Latest News
Wednesday, December 25, 2013

Keburukan Facebook Tidak Akan Disekat


Keburukan Facebook Tidak Akan Disekat,Facebook Tidak Akan Disekat,Facebook Semakin Tidak Sesuai Pengguna bawah Umur,
Keburukan Facebook Tidak Akan Disekat | Rata-rata rakyat Malaysia kini memiliki akaun Facebook baik remaja, dewasa malah kini kanak-kanak seumur 8 tahun. Sepertimana yang kita tahu laman sosial banyak manfaatnya, Antaranya dapat menyampaikan maklumat dengan pantas, mengeratkan siraturahim sesama rakan, keluarga dan juga perniagaan secara talian (online).

Terkini, Kerajaan tidak akan menyekat akses akaun laman sosial Facebook atau laman-laman web yang lain kerana ia memberi banyak faedah kepada masyarakat kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Walaupun terdapat pihak yang menyalahgunakan laman web atau laman sosial seperti Facebook untuk menyebar fitnah tetapi bukan semua terbabit dengan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

Katanya lagi;
Menyekat Facebook bukanlah satu pilihan yang baik. Ini kerana kita tahu ia banyak membawa faedah berbanding penyalahgunaan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Di negara kita ada 16 juta pemilik akaun Facebook dan antara pemilik akaun itu ialah pelajar berumur lapan tahun, dan mereka ini tidak terlibat dalam penyalahgunaan media sosial seperti Facebook untuk melemparkan fitnah atau tohmahan kepada pihak lain

Facebook Sebagai Platform Perniagaan Online

Bagi pendapat peribadi saya, menyekat kebebasan menggunakan laman sosial bukanlah satu langkah yang bijak dan sama sekali tidak begitu praktikal. Langkah Kerajaan tidak menyekat Facebook dan dan laman sosial yang lain adalah langkah yang bijak kerana jika langkah menyekat penggunaan laman sosial akan menimbulkan isu-isu lain serta kemarahan banyak pihak. Laman sosial kini bukan sahaja pengantaraan antara rakan kepada rakan semata-mata malah laman sosial terutamanya Facebook adalah menjadi platform utama bagi menjalankan perniagaan secara online melalui pengiklanan-pengiklanan yang di buat di laman berkenaan.

Pandangan saya permasalah ini timbul yang mana ada sesetengah pengguna laman sosial telah menyalahgunakan laman ini untuk menyampaikan sesuatu yang kurang tepat seperti khabar angin, fitnah dan sebagainya.

Facebook Semakin Tidak Sesuai Pengguna bawah Umur

Di anggarkan sejumlah 16 juta pemilik akaun Facebook terdapat di Malaysia yang mana ianya terbilang dari setiap lapisan umur. Apa yang menjadikan permasalahannya kebanyakkan para pengiklan produk di laman tersebut tidak mementingkan sensitiviti dan tidak mesra pengguna. Kenapa saya berkatakan sedemikian? Sila rujuk entri [Facebook Semakin Tidak Sesuai Pengguna bawah Umur]

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

4 comments:

  1. Semua lamn sosial terdedah pada negatif nnya bila langit terbuka.ntanya. Begitulah keadaannya bila langit terbuka. Hanya kita sebagai pebgguna perlu menapis setiap artikel dan info yang kita jumpai di laman sosial.

    ReplyDelete
  2. Saya menfaat Facebook untuk pemasaran perniagaan. Rugilah funa Facebook untuk bersosial kosong sahaja sedangkan mereka yang bijak manfaatnya dengan menghasilkan pendapatan.

    ReplyDelete
  3. bergantung kepade pengguna tu sendiri sama ada die nak pilih baik atau tidak ,. cuma yang dibawah umur patut diberi pemantauan oleh penjaga.. :)

    ReplyDelete

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Keburukan Facebook Tidak Akan Disekat Rating: 5 Reviewed By: potia casadelarossa