Latest News
Saturday, April 05, 2014

Asas Photography Jom Outing Taman Tasik Perdana

Asas Photography Jom Outing Taman Tasik Perdana | Salam hormat, agak terlewat kemaskini entry kali ini. Ahad yang lepas berlangsung satu program yang di namakan "Jom Outing Tasik Perdana" (Taman Tasik Botani Kuala Lumpur) yang dianjuran oleh Tarmizi Syukri dan Ai Media.

Asas Photography Jom Outing Taman Tasik Perdana
Gambar kumpulan JOM Outing - kredit : www.akubiomed.com


Asas Photography Bagi Pemula

Satu program "Outing" yang bertepatan bagi pemula yang baru berjinak-jinak dalam dunia photography menyertai program ini adalah satu langkah yang bijak. Antara yang dapat di pelajari semasa bersama "JOM Outing" di Taman Tasik Perdana tempohari (30 March 2014) seperti asas dalam photography dan pencahayaan (lighting).

Asas Photography Jom Outing Taman Tasik Perdana
Cikgu Azman Ishak (4 dari kiri )memberi penerangan kepada peserta

Asas Photography Jom Outing Taman Tasik Perdana
Cubaan Menembak jarak jauh


Pengalaman Pertama Sertai Bengkel Asas Photography

Bagi SB ini adalah pertama kali mengikuti bengkel photography sejak memegang kamera (DSLR). Tidak di nafikan, sesiapa sahaja mampu mengambil gambar akan tetapi tidak semua tahu mengambil gambar dengan prosedur yang betul. Apa perkara yang tidak dan di bolehkan dalam photography perlu di ambil kira supaya gambar-gambar yang di hasilkan tampak cantik dan berkualiti serta mempunyai harga seni pada penggiat dalam dunia ini.

Asas Photography Jom Outing Taman Tasik PerdanaAsas Photography Jom Outing Taman Tasik Perdana

*Model cilik pada hari tersebut

Jom Outing Bengkel Santai Dan Terbaik

Untuk program pertama kali SB sertai ini, SB sifatkan satu bengkel photography yang santai dan lebih mesra kawan. Kesemua peserta termasuk Cikgu Tarmizi Sukri dan Cikgu Azman Ishak (AI Media) tidak lokek untuk mencurahkan ilmu dalam bidang ini serta bertukar-tukar pendapat mengenai teknik-tenik mengambil gambar dengan baik.

Asas Photography Jom Outing Taman Tasik PerdanaAsas Photography Jom Outing Taman Tasik Perdana


Asas Photography Jom Outing Taman Tasik Perdana
Antara gambar yang sempat di ambil pada bengkel JOM Outing Taman Tasik Perdana


Bagi yang berminat untuk sertai JOM Outing ! pada siri akan datang bolehlah DAFTAR dengan segera. Di pahamkan kepada yang telah sertai JOM Outing kali ini dan mungkin pada masa akan datang (bergantung kepada pengajur) akan di berikan potongan harga bayaran yuran bengkel photography (tertakluk kepada penganjur).
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

3 blogger-facebook:

  1. kena berguru dengan abam potia la nanti camne nk ambik gambor

    ReplyDelete
  2. aku biase gak joint xtvt mcm ni tp under cikgu adhadi... dunia fotografi mmg byk sgt bende kena blajar...

    ReplyDelete

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Asas Photography Jom Outing Taman Tasik Perdana Rating: 5 Reviewed By: potia casadelarossa