Latest News
Sunday, March 02, 2014

Pakej Pelayaran SuperStar Libra Bersama Pak Nil | Star Cruises Libra

Pakej Pelayaran SuperStar Libra Bersama Pak Nil | Star Cruises - Superstar Libra
Salam hormat, terdahulu dalam artikel "Berpesta Di Samudera Bersama Pak Nil" telah B2U (blogger2u) ceritakan mengenai pelayaran bersama Pak nil dalam Pakej Percutian Muslim Star Cruises bersama peminatnya pada tahun lepas, Pak Nil atau nama sebenarnya Datuk Aznil Hj Nawawi sekali lagi melancarkan pakej pelayarannya bersama peminat baru-baru ini pada 19 Febuari 2014 bertempat di Restoran Saloma Bistro yang terletak di Jalan Ampang.

Pakej Pelayaran SuperStar Libra Bersama Pak Nil | Star Cruises Libra


Pakej Pelayaran SuperStar Libra Bersama Pak Nil | Star Cruises Libra

Pelayaran Pak Nil Bersama Peminat

Memandangkan sambutan hebat daripada peminat yang menyertai percutian bersama Pak Nil pada 2013 memberikan satu tiupan semangat kepada Pak Nil untuk mengadakan percutian bersama peminatnya sekali lagi pada 6 April – 9 April 2014 ini.

Pakej pelayaran anjuran Star Cruises,  Malaysian Harmony Tour & Travel Sdn Bhd dan  Santai Travel merupakan satu usaha sama untuk memperkenalkan percutian di atas kapal di samping mempromosi pakej percutian bersama peminat Pak Nil sekali gus sebagai satu penghargaan kepada semua peminat Pak Nil yang telah menyokong kerjaya beliau sepanjang lebih 24 tahun penglibatannya sebagai penggiat seni tanah air.


Pakej Pelayaran SuperStar Libra Bersama Pak Nil | Star Cruises LibraPakej Pelayaran SuperStar Libra Bersama Pak Nil | Star Cruises Libra

Pakej Pelayaran SuperStar Libra Bersama Pak Nil | Star Cruises Libra

Menurut Pengarah Urusan Malaysian Harmony Tours and Travel, Encik Cooper Huang  percutian di atas kapal merupakan satu percutian yang ideal dan mudah.
Bercuti atas kapal ini sebenar amat menyenangkan. Setelah daftar masuk, tidak perlu lagi tukar hotel atau bilik seperti percutian normal. Makanan dihidangkan empat kali sehari. Semuanya telah termasuk dalam pakej yang telah dibayar. Tiada caj tambahan diperlukan,
katanya.

Kad akses eksklusif Dan Restoran Halal

Ditanya mengenai pakej percutian bersama Pak Nil  yang akan diadakan pada bulan 6 April ini, beliau menambah bahawa Pak Nil merupakan seorang ikon di Malaysia. Buat mereka yang bakal mengikuti pakej ini pada bulan April  nanti, program khas telah dirancang khusus untuk peminat Pak Nil. Selain itu mereka yang mengikuti pakej ini akan mendapat kad akses eksklusif dan pelbagai cenderamata istimewa.

Sementara itu menurut Datuk Aznil Hj Nawawi, orang ramai patut mencuba percutian atas kapal ini dan membuang tanggapan negatif mengenai percutian ini.
Menerusi pakej pelayaran bersama Kapal Superstar Libra ini, anda tidak perlu rasa was-was untuk menjamu selera kerana kapal ini dilengkapi dengan sebuah restoran makanan halal  yang telah menerima Sijil Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).  Selain itu kapal Superstar Libra baru-baru ini telah dinaiktaraf dan diubahsuai untuk memberikan keselesaan yang baru kepada semua penumpang,
katanya.




Pelayaran Mewah Superstar Libra

SuperStar Libra adalah barisan kapal mewah milik Star Cruise, peneraju utama pelayaran di Asia Pasifik yang turut berpangkalan di Kuala Lumpur. Direka bagi memenuhi keperluan penumpang yang inginkan percutian di tengah lautan dengan suasana lebih tenang dan lengkap dengan pelbagai kemudahan. Ia adalah resort eksklusif yang terapung di laut lepas di samping hiburan serta aktiviti rekreasi serta layanan mesra kru bertaraf Asia yang menyeronokkan. Terdapat enam jenis kabin yang ditawarkan mengikut cita rasa penumpang iaitu Executive Suite, Junior Suite, Deluxe Oceanview Stateroom, Oceanview Stateroom with Window, Oceanview Stateroom with Porthole serta Inside Stateroom.

