Latest News
Thursday, March 20, 2014

1Malaysia Grand Prix SALE Trekselebriti

1Malaysia Grand Prix SALE Trekselebriti | Pelancongan tidak hanya di tekankan kepada tempat-tempat menarik sahaja, malah banyak aspek-aspek lain yang menjadi tarikan para pelancong dalam dan luar negara, antaranya adalah pusat membeli belah. Malaysia merupakan antara syurga membeli-belah terbaik di Asia. Dengan menawarkan pelbagai variasi seperti pusat-pusat membeli-belah bertaraf dunia, pasar malam, kedai-kedai vintaj dan banyak lagi pasti memberikan para pelancong nilai yang pastinya  berbaloi untuk setiap sen yang dibelanjakan.

1Malaysia Grand Prix SALE Trekselebriti , Bandar Sunway Piramid
Penaja Utama 1Malaysia Grand Prix SALE Trekselebriti


Malaysia Syurga Membeli-Belah Terbaik Dunia

Malaysia telah dinobatkan berada di tangga ke-4 di antara 12 Bandaraya Membeli-belah Terbaik di Dunia oleh CNN. Kuala Lumpur kini berdiri sama tinggi dengan Paris, Hong Kong, Dubai dan Milan dalam memberikan pengalaman membeli-belah yang cukup unik! Kuala Lumpur menawarkan  harga terbaik, kualiti yang bermutu, pelbagai pilihan jenama dan servis kelas dunia.


Pelancaran 1Malaysia Grand Prix SALE Trekselebriti

1Malaysia Grand Prix SALE Trekselebriti
Pengacara majlis
Bertempat di Bandar Sunway Piramid, Selangor (16 Mac 2014) yang juga selaku penaja lokasi, berlangsung acara pelancaran bersempena dengan 1Malaysia Grand Prix Sale (1MGPS), satu majlis pelancaran gilang-gemilang akan diadakan di Kompleks Membeli-belah Sunway Pyramid. Majlis pelancaran ini akan dimeriahkan lagi dengan acara hiburan tanpa henti yang bakal diadakan pada 16 Mac 2014.  Program 1Malaysia Grand Prix Sale Trekselebriti bakal melibatkan penyertaan lebih 20 orang artis tempatan yang akan memeriahkan lagi pentas Kompleks Membeli-belah Sunway Pyramid. Antara artis dan selebriti yang akan hadir adalah Ella, Zaiton Sameon, Nico, VIP Group, Adam AF, Iqwal Hafiz, KOOL, A to Z, Amariz, Altimet, Modjo, Aweera dan ramai lagi artis-artis yang hadir untuk menghiburkan para tetamu serta pengunjung-pengunjung pusat membeli-belah tersebut.

Acara yang berkonsepkan hiburan dan sesi ramah mesra bersama peminat yang dianjurkan dengan kerjasama Sekretariat Shopping Malaysia, Tourism Malaysia   ini bakal membawa tetamu mendekati aspirasi pelancongan negara yang kian terkenal sebagai destinasi membeli-belah pilihan pelancong dunia.

1Malaysia Grand Prix SALE Trekselebriti | Ewana FM

Sementara itu IP Radio Ewana.FM (cara mendengar Ewana FM RUJUK SINI )  menampilkan barisan artis-artis serta deejay radio berkenaan bagi memeriahkan acara 1MGPS Trekselebriti. Antara artis yang akan terlibat adalah Anne Farina AF8, Shajiry Damery, Azmir Arif, Aesar Mustafa, Mega Boys, Iman Ikthiman AF10, Syasya Solero dan ramai lagi. Deejay Radio Ewana Fm juga akan turut mempersembahkan segmen masing-masing seperti Man Raja Lawak & Elly Raja Lawak, Shah Arshad, Lia Omey, Azz, Nizal Mohamad, Teguh, Putri Sazuka dan Kozz. Satu pertunjukan fesyen koleksi pereka tempatan terkenal Kose Serani- DB Kose Design & Collection juga akan turut mengisi ruang pentas 1MGPS Trekselebriti pada hari tersebut.





1Malaysia Grand Prix SALE Trekselebriti

Selain itu portal hiburan TREKSELEBRITI juga akan menampilkan gandingan artis Along Raja Lawak dan Angah Raja Lawak serta Zul Handyblack untuk menghiburkan para tetamu yang hadir.Antara aktiviti yang akan diadakan sepanjang carnival 1Malaysia Grand Prix Sale adalah ‘showcase’ Petronas Malaysia Formula1 Grand Prix yang berlangsung selama sembilan hari bermula 22 Mac di Concourse, Suria KLCC. Pelbagai aktiviti akan diadakan di sini seperti pada 23 Mac, Petronas akan mengadakan ‘Motorsport Demo Run’ di perkarangan KLCC. Selain di Lembah Klang, sambutan 1MGPS turut diraikan di Gurney Plaza Penang, Johor Bahru City Square, Cityone Megamall Kuching, dan Suria Sabah Shopping Mall.

Video di My Tourism TV

http://www.mytourismtv.com/news-1313.html
Gambar print screen : http://www.mytourismtv.com/news-1313.html

1Malaysia Grand Prix SALE Trekselebriti1Malaysia Grand Prix SALE Trekselebriti

1Malaysia Grand Prix SALE Trekselebriti1Malaysia Grand Prix SALE Trekselebriti


1Malaysia Grand Prix SALE Trekselebriti1Malaysia Grand Prix SALE Trekselebriti


Buat para peminat F1, kempen Petronas Formula 1 Grand Prix bermula di Pavilion Kuala Lumpur, Queensbay Mall Pulau Pinang, Johor Bahru dan Sunway Pyramid. Tarikan utama adalah F1 Simulator Challenge yang terbuka kepada semua pemegang tiket F1. 10 pemandu dengan masa terpantas di setiap lokasi akan bertanding pada pusingan akhir di Litar Antarabangsa Sepang pada 29 Mac dan sebuah kereta Nissan Almera NISMO bernilai RM92,000 menunggu pemenang utama! Jangan lepaskan peluang untuk mendapat tawaran diskaun terhebat sepanjang karnival 1MGPS 2014.


1Malaysia Grand Prix SALE Trekselebriti
Photo by : Potia Casadelarossa
Email : potia49@gmail.com


Kredit : Trekselebriti | My Tourism TV | Santai Travel | Sunway Piramid

INCOMING SEARCH TERM :

1Malaysia Grand Prix SALE Trekselebriti, 1MGPS Trekselebriti, Malaysia Syurga Membeli-Belah Terbaik Dunia, Pelancaran 1Malaysia Grand Prix SALE Trekselebriti ewana fm
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

4 comments:

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: 1Malaysia Grand Prix SALE Trekselebriti Rating: 5 Reviewed By: potia casadelarossa