Latest News
Wednesday, August 16, 2017

Sejarah Tugu Negara Yang Perlu Anda Tahu

Sejarah Tugu Negara Yang Perlu Anda Tahu | Petang Ahad semalam sempat singgah ke Tugu Peringatan Negara atau lebih di kenali sebagai Tugu Negara pada masa kini. Hajat untuk mengambil beberapa keping gambar agak mendukacitakan kerana setibanya di sana hujan turun agak lebat juga tapi dapat jugalah "snap" beberapa keping gambar Tugu Negara pada sudut yang kurang menarik sebab menggunakan payung.

Sejarah Tugu Negara, Tempat Menarik Kuala Lumpur, cuti-cuti Malaysia
Tugu Peringatan Negara

Tugu Negara / Tugu Peringatan Negara

Lokasi Tugu Negara ini letaknya di Ibu negara Kuala Lumpur yang mana berlatar belakangkan bangunan Parlimen. Tidak jauh dari Tugu Negara ini di situ adanya Taman Tasik Perdana, Taman Burung, Taman Rama-rama, dan Planetarium Negara serta ada lagi tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur ni sekitar Tugu Negara ini seperti Taman Rusa (tak pasti wujud lagi atau tidak), Muzium Negara dan sebagainya.


Sejarah Pembinaan Tugu Negara

Tugu Peringatan Negara (atau juga dikenali sebagai Tugu Negara) telah disiapkan pada 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960). Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Parlimen.


Sejarah Tugu Negara, Tempat Menarik Kuala Lumpur, cuti-cuti Malaysia


Pada setiap tahun, 11 November, satu perbarisan hormat akan diadakan di Tugu Negara. Tugu tersebut menggambarkan sekumpulan tentera mengibar bendera negara, Jalur Gemilang. Setiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan.

Tugu Negara dibina pada tahun 1966, tugu tersebut berdiri setinggi 15 meter, diperbuat daripada gangsa dan direka oleh pengukir Austria, Felix de Weldon yang bertanggungjawab bagi Tugu Peringatan Perang USMC (USMC War Memorial) di Virginia, Amerika Syarikat. Tugu ini juga adalah arca berkumpulan yang tertinggi di dunia. - Wiki.

bangunan kubah pintu masuk Tugu Negara
Permandangan dari hadapan Tugu Negara Kuala Lumpur

Tugu Negara, nama-nama pejuang di tugu negara
Bangunan / Tugu yang terdapat di pintu masuk ke Tugu Negara | Nama-nama Perajurit
terpahat di tugu ini.

Kepada yang berada di luar Kuala Lumpur dan belum pernah ke Tugu Negara saya sarankan jadikan lokasi ini sebagai tempat wajib untuk dilawati kerana ianya tidak jauh dan paling hampir dengan Dataran Merdeka. Tiada bayaran di kenakan untuk melawat tempat bersejarah seperti ini. Terlanjur datang ke sini jangan lupa singgah di tempat-tempat menarik seperti yang saya nyatakan di atas.


Sejarah Tugu Negara

Selain dari Tugu Negara, banyak lagi tempat-tempat menarik di Kuala Lumur ni. Antaranya seperti Taman Burung Kuala Lumpur , Taman Rama-rama, Taman Orkid dan sebagainya.

INCOMING SEARCH TERM :

Sejarah Tugu Negara, Tempat Menarik Kuala Lumpur, cuti-cuti Malaysia, tugu peringatan negara
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

11 comments:

  1. lama tak pegi tugu negara ni .. huhu ..

    ReplyDelete
  2. tak pernah lagi pergi tengok tugu negara ni.

    ReplyDelete
  3. ada perbarisan setiap 11 november rupanya ... tak apply google adsense ke ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bkn tak nak apply tapi dah kena banned tidak lama dulu... sob3x

      Delete
  4. Betaun tak pergi tugu negara ni.. mesti dah banyak perubahan

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum...yaya dah follow sini...saja...buat blogwalking..hehe....harap sudi follow yaya... www.yayacendana.com :) tq

    ReplyDelete
  6. Tak pernah lagi sampai Tugu Negara hiksss... Taman rusa tu yang boleh nampak dari Memorial Tun Abdul Razak tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah sampai.. amboi luar negara merata pergi.. hahahaha nnt kena pergi

      Delete
  7. masa kecik la pernah pegi tugu negara ni.. pastu tak dah

    ReplyDelete
  8. laa.. baru mama tau tugu negara ni arca berkumpulan yang tertinggi di dunia rupanya

    ReplyDelete

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Sejarah Tugu Negara Yang Perlu Anda Tahu Rating: 5 Reviewed By: potia casadelarossa