Latest News
Tuesday, May 12, 2015

Menjejaki Homestay Kg Beng | Railway Tourism Packages RTAM

Menjejaki Homestay Kg Beng | Railway Tourism Packages - (RTAM)

Railway Tourism Packages RTAM

SAHABAT MEDIA yang juga dikenali sebagai Sukarelawan pelancongan (Voluntourism)  sekali lagi berkesempatan mengikuti rombongan bagi mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2014 baru-baru ini. Kali ini agak berbeza tidak seperti kebiasaannya kerana perjalanan sahabat media kali ini menggunakan Keretapi atau lebih dikenali sebagai ETS - Electric Train Set yang mana telah mula beroperasi pada 12 Ogos 2012 yang lalu.


Railway Tourism Packages RTAM ETS
ETS - Electric Train Set

YB Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
YB Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Pakej "Railway Tourism" ini akan mewarnai kempen Tahun Melawat Malaysia 2014 yang mana majlis pelancarannya telah di sempurnakan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia - YB Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada 10 Januari 2014 yang lalu di Ipoh. Pakej yang dinamakan "Experience Malaysia Homestay Packages by Train" pada tahun 2010 termasuk "Day-trip by rail", "North and East-Bound Homestay by Rail" dan juga "Resplendence Resort by Rail".

Penyambut tetamu sempena ketibaan para VVIP dan Sahabat MediaPenyambut tetamu sempena ketibaan para VVIP dan Sahabat Media


Penyambut tetamu sempena ketibaan para VVIP dan Sahabat MediaPenyambut tetamu sempena ketibaan para VVIP dan Sahabat Media

Homestay Kg.Beng

Pada kali ini ini Sahabat Media (Admin) berkesempatan ke homestay Kg.Beng. Kg.Beng adalah sebuah perkampungan yang begitu mempersonakan kerana masih lagi mengekalkan ciri-ciri dan adat tradisional seolah-olah tidak dibawa dengan arus perubahan era pembangunan masakini. Menurut sejarah kg.Beng ini telah dibuka oleh seorang anak Raja Patani yang juga dikenali sebagai "Tok Beng" yang mana telah melarikan diri melalui Sungai Perak.

Pemandangan di Jeti Kg.Beng
Pemandangan di Jeti Kg.Beng

Terletak kira-kira 23 kilometer dari pekan Leng­gong atau 45 minit perjalanan dari Kuala Kangsar, Homestay Kampung Beng antara perkampungan tradisional di pinggir Tasik Chenderoh.
Ia gabu­ngan Kampung Durian Lubuk, Beng Dalam, Kampung Dusun, kampung Sekolah, Kampung Durau dan Batu Ring.

Daripada jumlah itu, hanya 59 rumah terbabit dalam program home­stay dan di Kampung Batu Ring, sebanyak 26 rumah menyertai program homestay. Untuk sampai ke kampung itu, pengunjung perlu menyusuri sungai dan tasik menggunakan bot tradisional kira-kira 15 minit dari Jeti Peng­kalan Durian.

Peta dan Geografi Kg Beng
Peta dan Geografi Kg Beng

Pengunjung boleh menaiki kereta namun mengambil masa lama dan jalannya pula bengkang-bengkok dan agak sempit dan sesuai bagi laluan kenderaan ringan sahaja. Sahabat Media cadangkan untuk kesini menggunakan perkhidmatan Bot kerana lebih mencabar. Pengalaman menaiki Bot penambang pada seawal jam 2.30 pagi adalah pengalaman manis yang tidak mungkin dapat dilakukan sampai bila-bila. Perjalanan untuk ke Kg.Beng mengambil masa lebih kurang 15-20 minit dengan perjalan yang agak sunyi dalam keadaan gelap gelita pasti mencabar. Kepada yang gemarkan cabaran dalam percutiaan Admin cadangkan Homestay Kg.Beng adalah pilihan yang tepat.

