Latest News
Thursday, September 12, 2013

Maut Terjun Tingkat Dua Hotel Selayang

Lelaki Maut Terjun Hotel | Di Selayang Seorang lelaki kakitangan awam maut di tempat kejadian di mana lelaki ini nekad terjun dari tingkat 2 sebuah hotel di Selayang Point. Difahamkan lelaki berkenaan cuba melarikan diri selepas premis berkenaan diserbu anggota penguatkuasa dalam Op Zina, awal pagi semalam.

Menurut Harian Metro hari ini dalam kejadian jam 2.30 pagi, mangsa yang berusia 43 tahun ditemui dalam keadaan tertiarap di belakang hotel selepas panik dengan kehadiran pihak berkuasa yang melakukan pemeriksaan ke biliknya.

Operasi Op Zina yang diketuai penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) itu turut dijalankan bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan polis Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak sempena malam ambang kemerdekaan.
"Ketika serbuan, mangsa dipercayai berdua-duaan bersama teman wanitanya di bilik hotel. Akibat terjatuh dari ketinggian itu, mangsa cedera parah di kepala." katanya.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, mangsa yang panik dengan kehadiran anggota penguat kuasa nekad terjun dari tingkat dua hotel.

Berita Penuh

INCOMING SEARCH TERM :

Maut Terjun Tingkat Dua Hotel Selayang, lelaki maut terjun tingkat 2 hotel, maut di hotel selayang
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

2 comments:

  1. hahahahaha.. yang ini lawak.. dah la buat zina , mati katak plak tu ... hmmm dunia2...

    ReplyDelete
  2. Seriau betul kan baca berita2 macam ni...macam2 hal. Owhhh ya...skrg jarang2 update?

    ReplyDelete

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Maut Terjun Tingkat Dua Hotel Selayang Rating: 5 Reviewed By: potia casadelarossa