Latest News
Wednesday, August 07, 2013

Cara Buat Column Dalam Posting Entry

Cara Buat Column Dalam Posting Entry


Tutorial HTML (CSS) kali ini mengenai bagaimana cara buat Column di dalam posting entry di blog. Secara amnya kita selalu menulis menerusi versi default di dalam penerbitan sesebuah entry. Namun hakikatnya kita masih lagi boleh mengubahsuaikan sesebuah entry atau satu-satu terbitan entry kita mengikut kreativiti kita sendiri seperti contoh kita memasukkan sekurang-kurangnya sekeping gambar di dalam sesebuah entry bagi mencantikkan entry kita di samping ada juga yang mengatakan ianya dapat mengukuhkan teknik SEO. Akan tetapi itu terpulang cara bagaimana cara kita mengolahnya.

Dekorasi Entry Posting Dengan Column

Pertama sekali kenali apa itu "Column". Column adalah satu perkataan inggeris yang apabila di terjemahkan dalam bahasa Melayu bermaksud "Ruangan". Apa ruangan yang saya maksudkan dalam konsep HTML atau Column Dalam Posting Entry? ikuti langkah bagaimana Column dapat mencantikkan blog khusnya dalam membuat entry. Kebiasaannya cara ini di guna pakai oleh blog-blog atau print style di dada-dada akhbar atau di majalah-majalah dari segi dekorasi penulisannya.

Contoh Column Dalam Posting Entry - Default

Cara ini adalah cara default atau cara semulajadi yang terdapat dalam CSS template blog.
Cara Buat Column Dalam Posting Entry blog

Contoh Column Dalam Posting Entry - Dengan Column

Ini pula adalah cara custom atau cara yang sudah di dekorasi dengan menggunakan CSS.
Cara Buat Column Dalam Posting Entry blog

Contoh yang tepat adalah seperti yang saya telah buat dekorasi Column di dalam entry ini. Sila lihat penulisan saya di permulaan di bawah tajuk Cara Buat Column Dalam Posting Entry. Di situ telah saya wujudkan Column dan entry nampak lebih menarik dan tidak kelihatan seperti kebiasaan.

Column Untuk Entry yang Panjang

Mewujudkan Column atau ruangan di dalam entry atau pun posting ini perlu di selaraskan dengan kepanjangan sesuatu entry. Sebagai contoh jika anda membuat entry berkisarkan cerpen atau pun portfolio seperti review sesuatu produk yang mana adakalanya memerlukan anda membuat penulisan yang agak panjang, kreativiti dalam dekorasi entry itu perlu untuk menarik minat pembaca supaya tidak bosan dengan entry tersebut kerana perlu scroll ke bawah. Pendapat saya dengan cara ini adalah penyelesaiannya di samping penyelitan sekeping dua gambar sebagai penyeri sesebuah artikel.

Cara Ringkas Buat Column Dalam Posting Entry

Untuk mengadakan atau mewujudkan column ini cukup mudah tidak perlu membaca tutorial yang panjang berjela seperti entry ini. Ianya mempunyai 2 kaedah sahaja.

Cara Pertama

Masukkan kod CSS / Style ini di atas entry anda. kod nya seperti di bawah.
<style>
.potia
{
column-count:3;
-moz-column-count:3; /* Firefox */
-webkit-column-count:3; /* Safari and Chrome */
}
</style>
<div class="potia">
TAIP ENTRY ANDA DISINI...</div>
Sila lihat gambarah di bawah ;
Cara Buat Column Dalam Posting Entry tutorial

Mudah bukan? Dan ada lagi satu cara yang menyenangkan, ini jika anda ingin mewujudkan column di setiap entry anda secara automatik tanpa membuat proses di atas secara berulang-ulang kali setiap kali anda ingin membuat entry. Anda perlu Copy kod diatas dan dengan mengunakan Edit Template kemudia Paste kod tersebut di atas kod </head> itu sahaja dan sila simpan.

*Selamat mencuba - HTML memang menyeronokkan jika anda ada keinginan ingin mencuba.

Note: The column-count property is not supported in Internet Explorer 9 and earlier versions.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

7 comments:

  1. Saya dah lama cari teknik letak iklan tepi post.. Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Panduan yang sangat baik. Terima kasih atas perkongsian bermanfaat ini..

    ReplyDelete
  3. cuba utk memahaminya scr perlahan-lahan... huhu... maklumla... kakak fenin nk memaham bab2 coding nih... huhuhu...

    ReplyDelete
  4. ahh ini yg acik cari... thanks sharing..sangat berguna

    ReplyDelete
  5. firs titme masuk blog ni.. tulisan old skol hehehe..

    nice tutor.. tercari jugak benda ni..

    ReplyDelete
  6. kecanggihan tak terbatas la blog potia ni,, jelez cek tau,, hehe

    ReplyDelete
  7. Pandai main coding. Saya tidak berapa reti sangat.

    ReplyDelete

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Cara Buat Column Dalam Posting Entry Rating: 5 Reviewed By: potia casadelarossa