Mengenai aktiviti di SuperStar Libra, kapal mewah itu menawarkan hiburan dari semasa ke semasa bergantung kepada had umur pelancong. Kanak-kanak berpeluang mempelajari seni dan kraf seperti membuat origami, deko kek cawan serta lukisan wajah.

Pakej Pelayaran SuperStar Libra Bersama Pak Nil | Star Cruises LibraPakej Pelayaran SuperStar Libra Bersama Pak Nil | Star Cruises Libra

Pakej Pelayaran SuperStar Libra Bersama Pak Nil | Star Cruises LibraPakej Pelayaran SuperStar Libra Bersama Pak Nil | Star Cruises Libra



Pakej Pelayaran SuperStar Libra Bersama Pak Nil | Star Cruises Libra
Penyabut tetamu dan penyanyi di atas Kapal Superstar Libra

Hiburan Esklusif Di Atas Kapal Superstar Libra

Hiburan malam dengan barisan penghibur adalah kru kapal manakala jemputan istimewa penyanyi dan penari dari luar negara seperti Shelly Dartez dan Westley Stevens. Persembahan itu di adakan di Stardust Lounge dengan beberapa tema seperti Show Time (Ultimate 80’s) menampilkan persembahan ala 80-an.Jika gemarkan suasana santai diiringi alunan suara ‘liveband’, lokasinya di Galaxy of the Stars dengan pelbagai muzik terbaru.

Pakej Pelayaran SuperStar Libra Bersama Pak Nil | Star Cruises LibraPakej Pelayaran SuperStar Libra Bersama Pak Nil | Star Cruises Libra

Pakej Pelayaran SuperStar Libra Bersama Pak Nil | Star Cruises LibraPakej Pelayaran SuperStar Libra Bersama Pak Nil | Star Cruises Libra


Di ruang atas yang terbuka, ia menempatkan beberapa restoran berbayar bersama pusat kecergasan, spa serta lounge. Ia turut mempunyai salun rambut dan kecantikan, perpustakaan mini, pusat kesihatan, galeri foto serta pusat penjagaan kanak-kanak dari satu hingga empat tahun dan lima hingga 12 tahun dengan bayaran antara RM10 hingga RM15.

Pakej Pelayaran Bersama Pak Nil - Star Cruises Superstar Libra

Harga untuk pakej pelayaran 4 Hari 3 Malam kali ini boleh rujuk seperti yang tertera di bawah (harga tidak termasuk pengangkutan bas dari Kuala Lumpur ke Penang)


Pakej Pelayaran SuperStar Libra Bersama Pak Nil | Star Cruises Libra

Pakej Pelayaran SuperStar Libra Bersama Pak Nil | Star Cruises Libra


Jika berminat dengan pakej pelayaran di samudera bersama Pak Nil bolehlah hubungi nombor tertera di banner di atas.

INCOMING SEARCH TERM :

Star Cruises, Pakej Pelayaran SuperStar Libra Bersama Pak Nil, Star Cruises Libra, Berpesta Di Samudera Bersama Pak Nil
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

7 comments:

  1. Belum pernah lagi naik Star Cruises ni. Bilalah dpt naiki kapal mewah ni. Seronoknya...

    ReplyDelete
  2. Teringinnya nak g mancing udang dgn cruise..hehehe.. best kalau dpt peluang naik cruise ni.. nanti try naik private yacht plak hope tourism ade promote yacht kt langkawi tu..

    ReplyDelete
  3. mashaallah..fuyoo..bestnya...besar gile kapal die.

    ReplyDelete
  4. berangan jerla dulu.. dah kawen nnt nk ajak hubby...hihi

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum..

    wahhh.. best nyer naik cruise nie.. bila lah mselim3 dapat naik..

    mselim3

    ReplyDelete
  6. Macam best jer... Tapi x de la duit banyak tu nak pegi huhuhuhu

    ReplyDelete
  7. salam... nak promo sikit. kami ada menawarkan pakej star cruise dengan harga yang murah. layari laman web kami untuk maklumat lanjut.

    terima kasih tuan tanah ;)

    ReplyDelete

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Pakej Pelayaran SuperStar Libra Bersama Pak Nil | Star Cruises Libra Rating: 5 Reviewed By: potia casadelarossa