Latest News
Tuesday, October 08, 2013

Indra Putra Diugut Bunuh Di Facebook

Indra Putra Diugut Bunuh Di Facebook, penyokong JDT ugut bunuh Indra Putra Di Facebook
Sumber gambar google
Indra Putra DiUgut Bunuh Di Facebook | Assalamualaikum..dan salam sejahtera..macam-macam hal, berita terkini yang di hebohkan di facebook dan di dada-dada akhbar hari ini mengenai pemain bolasepak Kelantan Indra Putra mahayuddin diugut bunuh di laman sosial Facebook semalam oleh salah seorang penyokong JDT.

Penulis difahamkan tercetusnya ugutan ini apabila pasukan bolasepak JDT kalah teruk yang mana pasukan Kelantan berpesta bola menewaskan JDT dengan jaringan 6 berbalas 2 Sabtu lepas. Ketika Pertemuan Johor JDT vs Kelantan difahamkan penyokong tersebut di laman Facebooknya membuat status kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Indra Putra yang didakwa sengaja merempuh penyerang Johor Darul Takzim (JDT), Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo dalam perlawanan itu. Dikatakan mengugut untuk mengupah pembunuh upahan membunuh pemain lincah Kelantan itu bersama pengadil yang mengendali perlawanan berkenaan.

Biasalah dalam perlawanan bola sepak kekasaran boleh terjadi kerana kita bermain dengan semangat untuk menang serta emosi pemain yang berlainan. Kerana tidak berpuas hati janganlah sampai nak ugut mengugut.

Penulis percaya apa yang di tulis oleh individu berkenaan bukanlah satu perkara yang betul-betul beliau mahu lakukan. Tetapi kerana mulut badan binasa, kerana menulis terimalah padahnya. Kita ada undang-undang dan ingat bukan semua orang senang dengan kehadiran kita. Pokok pangkal kita perlu berhati-hati dalam apa saja yang kita tulis. kita hidup bermasyarakat dan berbilang kaum. kalau kita tak suka sesuatu pasukan tak perlulah sampai nak marah atau kutuk mengutuk pihak lawan kerana ada pihak lain yang menyokongnya.

Tauladan daripada perkara ini adalah, menulislah apa yang anda rasa nak tulis akan tetapi sila jaga juga sensitiviti umum. jangan sampai ada pihak yang melatah dan membuat lapuran Polis. Ingat Ugutan Bunuh ada Akta yang membolehkan anda di dakwa. jangan contohi kes "Indra Putra DiUgut Bunuh Di Facebook" di masa akan datang.

Terima Kasih, ini pendapat penulis sahaja.

INCOMING SEARCH TERM :

Indra Putra DiUgut Bunuh Di Facebook, Indra Putra DiUgut Bunuh, penyokong JDT ugut bunuh Indra Putra,Indra Putra DiUgut Bunuh, penyokong JDT ugut bunuh Indra Putra di facebook
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

5 comments:

  1. kadang-kadang penyokong atau peminat yang terlalu taksub dgn perkara-perkara macam nie.mintak dijauhkan oleh masyarakat kita...janganlah jadikan pembunuhan macam nak sembelih ayam pulak...

    ReplyDelete
  2. ermm, nak komen kena gaya pengulas gak ke?

    ehh lantak.
    haha budak2 mcm2 ni, dia igt lawak. dia xtau org boleh saman agaknya

    ReplyDelete
  3. haissssyyyy... takkan benda gini pun nak tulis kat fb kot,, grrr

    ReplyDelete
  4. Jangan terlalu mengikut perasaan..buruk padahnya nanti..dari www.tepakku.com

    ReplyDelete
  5. Budak tu ada buat permohonan maaf, katanya dia bergurau.. bila dh jadi viral, dah jadi isu baru nak mohon maaf, sebelum up status tak fikir baik buruk..

    ReplyDelete

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Indra Putra Diugut Bunuh Di Facebook Rating: 5 Reviewed By: potia casadelarossa