulau Pinang

Tragedi Penyambung Jambatan kedua Runtuh - Pulau Pinang

Tragedi Penyambung Jambatan kedua Runtuh - Pulau Pinang

Tragedi Penyambung Jambatan kedua Runtuh - Pulau Pinang | Bomba, penyelamat teruskan operasi mencari, menyelamat. Anggota bomba dan penyelamat Georgetown meneruskan kerja untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam runtuhan struktur penyambung antara Jambatan Kedua Pulau Pinang dengan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di Batu Maung, dekat sini.

Sebahagian Jambatan Kedua Pulau Pinang yang masih dalam pembinaan dilaporkan runtuh sekitar jam 7.15 petang semalam.
Runtuhan penyambung susur keluar itu berlaku di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung. Menurut beberapa blog, sebuah kenderaan telah dihempap oleh runtuhan itu.
Tragedi Penyambung Jambatan kedua Runtuh - Pulau PinangTragedi Penyambung Jambatan kedua Runtuh - Pulau Pinang

Sehingga jam 5.30 pagi tadi, seorang mangsa yang disahkan terperangkap dalam sebuah kereta dipercayai Perodua Kelisa masih belum dapat dikeluarkan dari runtuhan terbabit.
Ia kerana anggota bomba dan penyelamat menghadapi kesukaran untuk mengalihkan bebanan seberat kira-kira 200 tan yang menghempap kawasan jalan raya sepanjang 50 meter.

Kren seberat 300 tan yang tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 11.30 malam semalam digunakan dalam operasi yang diserta 110 anggota bomba dan penyelamat itu.

Sumber gambar : google images
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

5 comments:

  1. ngerinya...nasib baik tak ramai yang terperangkap..

    ReplyDelete
  2. ngeri bila membayangkan kejadian tu.. :(

    ReplyDelete
  3. kesiannya...musibah seringkali tak dijangka. Mudah2an Allah melindungi kita dari sebarang kejadian yang tidak diingini...

    ReplyDelete
  4. nauzubillah la berlaku lagi benda sebegini,,,

    ReplyDelete
  5. Sila baca tulisan saya dari sudut kejuruteraan awam dalam, “Teori runtuhnya jalan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang”.

    http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/06/teori-runtuhnya-jalan-penyambung-susur.html

    ReplyDelete

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Tragedi Penyambung Jambatan kedua Runtuh - Pulau Pinang Rating: 5 Reviewed By: potia casadelarossa