Tarikh Dan Lokasi Tengok Anak Bulan Syawal
Tarikh Dan Lokasi Tengok Anak Bulan Syawal | Menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja hari ini, Penyimpan Mohor Raja-Raja telah menetapkan tarikh tengok anak bulan Syawal bagi menentukan tarikh Hari Raya Puasa jatuh pada petang Rabu, bersamaan 29 Ramadhan akan datang ini.
Pengumuman Tarikh Hari Raya Puasa
Pengumuman tarikh Hari Raya Puasa bersamaan 1 Syawal ini akan di umumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam itu juga. Tarikh Hari Raya Puasa (Syawal) akan di umumkan melalui radio dan televisyen, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di sini.Lokasi / Tempat Melihat Anak Bulan Syawal
Antara balai cerap yang menjadi lokasi / tempat untuk melihat anak bulan Syawal 2013 / 1434H adalah seperti berikut.
Negeri | Lokasi / Tempat |
---|---|
Johor | Pontian Kecil |
Kedah | Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda |
Kedah | Pemandangan Indah, Pulau Langkawi |
Kedah | Menara Alor Setar, Alor Setar |
Kelantan | Bukit Peraksi, Pasir Putih |
Kelantan | Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai |
Kelantan | Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu |
Kuala Lumpur | Menara Kuala Lumpur |
Labuan | Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan |
Melaka | Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara |
Negeri Sembilan | Telok Kemang, Port Dickson |
Pahang | Bukit Tanjong Batu, Nenasi |
Pahang | Gunung Berincang, Cameron Highlands |
Pahang | Bukit Pelindong, Kuantan |
Penang | Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh |
Perak | Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong |
Perlis | Kuala Sungai Baru, Simpang Empat |
Putrajaya | Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya |
Sabah | Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan |
Sarawak | Tanjung Lubang, Miri |
Sarawak | Teluk Bandung, Kuching |
Sarawak | Tanjung Batu, Bintulu |
Selangor | Bukit Melawati |
Selangor | Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat |
Selangor | Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam |
Terengganu | Bukit Besar, Kuala Terengganu |
Terengganu | Bukit Geliga, Kemaman |
Terengganu | Pulau Perhentian, Besut |
Terengganu | Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu |
Untuk maklumat lebih lanjut sila rujuk Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.
Gambar sekadar ilustrasi sahaja, sumber google..
seronok nie kalau dapat tengok..
ReplyDeletesikit hari lagi timbulnya syawal yang dinanti
@Kisah Si Dairy Hujung2 Ramadhan ni rasanya dah ramai dah yg nampak anak bulan.. ahakahka ahli falak lah katakan...
ReplyDeletehari hari nampak bulan... ehhhh...hehe
ReplyDeletex sabar dah nak raya ni hehehe
ReplyDeletesedih takpenah tengok anak bulan :((
ReplyDelete