Latest News
Friday, December 20, 2013

Voluntourism Adoption Initiative | Tahun Melawat Malaysia 2014

Voluntourism Adoption Initiative | Tahun Melawat Malaysia 2014 | Salam hormat, 15 Desember 2014 yang lepas Admin berkesempatan mengikuti rombongan bersama "Sahabat Media" bersempena program Adoption Voluntourism (program pengindahan pantai) ke Pantai Bagan Lalang di Avani Sepang Goldcoast Resort, Sepang Selangor Darul Ehsan.

gambar kredit : Dikbee.com
Program Pengindahan Dan Pembersihan Pantai | Pantai Bagan Lalang, Sepang
Cadangan untuk mewujudkan Voluntourism Adoption Initiative ini merupakan salah satu usaha dan inisiatif yang terancang dan strategik di bawah kelolaan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia untuk memastikan kebersihan dan keindahan kawasan-kawasan pelancongan di seluruh Malaysia agar sentiasa dalam keadaan yang terbaik. Bagi merealisasikan Malaysia sebagai salah satu destinasi pelancongan terbaik dunia.

Daftar Sebagai Voluntourism

Secara Khususnya, Program 1Malaysia Voluntourism ini merupakan salah satu uasaha pihak Kerajaan dan memupuk semangat sukarelawan dalam kalangan masyarakat serta para pelancong untuk membangunkan sektor pelancongan dengan menggerakkan para sukarelawan untuk membantu melaksanakan lima (5) program utama di bawah inisiatif 1Malaysia Voluntourism iaitu seperti di bawah :

  1. 1Malaysia Green 1Malaysia Clean (1MG1MC).
    -Keeping Malaysia Green & Clean
  2. 1Malaysia Volunsharing.
    -Sharing tourist experience through social media
  3. 1Malaysia Voluntutoring.
    -Providing tuition to homestay operators and villagers.
  4. 1Malaysia Master Chef.
    -Teaching culinary skills.
  5. 1Malaysia Event.
    -All 1Malaysia event
Untuk mendaftar sebagai "Voluntourism" anda boleh terus ke laman http://voluntourism.motour.gov.my/. Untuk makluman anda juga sehingga akhir November 2013 sukarelawan yang telah berdaftar dengan pihak kementerian adalah seramai 5,152 orang.

Sahabat Media di Pantai Bagan Lalang

Di sini antara gambar-gambar yang sempat dirakam bersama Sahabat Media di Avani Sepang Goldcoast Resort.
Avani Sepang Goldcoast Resort

sahabat media

Selamat mendaftar sebagai Voluntourism atau sukarelawan pelancongan.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

2 comments:

  1. admin sudah daftar ke blum ni? hehe

    salam kenal bro

    ReplyDelete
  2. owh admin dah daftar lama dah... baru 3 hari lepas ekekekek

    ReplyDelete

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Voluntourism Adoption Initiative | Tahun Melawat Malaysia 2014 Rating: 5 Reviewed By: potia casadelarossa