Latest News
Thursday, August 01, 2013

10 Malam Terakhir Ramadhan Dan Malam Lailatul Qadar

Keistimewaan 10 Malam Terakhir Ramadhan Dan Lailatul Qadar

10 Malam Terakhir Ramadhan Dan Lailatul Qadar | Assalamualaikum, Ramadhan semakin ke penghujungnya. Pada 10 malam terakhir Ramadhan
10 Malam Terakhir Ramadhan Dan Lailatul Qadar | Assalamualaikum, Ramadhan semakin ke penghujungnya. Malam Lailatul Qadar di sifatkan berlaku pada 10 malam terakhir Ramadhan setiap Bulan Ramadhan dan tanda-tanda Malam Lailatul Qadar [Rujuk Di Sini..]

10 Terakhir Ramadhan Dan Lailatul Qadar

Segala puji hanya bagi Allah, yang telah menyampaikan kita di penghujung 10 hari kedua bulan Ramadhan. Kini kita telah memasuki 10 ketiga atau terakhir bulan Ramadhan. Hari-hari yang memiliki kelebihan-kelebihan berbanding hari lainnya. Rasullullah S.A.W pada 10 terakhir Ramadhan ini Baginda melipat gandakan ibadah yang tidak Baginda lakukan pada hari-hari lainnya.

Adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam apabila memasuki 10 terakhir Ramadhan, beliau menguatkan ikatan tali sarungnya (yakni meningkat amalan ibadah baginda), menghidupkan malam-malamnya, dan membangunkan isteri-isterinya.” Muttafaqun ‘alaihi.
Yang bermaksud :
“Adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam apabila memasuki 10 terakhir Ramadhan, beliau menguatkan ikatan tali sarungnya (yakni meningkat amalan ibadah baginda), menghidupkan malam-malamnya, dan membangunkan isteri-isterinya.” Muttafaqun ‘alaihi.

Keutamaan 10 Terakhir bulan Ramadhan

10 Malam Terakhir Pertama

Bahawa Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam serius dalam melakukan amalan ibadah lebih banyak dibanding hari-hari lainnya. Peningkatan ibadah di sini tidak terbatas pada satu jenis ibadah tertentu saja, namun meliputi semua jenis ibadah baik solat, tilawatul qur`an, dzikir, shadaqah, dan lain-lain.

10 Malam Terakhir Kedua

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membangunkan isteri-isteri baginda agar mereka juga berjaga untuk melakukan solat, dzikir, dan lainnya. Hal ini karana semangat besar Baginda agar keluarganya juga dapat meraih keuntungan besar pada waktu-waktu utama tersebut.

10 Malam Terakhir Ketiga

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam beri’tikaf pada 10 malam Terakhir ini, Baginda mengasingkan diri dari berbagai aktiviti keduniaan, untuk baginda menumpukan ibadah dan merasakan nikmatnya ibadah tersebut.

10 Malam Terakhir Keempat

Pada malam-malam 10 Terakhir inilah sangat besar kemungkinan salah satu di antaranya adalah Malam Lailatur Qadar. Suatu malam penuh barakah yang lebih baik daripada seribu bulan.

Keutamaan Malam Lailatul Qadar

Di antara nikmat  Allah subhanahu wa ta’ala terhadap umat Islam, di anugerahkannya kepada mereka satu malam yang mulia dan mempunyai banyak keutamaan. Suatu keutamaan yang tidak pernah di dapati pada malam-malam selainnya. Tahukah anda, malam apakah itu? Dia adalah malam “Lailatul Qadr” (Lailatul Qadar). Suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Sebagaimana firman Allah
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam kemuliaan (Lailatul Qadr). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan (Lailatul Qadr) itu? Malam kemuliaan itu (Lailatul Qadr) lebih baik dari seribu bulan.
Yang bermaksud ;
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam kemuliaan (Lailatul Qadr). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan (Lailatul Qadr) itu? Malam kemuliaan itu (Lailatul Qadr) lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Rabbnya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar”. (Al-Qadr: 1-5).
Asy-Syaikh Shalih Al-Fauzan hafizhahullah berkata: “Bahawasanya (pahala) amalan pada malam yang barakah itu setara dengan pahala amalan yang dikerjakan selama 1000 bulan yang tidak ada padanya Lailatul Qadr. 1000 bulan itu sama dengan 83 tahun lebih. Itulah di antara keutamaan malam yang mulia tersebut. Maka dari itu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berusaha untuk meraihnya, dan beliau bersabda:
Barangsiapa menegakkan solat pada malam Lailatul Qadr atas dorongan iman dan mengharap balasan (dari Allah), diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu”
“Barangsiapa menegakkan solat pada malam Lailatul Qadr atas dorongan iman dan mengharap balasan (dari Allah), diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu”. (H.R Al Bukhari no.1768, An Nasa’i no. 2164, Ahmad no. 8222).
Demikian pula Allah Subhanahu Wa ta’ala beritakan bahawa pada malam tersebut para Malaikat dan Malaikat Jibril turun. Hal ini menunjukkan betapa mulia dan pentingnya malam tersebut, karana tidaklah para Malaikat itu turun kecuali karana perkara yang besar. Kemudian Allah Subhanahu Wa ta’ala menyifatkan malam tersebut dengan firman-Nya:
10 Malam Terakhir Ramadhan Dan Malam Lailatul Qadar
Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar
Allah subhanahu wa ta’ala mensifatkan bahwa di malam itu penuh kesejahteraan, dan ini merupakan bukti tentang kemuliaan, kebaikan, dan barakahnya. Barangsiapa terhalang dari kebaikan yang ada padanya, maka ia telah terhalang dari kebaikan yang besar”. (Fatawa Ramadhan, ms. 848)
Kita sebagai umat Muhammad S.A.W yang kerdil ini tiada apa yang dapat kita harapkan selain mendapat keberkatan dan keredhaan hidup di dunia dan di akhirat kelak. Agak jauh untuk kita menggapai bintang di langit sedangkan diri kita ini penuh dengan kejahilan dan terkadang kita terpesong dari suruhanNya. Bertaubah adalah jalan yang terbaik buat kita. Wallah hualam.

Selami Pengertian Malam lailatul Qadar [Klik Di Sini..]

INCOMING SEARCH TERM :

Malam Lailatul Qadar, 10 Malam Terakhir Ramadhan, islamic, 10 Malam Terakhir Ramadhan Dan Malam Lailatul Qadar, pengertian malam lailatul qadar, lailatul qadar, tanda-tanda lailatul Qadar, al-qadr
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

2 comments:

  1. terima kasih kongsi artikel yg bermanfaat ini. Semoga Allah memberkati sdr dan keluarga.amin.

    ReplyDelete
  2. Semoga kita berusaha dan mudahan mendapatnya, insyaAllah

    ReplyDelete

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: 10 Malam Terakhir Ramadhan Dan Malam Lailatul Qadar Rating: 5 Reviewed By: potia casadelarossa