Menu
 

potia casadelarossa potia casadelarossa Author Author at www.blogger2u.com
Title: Tertembak Kemaluan Sendiri Pulak
Author: potia casadelarossa
Rating 5 of 5 Des:
Tertembak kemaluan sendiri | Semalam semasa memandu terdengar berita daripada satu radio yang mengatakan seorang lelaki yang masuk ke hut...
Tertembak kemaluan sendiri | Semalam semasa memandu terdengar berita daripada satu radio yang mengatakan seorang lelaki yang masuk ke hutan untuk berburu telah tertembak kemaluan sendiri. Hmm.. bunyi macam tidak masuk akal sebab apa yang di katakan ianya tertembak dengan senapang patah. Punyalah panjang senapang tu, macam mana boleh ke situ juga di halakan?. Kalau di tegakkan atau letak senapang patah itu secara berdiri ketinggiaan senapang tu cecah juga tahap pinggang.

Tertembak kemaluan Sendiri

Petikan Akhbar BH - Tertembak Kemaluan Sendiri

Simunjan: Seorang lelaki yang sedang berburu cedera parah selepas tertembak alat sulitnya dengan senapang patah di Kampung Kepayang, di sini, kelmarin.
Lelaki terbabit kini kritikal dan dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS) berikutan kejadian jam 3.30 petang itu. Sumber berkata mangsa yang berusia 32 tahun secara tidak sengaja tertarik picu senapang patah dibawanya dan meletup lalu terkena alat sulitnya.
Mangsa dikatakan sering memburu di kawasan hutan berhampiran kampung berkenaan.
“Ketika kejadian, isterinya memaklumkan suaminya secara tidak sengaja tertarik picu senapang miliknya menyebabkan peluru penabur mengena kemaluannya serta bahagian pinggang.

Tertarik picu senapang

“Bagaimanapun, mangsa bernasib baik kerana dikejarkan ke pusat kesihatan di situ oleh rakannya yang turut berburu bersamanya selepas melihat dia terbaring sambil mengerang kesakitan dan berlumuran darah,” katanya.
Katanya, mangsa dipindahkan ke HUS jam 12.30 tengah hari semalam untuk menjalani pembedahan mengeluarkan cebisan peluru penabur dan keadaannya dilaporkan serius.
Sehingga jam 6 petang semalam, difahamkan mangsa masih menjalani pembedahan susulan bagi membuang peluru dari kemaluannya.
Ketua Polis Daerah Simunjan, Deputi Superintendan Choo Yin Kok, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan diteruskan.

Macam-macam hal, kemaluan sendiri pulak jadi mangsa.. Moga cepat sembuh.

Sumber gambar : google.com
Entry 2013

About Author

CARA BUAT DUIT DI BLOG

Propellerads

Post a Comment Blogger

  1. pergh.. silap2 boleh hilang senjata dia tu.. mak aih.

    ReplyDelete
  2. senjata makan tuan... haiyooo...

    ReplyDelete
  3. Aduh, sakit tak terkira terkena senjata sulit tu huhu

    ReplyDelete

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

 
Top