Latest News
Wednesday, December 06, 2017

Taman Burung Kuala Lumpur | KL Bird Park

Taman Burung Kuala Lumpur | KL Bird Park | Mencari tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur cukup mudah. Anda tidak perlu ke merata tempat untuk melawat tempat-tempat menarik di sini, semuanya berada di satu kawasan sahaja. Apa yang terdapat di "centre of Kuala Lumpur" ini?, antaranya adalah Taman Tasik Perdana, Taman Burung, Taman Rama-rama, Taman Orkid, Taman Rusa, Memorial Tunku Abdul Razak, Planetarium Negara, Masjid dan Muzium Islam Negara serta Muzium Negara.

Tiket masuk adalah percuma kecuali Taman burung dan Taman Rama-rama yang mengenakan bayaran tiket yang berbeza. Manakala bayaran RM1 dikenakan untuk ke Taman Orkid (sekarang free kot) , Muzium Negara (dikenakan bayaran tiket) dan selain daripada itu adalah Percuma [tertakluk kepada perubahan semasa]. Untuk keterangan lanjut mengenai Taman rama-rama kuala Lumpur anda boleh langsung ke entri Seharian Di Taman Rama-Rama Kuala Lumpur.

Cattle Egret 
Cattle Egret 

Taman Burung Kuala Lumpur konsep Bebas Terbang Terbesar Di Dunia

Taman Burung Kuala Lumpur [KL Bird Park] berkonsepkan bebas terbang ini yang menempatkan 200 spesis burung yang di anggarkan terdapat lebih 3000 ekor burung yang mana datangnya dari dalam dan luar negara. Taman Burung ini atau di kenali dengan "World's Largest Free-flight Walk-in Aviary" begitu popular di kalangan pelancong tempatan dan asing ini di kelolakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang beralamat di :
KL Bird Park, 920 Jalan Cenderawasih, 50480 Kuala Lumpur.

Peta Taman Burung Kuala Lumpur | KL Bird Park MAP
Peta Taman Burung Kuala Lumpur | KL Bird Park MAP

Burung Merak di Taman burung Kuala Lumpur, KL Bird Park
Burung Merak atau Indian Blue Peacock

Harga Tiket Taman Burung Kuala Lumpur

Sesuai dengan keadaan semasa, harga tiket masuk ke Taman Burung ini masih lagi di tahap sederhana mahal, namun keistimewaan di beri kepada warganegara Malaysia dan pemegang Mykad harus dipuji.


Harga tiket masuk ke Taman ini di tentukan kepada kerakyatan yang mana harganya agak jauh berbeza dengan harga yang di tetapkan kepada pelancong asing. Dikaun kepada warganegara Malaysia sebanyak RM10 hingga RM15 setiap seorang jika menepati syarat-syarat ketika membuat pembayaran di kaunter tiket di hadapan taman ini.

Harga Tiket Masuk Terkini Taman Burung Kuala Lumpur

Masuk ke Taman Burung ini anda dikenakan tiket berbeza mengikut kriteria seperti di bawah ;
Pelawat Warga Asing Dewasa RM67
Pelawat Warga Asing Kanak-kanak RM45
Pelawat Warganegara Dewasa (Dengan My Kad) RM27
Pelawat Warganegara Kanak-kanak (Dengan My Kad) RM13
(Kanak-kanak 3-11 tahun)
Semua harga di atas termasuk GST 6%.

Antara beberapa gambar Spesis Burung yang terdapat di Taman Burung Kuala Lumpur [KL Bird Park] ini.

Cattle Egret 
Burung Merak / Indian Blue Peacock
Cockatiel Nymphicus hollandicus
Cockatiel [Nymphicus hollandicus]  dikenali sebagai Quarrion dan Weiro disifatkan burung kakaktua  spesis terkecil yang berasal dari Australia.

Burung Kuang / Crowned Pigeon
Burung Kuang / Crowned Pigeon

Burung Red Scarlet Ibis
Burung Scarlet Ibis

imperial pegeon
imperial pigeon

Parrot

Congo Afrika Grey Parrots

Taman Burung Kuala Lumpur | KL Bird Park
Antara Spesis yang agak jinak yang menjadi tarikan di Taman Burung Kuala Lumpur / KL Bird Park


Video Taman Burung Kuala Lumpur | KL Bird Park Video



Waktu Burung Diberi Makan (Feeding Time) & Pertunjukan Burung

Waktu yang di tunggu-tunggu oleh pengunjung adalah masa burung-burung ini diberi makan (feeding time). Petugas Taman Burung ini akan mengadakan sedikit pertunjukan serba ringkas mengenai bagaimana burung-burung di Zon 4 Amfiteather bertindak mengikut arahan. Bagaimana cara burung ini bertindak? Anda perlu mengunjungi taman ini sendiri.


