Latest News
Tuesday, July 30, 2013

Tarikh Dan Lokasi Tengok Anak Bulan Syawal

Tarikh Dan Lokasi Tengok Anak Bulan Syawal

Penyimpan Mohor Raja-Raja telah menetapkan tarikh tengok anak bulan Syawal bagi menentukan tarikh Hari Raya Puasa jatuh pada petang Rabu, bersamaan 29 Ramadhan akan datang ini

Tarikh Dan Lokasi Tengok Anak Bulan Syawal | Menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja hari ini, Penyimpan Mohor Raja-Raja telah menetapkan tarikh tengok anak bulan Syawal bagi menentukan tarikh Hari Raya Puasa jatuh pada petang Rabu, bersamaan 29 Ramadhan akan datang ini.

Pengumuman Tarikh Hari Raya Puasa

Pengumuman tarikh Hari Raya Puasa bersamaan 1 Syawal ini akan di umumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam itu juga. Tarikh Hari Raya Puasa (Syawal) akan di umumkan melalui radio dan televisyen, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di sini.

Lokasi / Tempat Melihat Anak Bulan Syawal

Antara balai cerap yang menjadi lokasi / tempat untuk melihat anak bulan Syawal 2013 / 1434H

Antara balai cerap yang menjadi lokasi / tempat untuk melihat anak bulan Syawal 2013 / 1434H adalah seperti berikut.

Negeri Lokasi / Tempat
Johor Pontian Kecil
Kedah Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda
Kedah Pemandangan Indah, Pulau Langkawi
Kedah Menara Alor Setar, Alor Setar
Kelantan Bukit Peraksi, Pasir Putih
Kelantan Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai
Kelantan Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu
Kuala Lumpur Menara Kuala Lumpur
Labuan Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan
Melaka Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara
Negeri Sembilan Telok Kemang, Port Dickson
Pahang Bukit Tanjong Batu, Nenasi
Pahang Gunung Berincang, Cameron Highlands
Pahang Bukit Pelindong, Kuantan
Penang Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh
Perak Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong
Perlis Kuala Sungai Baru, Simpang Empat
Putrajaya Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
Sabah Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan
Sarawak Tanjung Lubang, Miri
Sarawak Teluk Bandung, Kuching
Sarawak Tanjung Batu, Bintulu
Selangor Bukit Melawati
Selangor Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat
Selangor Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam
Terengganu Bukit Besar, Kuala Terengganu
Terengganu Bukit Geliga, Kemaman
Terengganu Pulau Perhentian, Besut
Terengganu Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu

Untuk maklumat lebih lanjut sila rujuk Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.

Gambar sekadar ilustrasi sahaja, sumber google..

INCOMING SEARCH TERM :

Tarikh Dan Lokasi Tengok Anak Bulan Syawal, Pengumuman Tarikh Hari Raya Puasa, Lokasi Tempat Melihat Anak Bulan Syawal, tarikh hari raya puasa 2013, lokasi balai cerap
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

5 comments:

  1. seronok nie kalau dapat tengok..
    sikit hari lagi timbulnya syawal yang dinanti

    ReplyDelete
  2. @Kisah Si Dairy Hujung2 Ramadhan ni rasanya dah ramai dah yg nampak anak bulan.. ahakahka ahli falak lah katakan...

    ReplyDelete
  3. hari hari nampak bulan... ehhhh...hehe

    ReplyDelete
  4. sedih takpenah tengok anak bulan :((

    ReplyDelete

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Tarikh Dan Lokasi Tengok Anak Bulan Syawal Rating: 5 Reviewed By: potia casadelarossa