Menu
 

potia casadelarossa potia casadelarossa Author Author at www.blogger2u.com
Title: Keputusan German vs Brazil Piala Dunia 2014
Author: potia casadelarossa
Rating 5 of 5 Des:
Keputusan German vs Brazil Piala Dunia 2014 LIVE UPDATED : Perlawanan semi final yang di tunggu-tunggu baru bermula antara pasukan kuas...

Keputusan German vs Brazil Piala Dunia 2014


LIVE UPDATED: Perlawanan semi final yang di tunggu-tunggu baru bermula antara pasukan kuasa besar Piala Dunia antara German menentang tuan rumah Piala Dunia 2014 Brazil.

Keputusan German vs Brazil Piala Dunia 2014
Bastian Schweinsteiger - Brazil di asak 2 pemain German (pic-fifa.com)


Seawal minit ke 11 German membuka tirai perlawanan melalui heronya iaitu Thomas Muller ketika menyudahkan tendangan sudut. Seperti kebiasaannya Muller pasti membuka tirai jaringan perlawanan. Gawang Brazil bolos lagi pada minit ke 23 kali ini menerusi Klose. Kehebatan pasukan Brasil seakan menjunam apabila 2 lagi jaringan membolosi gawang gol Brazil pada minit 24 dan 26 melalui Kroos.

Perlawanan semi final di Stadium MineiraoBelo Horizonte (BRA) 08 Jul 2014 meyaksikan rakyat Brazil menitiskan air mata seterusnya meleburkan harapan para penyokong tuan rumah bilamana selang 3 minit kemudian selepas Kroos menyumbat goal ke 4, kini giliran Khedira menambah kenduri gol ke 5 German.

Keputusan German vs Brazil Piala Dunia 2014
Aksi penyerang German Thomas Muller, meraikan gol pertama buat German ketika menentang Brazil

Keputusan perlawanan babak pertama untuk 45 minit dengan keputusan German 5 dan Brazil 0. Perlawanan babak kedua bermula dengan sepak mula oleh pasukan Brazil dengan posisi 2-4-4.

Keputusan German vs Brazil Piala Dunia 2014
Manuel Neuer German menyekat tendangan penyerang Brazil Paulinho
Pada minit ke 69, giliran Andre SCHUERRLE berjesi nombor 9 menyudahkan gol German yang ke 6. Babak separuh masa kedua menyaksikan Brazil sedaya-upaya menghasilkan 1 gol namun semangat untuk menang terlalu tipis di saingan semi final ini setelah perlawanan masuk ke minit 80.

Brazil semakin lesu bilamana sekali lagi Andre SCHUERRLE, German menambah koleksi gol yang ke 2 untuk perlawanan ini dan di sifatkan sejarah paling buruk dalam arena bola sepak Brazil seterusnya rekod bolos terburuk dalam Piala Dunia kali ini.

Akhirnya pasukan Brazil menamatkan kemarau gol apabila berjaya meledak 1 gol pada minit akhir perlawanan (90) menerusi OSCAR.

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN SEMI FINAL ANTARA GERMAN VS BRAZIL 7-1.

About Author

CARA BUAT DUIT DI BLOG

Propellerads

Post a Comment Blogger

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

 
Top