Waktu Makan / Feeding Time

  1. Burung yang bebas : 10:30am.
  2. Di Taman Enggang : 11.30am
  3. Burung Kakak Tua : 12pm
  4. Burung dalam Sangkar : 2.30pm
  5. Spesis Helang / Brahminy: 2:30pm

Brahminy kite / Helang
Brahminy kite / Helang

Bagaimana untuk ke Taman Burung Kuala Lumpur ini, serta untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya anda boleh rujuk laman rasmi Taman Burung KL Bird Park.


ATAU

Informasi :
Kuala Lumpur Bird Park
920 Jalan Cenderawasih
Taman Tasik Perdana 50480
Kuala Lumpur MALAYSIA

General enquiries
Tel : 03 - 2272 1010
Fax : 03 - 2273 5428
Email : info@klbirdpark.com

Artikel ini ditulis pada tahun 2014, perubahan harga dan apa saja yang berkaitan dengan Taman Burung Kuala Lumpur di luar pengetahuan penulis. Sila rujuk sumber yang asli di laman web mereka.

    INCOMING SEARCH TERM :

    Taman Burung Kuala Lumpur, KL Bird Park, World largest Bird Park, Taman burung terbesar di dunia,harga tiket taman burung
    Next
    This is the most recent post.
    Older Post
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    17 comments:

    1. wow , menarik ! saya blum pernah pegi taman burung ...

      ReplyDelete
    2. Wahhhh, banyaknye burung.... teruja tengok. cantik2 plk tu. kak dikbee nak ikut!!! =)

      ReplyDelete
    3. Assalammualaikum...

      cantik2 burung nie.. best gak dapat gi..bersama keluarga,

      mselim3

      ReplyDelete
    4. Subahanallah...cantek burung2 tuh kan. Wan selalu pi KL tpi tak pernah tau pulak. Kerap layan Zoo jer.

      ReplyDelete
    5. Dah berzaman tak pergi taman burung. Last pergi masa 8 yo. Omaikot!

      ReplyDelete
    6. tak pernah tau pasal nie..ingatkan dekat melaka je ada muzium2 macam nie...

      ReplyDelete
    7. Turunkan lg harga tiket.biar rm5...leh org ramai berulang kali dtg tengok burung...boring2 leh lepak2 tengok burung brsama family

      ReplyDelete
    8. Dah lama x pergi bird park...last pegi situ tahun 2007, masa duk bertunang lg ngan suami.. Sekarang ank dah nak masuk 3..hehe...
      Hari ni kami masih bercuti raya haji. Blh la bwk anak2 pegi sana..tp xtau la buka ke x kot2 masih ditutup sb raya haji...tp xpe, blh cuba...
      Thanks sb bg sy idea nak bw anak2 ke mana hari ni!!

      ReplyDelete
    9. I'd like to provide a suggestion. Can the Park managemenmenu imposed issuance of receipts for items purchased? I shopped at the souvenir market and the total that I have to pay was RM 15 but the cashier only keyed in RM 5. Their CCTV monitor displays close to 16 camera views but none pointing towards payment counter.

      ReplyDelete
      Replies
      1. Hope KL Bird Park Management read your comment..

        Delete
    10. Lokasi yang memberikan ketenangan jiwa..:)

      ReplyDelete
    11. Saya dulu pernah pelihara burung merak, tapi setahun kemudian udah besar malah ilang, sudah melihara burung cantik dirumah. banyak maling :D

      ReplyDelete
    12. tak pernah masuk lagi taman burung. nak kena gi sekali ni

      ReplyDelete
    13. hujung tahun ni boleh ajak anak2 tengok burung lagi

      ReplyDelete
    14. tamannya bagus, cocok buat jalan jalan sekeluarga...

      ReplyDelete
    15. waow burungnya pada bagus yah, kayanya taman ini sangat cocok nih buat rekreasi keluarga dan menambah wawasan untuk si kecil biar bisa mengenal jenis-jenis binatang lainnya

      ReplyDelete

    Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

    Item Reviewed: Taman Burung Kuala Lumpur | KL Bird Park Rating: 5 Reviewed By: potia casadelarossa