Latest News
Tuesday, July 02, 2013

Video Peristiwa Langit Terbuka Pada Maulidur Rasul 1434H

Video Peristiwa Langit Terbuka Pada Maulidur Rasul 1434H
Sebelum kejadian - suasana hujan lebat

Video Peristiwa Langit Terbuka Pada Maulidur Rasul 1434H
Semasa kejadian - cuba lihat awan berpusar-pusar menuju
cahaya tersebut. Subhanallah..
Video Peristiwa Langit Terbuka Pada Maulidur Rasul 1434H | Assalamualaikum, kali ini aku nak berkongsi mengenai video yang kononnya di katakan Peristiwa Langit Terbuka Pada Maulidur Rasul 1434H yang lepas. Peristiwa ini jarang-jarang berlaku dan aku anggap bertuah kerana aku sempat mengambil beberapa keping gambar dan video. Terdahulu aku sudah kongsikan beberapa keping gambar [Sila Rujuk Entry ini]. Pada entry tersebut aku memberi tajuk Gambar Dan Video Langit Terbuka Sempena Maulidur Rasul 1434H. Tapi malangnya video tersebut hilang kerana Hanphone aku rosak.

Setelah aku cuma periksa semua memori aku bertuah kerana video yang dikatakan langit terbuka tu masih ada. Kejadia ini berlaku beberapa minit sebelum masuknya solat fardu Maqrib dan pada ketika itu hujan turun dengan lebatnya. Apa yang menjadi persoalan kenapa masih ada cahaya ketika hari sudah menjelang maqrib di tambahkan pula hujan turun dengan lebatnya. Tetapi dalam video di bawah ini hujan tidak kelihatan sangat sebab maklumlah hanphone murah.

video

Kualiti video kurang jelas sebab handphone 2mp je. Untuk melihat lain-lain gambar mengenai artikel ini sila rujuk [DI SINI]

Nota : Sekadar berkongsi sahaja dan menganggap peristiwa ini sebagai kebetulan. Aku tidak berniat apa-apa tentang video ini. Tajuk dan cerita mengikut apa yang aku rasa sahaja. Tidak perlulah kita taksub dengan sesuatu kejadian yang jarang berkesempatan di lihat dengan mata sendiri sepaya ia tidak menjadi sesuatu yang di katakan "Syirik ataupun Khurafat" dan sebagainya. Anggap sahaja ia sebagai kebesaran Allah s.w.t. Wallahulam..
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

15 comments:

  1. As salam. Akak singgah dari blog Muja. Subhanallah... insan terpilih sahaja yg dpt menyaksikannya krn Allah ingin menambahkan keimanan hambanya

    ReplyDelete
  2. @ieta dalam tahun ni saya dah dapat tgk 2 kali dah... satu yg dalam video tu dan satu lagi semasa kat batu cave... sama juga keadaan dia.. tetap berlaku masa hujan lebat... takut tgk sebab awan tu bergulung2 menuju cahaya tu

    ReplyDelete
  3. Wow...kelu lidah tak terkata dengan kebesaran dari NYA. Bertuah sungguh dapat melihat dengan mata sendiri kan. Timme tu kalau snap gan canon pasti lagi terserlahkan kan...

    ReplyDelete
  4. Ya apa pun yg terjadi tu adala sebagai peringatan kita semua... mcm potia ckp jgn terlalu taksub.. nanti lain pulak jadinya.. yg penting kita kekalkan solah 5 waktu kita... ikut mana yg disuruh dan tinggalkan mana yg dilarang menurut al-quran kan.. thanks for sharing ~ utk peringatan diri sendirik gak ni potia =.='

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol tu.. sekadar peringatan kita bersama

      Delete
  5. subhanallah.. memang potia bertuah dapat melihat secara live..

    ReplyDelete
  6. Subhanallah. Allah sahaja lah yang maha berkuasa menjadikan langit dan bumi .

    ReplyDelete
  7. Subhanallah... semua ini terjadi atas kehendakNya... kejadian masa Maulidur Rasul pulak tu..

    ReplyDelete
  8. info menarik ni , tq share yer

    ReplyDelete
  9. Subhanallah. setuju dengan bro samada fenomena yang jarang kita lihat, yang pasti semestilah adalah dari kuasa dan kebesaran Allah.

    ReplyDelete
  10. @Denaihati betul tu bro.. saya anggap ianya rezeki saya dan saya anggap sebagai kebetulan semata-mata... rasa bertuah.. sebab tahun ni sahaja dah 2 kali saya berkesempatan lihat benda ni.. fenomena yg sama cuma tempat yg berbeza

    ReplyDelete
  11. subhanallah, maha suci Allah. sungguh besar kebesaranNya. bertuah menjadi insan terpilih dan perkara sebegini mampu membuka hati mereka2.yg sperti saya yg sebelum ni jauh dan hanyut. thanks for sharing abg potia..

    ReplyDelete
  12. Kebesaran Allah S.W.T ... moga kita semua ambil iktibar dan jadikan peringatan buat semua.

    ReplyDelete

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Video Peristiwa Langit Terbuka Pada Maulidur Rasul 1434H Rating: 5 Reviewed By: potia casadelarossa