Menu
 

potia casadelarossa potia casadelarossa Author Author at www.blogger2u.com
Title: Banghuris Homestay Sepang Mempersonakan
Author: potia casadelarossa
Rating 5 of 5 Des:
Banghuris Homestay Sepang Mempersonakan | Sebut saja tentang rombongan Sahabat Media ke Homestay Banghuris, Sepang semua tidak dapat me...
Banghuris Homestay Sepang Mempersonakan | Sebut saja tentang rombongan Sahabat Media ke Homestay Banghuris, Sepang semua tidak dapat melupakan memori yang indah di sini. Walaupun cuma beberapa jam di sana banyak pengalaman baru yang boleh menggamit kenangan.

Banghuris Homestay Sepang Mempersonakan
Antara Sahabat Media sempat bergambar di Kebun Buluh Banghuris Homestay

Tidak jauh dari Avani Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa Bagan Lalang kami (sahabat Media) menuju ke satu homestay yang cukup cantik, berada di tengah-tengah ladang kelapa Sawit yang mana tidak jauh dari jalan utama (jalan raya). Jangan risau jalan ke Banghuris Homestay ni cukup luas dan muat untuk bas melaluinya, kami sendiri pun pergi dengan rombongan 2 buah bas ke sana. Rombongan Sahabat Media ke Homestay Banghuris ini bagi mempromosikan tempat-tempat pelancongan di Malaysia anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MATIC).

Banghuris Homestay Sepang
Jalan utama depan Banghuris Homestay

Apa Yang Menarik di Banghuris Homestay?

Setiba kami di sana kami di sambut dengan paluan kompang oleh pekerja disana, memang gempak habis. heheheh..kemudian kami di jamu dengan makan-makan.. sambil di iringi dengan nyayian dari kugiran di homestay ini. Menurut pengurus Banghuris homestay ini asalnya cuma terdapat 16 buah hometay sahaja pada mula-mula beroperasi dan kini berkembang dan terdapat lebih daripada 80 buah.

Di Banghuris Homestay banyak aktiviti yang menarik dan Admin kira bukan sahaja satu percutiaan semata-mata malah anda juga boleh menimba ilmu serta pengetahuan am di sini. Antara aktiviti yang sempat kami lakukan adalah seperti memancing ikan, lawatan ke kebun getah. Di situ kami di beri demo bagaimana cara menoreh getah dan cara getah keping (getah sekerap) di proses.

Gamat suasana sebab masing-masing nak cuba menoreh getah... ya lah.. ada yang tak pernah tahu pun macam mana nak toreh getah. Bagi Admin itu bukan satu pengalaman baru sebab admin sendiri pun selalu juga ikut ayah pergi menoreh getah ni.. rang kampung la katakan.. tapi pada yang tak pernah mencuba anda wajib ke sini. Sambil menginap anda boleh lakukan aktiviti seperti yang di nyatakan tadi.

aktiviti menoreh getah di Banghuris Homestay
Kebun  Getah yang terdapat di banghuris Homestay


Part yang paling menarik adalah kami di bawa ke kawasan penanaman pokok buluh.. boleh di katakan macam ladang buluh lah.. keterujaan memang teserlah bila masing-masing tak habis-habis bergambar dalam kawasan ladang buluh ni... ala-ala "Korea" kononnya lah... hahaha... tapi pengalaman di sini cukup indah dan Admin sarankan tempat ni menjadi tempat wajib untuk di kujungi bilamana anda kesini.

kebun buluh di Banghuris Homestay
Permandangan dari jauh kebun buluh Banghuris Homestay

Di Mana Banghuris Homestay?

Ok, untuk ke Banghuris Homestay atau untuk mendapatkan maklumat lanjut anda boleh rujuk alamat dan info di bawah:
Banghuris Homestay
Jalan Tailong
Kg. Hulu Chuchoh
43950 SG.Pelek
Sepang Selangor

Phone: 03-31421019
Email: banghuris_homestay@yahoo.com

Di sini Admin nak kongsikan beberapa gambar kenagan ketika berada di Banghuris Homestay untuk tatapan anda.

Antara serangga yang terdapat di Banghuris Homestay

Dari dalam pasu Banghuris Homestay

Aktiviti Demo menoreh getah daripada pasangan artis popular

About Author

CARA BUAT DUIT DI BLOG

Propellerads

Post a Comment Blogger

  1. allaaaaaaaaaaa, masuk jugak ek? heheheheheh.... pasni ni pemes la Abe :P

    ReplyDelete
  2. hahahaha kasi Abe glemour sikit... lonih glamour doh kan... ekekek

    ReplyDelete
  3. kalau sempat mencanting batik aritu mesti lagi best kan

    apepun, trip kali ni sempoi
    Best dapat pergi tempat yang menarik macam nih

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. haha tau x pe... menoreh pon mcm nak gi meting

      Delete
  5. gambarnye cantik.. nampak kemas.. :D pro capture ni..

    selamat pagi bro (c)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg cantik tempatnya... snap lbh kurang je bro

      Delete
  6. Jelesnya dia dapat gi jalan2..hurmmm tak ngajak pong ekk

    ReplyDelete
  7. untung laa boleh gathering ;)

    ReplyDelete
  8. abea, comey giler templet ni.... nakkkkk

    ReplyDelete
  9. kalau ngk cite korea ada pemandangan pokok2 yang cantik.. kat Banghuris Homestay pulak pokok buluh yg cantik.. mmg terbaik buat scene pasangan.. hehe...

    ReplyDelete
  10. Nampak cantiklah gambar tu bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. org mcm Mus mmg nampak gambar je... fotografer la katakan... betol tak??? haha

      Delete
  11. harap2 bole la join "next time" tuu ;)
    theme ni cantik....kemas.. terbaik :)

    ReplyDelete
  12. harap2 bole la join "next time" tuu ;)
    theme ni cantik....kemas.. terbaik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. next year join ok kalau ada... template? baru tkr smlm

      Delete
  13. Selalu nampak signboard Banghuris Homestay ni bila ke PD melalui Sepang dan lukut tapi tak pernah singgah sebab tak atahu ada apa! baru tahu sekarang apa ada kat sana. Terima kasih berkongsi maklumat ni...boleh singgah lepas ni!

    ReplyDelete
  14. Coney tenplate neh.. macam yg kt dizigne..^__^ wah bestnye join..

    ReplyDelete
  15. Kurang vitamin 'M' lak kt komen di atas ni..

    ReplyDelete

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

 
Top