Latest News
Tuesday, August 06, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dan Pengertian

Selamat hari Raya Aidilfitri 2013 | 1434H

pengertian Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Penghayatan | Assalamualaikum, 3 hari lagi Umat Islam boleh di katakan seluruh dunia bakal merayakan satu perayaan yang di namakan Aidilfitri umumnya manakala dalam bahasa arab di sebut 'Ayd al-Fiṭr' . Apakah maksud Selamat "Hari Raya" Aidilfitri yang sebenar-benarnya.

Pengertian Hari Raya Sebenar

Pengertian hari raya sebenar bagi umat Islam, raya Aidilfitri adalah kemenangan menghadapi ujian puasa selama sebulan. Hari raya ini dikaitkan dengan fitrah kerana manusia kembali kepada fitrah asal yang dihalalkan segala perkara terlarang semasa berpuasa.
Baginda SAW bersabda: “Dua kegembiraan bagi seorang yang berpuasa iaitu ketika berbuka dan ketika bertemu Tuhannya dengan amalan ibadah puasa itu.”
Maksud kegembiraan ketika berbuka adalah ketika berbuka pada hari Ramadan dengan taufik dan inayahNya. Keduanya, kegembiraan berbuka di akhir Ramadan sebagai pengumuman selesainya puasa dengan penuh ketaatan kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT bermaksud: “Katakanlah wahai Muhammad bahawa dengan kurniaan dan rahmat Allah SWT mereka bergembira dan itulah yang terbaik hasil daripada apa yang mereka usahakan.” (Surah Yunus, ayat 58).

Jelas kegembiraan ini dilihat pada wajah mereka yang berpuasa. Hari raya pada Muslimin membawa dua pengertian besar iaitu penghayatan rabbani (ketuhanan) dan penghayatan insani (kemanusiaan).

Penghayatan rabbani membawa maksud manusia tidak sekali-kali melupakan Allah SWT pada hari raya kerana mereka tidak dipengaruhi nafsu, bahkan lidah mereka sentiasa bertasbih dan bertakbir memuji kebesaran Allah SWT.

Perginya Ramadhan Bulan Di Makbulkan Doa

Daripada Jabir, Baginda SAW bersabda: “Apabila tibanya malam terakhir Ramadan, langit, bumi dan para malaikat bersedih atas satu musibah besar bagi umat Muhammad SAW. Sahabat bertanya, apakah musibah itu wahai Rasulullah? Jawab Baginda SAW: Perginya Ramadan meninggalkan kita. Bulan yang dimakbulkan doa, amalan diangkat dan diterima, pahala kebajikan digandakan dan azab ditangguhkan. Apakah ada musibah yang lebih besar daripada berpisah dengan Ramadan? Apabila langit dan bumi serta malaikat bersedih untuk kita, sudah semestinya kita sebagai manusia akan lebih bersedih atas perpisahan ini.” (Hayatul Qulub) 

Kita akan menempuh hari raya yang umpama satu kerehatan dalam kehidupan manusia. Oleh itu, setiap umat menjadikan hari raya sebagai hari kegembiraan meraikan kemenangan dan kejayaan dalam sesuatu ujian.

Bergembira Di Hari Raya

Mereka mestilah memahami bahawa hari raya bukan bermaksud bebas daripada melakukan ketaatan seperti disalah ertikan sesetengah pihak.

Penghayatan insani pula bermaksud keinginan naluri manusia bersuka ria, gelak tawa, berketrampilan baru dengan pakaian dan wajah berseri, bertemu sahabat handai serta keluarga yang disayangi.

Ketika Baginda SAW menghadiri suatu perayaan, beliau mengizinkan satu kumpulan bersuka ria di rumah Baginda SAW yang selari dengan Masjid Nabawi. Baginda SAW juga mengizinkan Saidatina A’ishah bersuka ria bersama sahabatnya bagi meraikan naluri kemanusiaan di samping memelihara tatasusila agama Islam.
Begitu juga peristiwa berlaku kepada Saidina Abu Bakar, ketika A’ishah berhibur bersama seorang temannya. Lantas dilarang oleh Abu Bakar seraya berkata: “Seruling syaitan berkumandang di rumah Rasulullah? Beliau menyangka Rasulullah SAW sedang tidur dalam keadaan wajahnya tertutup. Apabila mendengar perkataan Abu Bakar, Baginda menyingkap wajahnya lalu bersabda: 
“Biarkan mereka wahai Abu Bakar kerana setiap kaum ada perayaannya tersendiri dan ini adalah perayaan kita. Semoga kaum Yahudi menyedari agama kita juga memberi ruang kepada perkara sedemikian.”

SilenceBlogz mengucapakan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda yang sering kesini. Mohon ampun dan maaf jika terdapat salah dan silap selama penulis menerbitkan artikel jika ada terkasar bahasa mohon maafkan penulis.Janganlah kita lupa kepada insan yang telah tiada dan insan-insan yang dalam kesusahan dan bersedih di pagi raya, bantulah mereka selagi terdaya. Sesungguhnya bantuan anda dapat menyerikan mereka dipagi raya  Salam kemaafan dengan tulus ikhlas dan selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 56 nanti.

Artikel olahan terbitan Berita Harian
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

4 comments:

  1. selamat hari raya utk tuan silenceblogz @ potia... semoga raya ni membeawa seribu keberkatan dan kegembiraan buat potia & family..

    #mkn kueh raya tu ingat2 ler kat org sini... :p

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya abg potia..moga keberkatan puasa dan raya kali ni membawa seribu satu rahmat buat abg potia.. raya xleh sedih2 tau...

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir & batin

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya juga ya... (^_^) maaf zahir dan batin...

    ReplyDelete

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Selamat Hari Raya Aidilfitri Dan Pengertian Rating: 5 Reviewed By: potia casadelarossa