Latest News
Thursday, September 12, 2013

Pertandingan Bunga Api Putrajaya 2013

Pertandingan Bunga Api Putrajaya | Panorama yang mungkin jarang-jarang di lihat di ruang udara Putrajaya dengan percikkan bunga api selama 25 minit untuk setiap sesi pertunjukkan. Menarik dan teruja ! mungkin itu kata-kata yang paling sesuai sebagai ungkapan untuk pertandingan ini. Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya 2013 yang dijadualkan pada 30 dan 31 Ogos, 13 hingga 15 September, dan 2 Oktober ini dijangka menarik jutaan pengunjung.
Pertandingan Bunga Api Putrajaya 2013 | Panorama yang mungkin jarang-jarang di lihat di ruang udara Putrajaya dengan percikkan bunga api selama 25 minit untuk setiap sesi pertunjukkan. Menarik dan teruja ! mungkin itu kata-kata yang paling sesuai sebagai ungkapan untuk pertandingan ini. Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya 2013 yang dijadualkan pada 30 dan 31 Ogos, 13 hingga 15 September, dan 2 Oktober ini dijangka menarik jutaan pengunjung.

Panorama di ruang udara ini di jadualkan bermula pada jam 9 malam dan berakhir 25 minit untuk setiap malam pada tarikh-tarikh yang dinyatakan di atas. Pertunjukkan yang di persembahkan dari 6 buah negara yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Saya rasa inilah masanya yang sesuai untuk anda membawa anak-anak seisi keluarga ke Putrajaya nanti.

Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Aseh Che Mat berkata, sebanyak enam negara menyertai pertandingan kali ini iaitu China, Emiriyah Arab Bersatu, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Perancis dan Malaysia. Pertandingan ini berlainan daripada pertunjukan bunga api biasa kerana setiap pertunjukan diiringi muzik pilihan negara peserta, katanya pada sidang media di sini hari ini.
Bagi yang minat mengambil gambar, saya kira inilah masanya untuk anda merakam panorama di ruang udara malam itu nanti. Dianggarkan seramai 500,000 pengunjung akan datang ke Pusat Maritim, Presint 5, Putrajaya pada setiap tarikh pertandingan diadakan.

Setiap pertunjukan akan berlangsung selama 25 minit bermula 9 malam pada tarikh-tarikh berkenaan, kecuali pada 30 Ogos, pertunjukan dimulakan pukul 12 tengah malam sempena sambutan Ambang Kemerdekaan.
Pertandingan Bunga Api Putrajaya
Selain pertunjukkan bunga api, PPj selaku penganjur bersama Duago Corp Sdn. Bhd. juga akan mengadakan acara sampingan seperti konsert mini, bazar dan jualan makanan jalanan.Kepada yang berhasrat ke sana nanti jangan bimbang kerana para pengunjung akan di sediakan kawasan letak kereta dan perkhidmatan bas berhampiran tapak pertandingan.

Sumber gambar google

INCOMING SEARCH TERM :

Pertandingan Bunga Api Putrajaya , Pertunjukan Bunga Api Putrajaya,Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya 2013
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

3 comments:

  1. boleh la amik gambar guna kamera DSLR awk.. :)

    ReplyDelete
  2. waaaa.. ni mesti best nii.. nak tengok.. nak tengokk.. suka sangat bunga api.. nak ajak hubby gi tengok lea.. agak2 jalan jem takkk?? ha3

    ReplyDelete
  3. dah pergi malam tadi... tak lah menarik sgt.. tak tau negara mana... biasa2 jek bunga api dia

    ReplyDelete

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Pertandingan Bunga Api Putrajaya 2013 Rating: 5 Reviewed By: potia casadelarossa