Jambatan sg Perakpemandangan dari dalam bot di Sungai Perak

Pemandangan waktu petang di Kg Beng

Pakej Homestay Kg.Beng

Homestay Kg.Beng ini sesuai untuk aktiviti berkumpulan seperti sukaneka, riadah, rekreasi dan sebagainya. Tidak ketinggalan bagi yang gemarkan kedamaiaan seperti pecinta alam semulajadi inilah tempatnya.
Pakej Homestay termasuk :

  • Pengangkutan bot ke homestay.
  • Sambutan selamat datang oleh penduduk.
  • Sarapan pagi | makan tengahari | Minum petang | Makan malam.
  • Aktiviti bersama keluarga angkat dan penduduk kampung.
Salah satu Homestay di bawah program keluarga angkat di Kg. BengSalah satu Homestay di bawah program keluarga angkat di Kg. Beng


Makan malam beramai-ramai di Kg.BengMakan malam beramai-ramai di Kg.Beng

Gambar Barisan Sahabat Media
Gambar kenangan barisan Sahabat Media di Jeti Kg.Beng

Aktiviti Homestay Kg.Beng

Jika berkesempatan anda pasti didedahkan dengan beberapa aktiviti yang bakal menjadi pengalaman yang sukar di cari di mana-mana.

  • Demo menoreh getah oleh penduduk kampung.
  • Persembahan kebudayaan.
  • Lawatan sekitar kampung.
  • Memancing ikan.
  • Penyerahan cenderamata

Untuk info lanjut mengenai Homestay Kg.Beng dan lain-lain homestay di seluruh Malaysia boleh rujuk di sini - go2homestay

Kenangan Di Homestay Kg. Beng

Berada di homestay ini, ketena­ngan dan suasana desa yang permai cukup mendamaikan. Kami tak lepaskan peluang untuk meredah semak-samun.. melungsuri bukit-bukit di ladang getah untuk sampai ke tempat air terjun yang mendamaikan..

air terjun di kg beng
air terjun di kg beng

aktiviti selepas makan malam di Kg.Bengaktiviti mandi air terjun di Kg.Beng


Ikatan persaudaraan antara penduduk kampung Beng dengan "Sahabat Media" bagaikan anak dengan "ayah/Ibu...

Panjut di pasang sebagai tanda menyambut kehadiran Sahabat Media ke Kg.Beng
Panjut dipasang sebagai tanda menyambut kehadiran Sahabat Media ke Kg.Beng

antara gambar yang diambil di laman homestay kg.Bengantara gambar yang diambil di laman homestay kg.Beng

antara gambar yang diambil di laman homestay kg.Bengantara gambar yang diambil di laman homestay kg.Beng

antara gambar yang diambil di laman homestay kg.Beng

 "anakda pergi dulu.... (kami bersalaman tanda perpisahan sambil dihulurkan sedikit cenderahati buat kami...)
"ayah....!!!! mak...!!! bye...bye.... jumpa lagi ...... (sambil melambai-lambai dari dalam Bot....) dan kami pun belalu meninggalkan kampung Beng dengan 1000 kenangan...

Maklumat / Informasi tentang Homestay Kg.Beng

Penyelaras / Coordinator
HOMESTAY KAMPUNG BENG
Pejabat Daerah Lenggong
33400 Lenggong Perak Darul Ridzuan.
Telepon : +60165654303
Fax : +6057677102

Menjejaki Homestay Kg.Beng, Lenggong Perak sangat mempersonakan.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

18 comments:

  1. Terbaek bro... buat aku teringat kat Kg.Beng... huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha saja je nak kasi korang ingat smula... kg beng terbaik!

      Delete
  2. Replies
    1. kan?... wpun x mcm gopeng yg mewah dgn durian... kg beng mewah panorama

      Delete
  3. Replies
    1. tempat ni memang best... kg beng terbaik sgt

      Delete
  4. Cantiknya gambar awak ni! Menyesal pulak tak ambil explore sehabisan masa dkt Kg. Beng.

    ReplyDelete
  5. mmg betul2 suasana kampung....

    ReplyDelete
  6. terbaik lah gambor abam potia
    salute

    smalam sampai termimpi naik bot Kg Beng, lol
    rindu punya pasal

    ReplyDelete
  7. waahh..chantek2 :)

    http://www.norainyusoff.com/2014/01/pesta-makanan-tradisional-lenggong-2014.html

    ReplyDelete
  8. mak aih... cantiknya suasana kampung Beng ni... pehtunya, lawanya la gambar2 bunga kat bawah sekali tu... thanks info homestay ni Potia

    ReplyDelete
  9. Oh my! A well captured photo collection, I would say! Especially gambar-gambar macro tue. Nice!

    ReplyDelete
  10. Dah kategori pro dah ni bos..^__^ sudah boleh bikin duit dengan gambar..

    ReplyDelete
  11. ingatkan ada ziana zain td.. hahaha

    ReplyDelete

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Menjejaki Homestay Kg Beng | Railway Tourism Packages RTAM Rating: 5 Reviewed By: potia casadelarossa