Latest News
Thursday, August 21, 2014

Keputusan Pemenang Uji Bakat Siri TV Seludup

Keputusan Pemenang Uji Bakat Siri TV Seludup | TAHNIAH ! mungkin itu ungkapan paling tepat kepada pemenang uji bakat siri TV Drama Seludup. Seperti pada artikel yang lepas yang berjudul "UJI BAKAT SELUDUP PELUANG MENANG RM15,000"  telah di war-warkan tentang uji bakat ini dan pada pada 16-Ogos-2014 telah di umumkan bahawa sesi uji bakat ini telah menemui pemenangnya. Tahniah untuk mereka berdua.

Keputusan senarai Pemenang Uji Bakat Siri TV Seludup
Pemenang Uji Bakat Siri TV Seludup

Siapa Pemenang Uji Bakat Seludup?

Siri Uji Bakat "Seludup" telahpun berakhir dan pengumuman telah di buat yang mana dua pemenang peraduan #masukdramaseludup iaitu Mohd Andika bin Abdul Halim (25 tahun) dan Nur Afieqah Binti Zulkarnain (20 tahun) yang mana masing-masing berasal dari Johor dan Kuala Lumpur.

Mereka berdua berpeluang untuk bergandingan dalam drama siri Seludup bersama nama-nama besar industri hiburan negara seperti Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Namron, Syafie Naswip dan Raja Ilya dan juga pengarah eksekutifnya sendiri iaitu Jehan Miskin di episod ke 13 yang akan turut membintangi drama bersiri ini nanti.


Keputusan Pemenang Uji Bakat Siri TV Seludup


"Saya amat berterima kasih kepada para juri yang telah memilih saya dan saya percaya saingan adalah sangat sengit. Peluang ini akan saya gunakan sepenuhnya untuk mencapai impian saya menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya". 
Ujar Andika ketika di temubual. Turut berkongsi kegembiraan, Nur Afieqah, seorang pelajar yang menyifatkan peraduan ini sebagai usaha yang sangat unik untuk mendedahkan bakat baru dengan realiti sebenar Selain peluang keemasan untuk berlakon di dalam drama 'Seludup'. Kedua-dua mereka menerima hadiah bernilai sehingga RM15,000.

Pelancaran Drama Aksi Seludup

Siri TV Drama Seludup ini akan di lancarkan oleh Astro Malaysia dan Mastermind Group Sdn. Bhd., drama sarat aksi dan cinta ini berkisar tentang kegiatan perdagangan barangan haram seperti rokok seludup, dadah dan pemerdagangan manusia yang menjejaskan pendapatan, keselamatan dan kualiti hidup masyarakat Malaysia. Produksi ini telah memilih daerah Pantai Pengkalan Balak di Masjid Tanah, Melaka sebagai lokasi dan kini di dalam fasa kedua penggambaran.

Untuk mendapatkan infomasi lanjut mengenai peraduan #masukdramaseludup dan aktiviti-aktivi yang di jalankan anda bolehlah ke laman faceBook rasmi Seludup di facebook.com/seludup.

Tentang Mastermind Group Sdn Bhd.

Mastermind Group Sdn Bhd adalah pusat sehenti untuk penerbitan kandungan berkualiti tinggi bagi penonton tempatan dan antarabangsa. Portfolio perkhidmatannya merangkumi pengkonsepan kreatif ke penghasilan kandungan, produksi dan pasca-produksi untuk pelbagai klien bebas. Sejak 2009, Mastermind Group telah mencipta kandungan layar untuk barisan klien yang mengagumkan termasuklah Heinz, McDonalds, Kidzania, Canon, Tabung Haji, Berjaya Corporation, Korea Tourism Organization, 8TV, Asian Food Channel, Astro Malaysia, CNBC, AXN. Syarikat ini diketuai oleh seorang ikon serba boleh industri televisyen, Jehan Miskin. Untuk maklumat lanjut mengenai Mastermind Grouplayari www.mastermindgroup.com.my.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi :
Nizam Khamis | Senior Consultant | Geometry Global | +6019-388 7147 | Mohd.Nizam@geometry.com
Amy Lisa | PR Associate | Geometry Global | 6019-289 5125| amy.lisa@geometry.com
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Keputusan Pemenang Uji Bakat Siri TV Seludup Rating: 5 Reviewed By: potia casadelarossa