Latest News
Friday, April 24, 2015

Inspitari 2014 Martabat Karya Tarian Baru Elemen Tradisi

INSPITARI 2014 Martabat Karya Tari Kreasi Baru Sarat Elemen Tradisi | 6-7 September 2014 Bertempat di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berlangsung Malam Gala gilang gemilang yang di gelar Inspitari 2014. Acara seni tari tradisi bagi memartabatkan seni dan budaya tarian anjuran Jabatan kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN).

Inspitari 2014 Martabat Karya Tarian Baru Elemen Tradisi
Inspitari 2014 Martabat Karya Tarian Baru Elemen Tradisi

Apa Itu Inspitari 2014

Inspitari 2014 adalah program kesinambungan inspitari yang telah bermula sejak 2010 hingga 2014 yang mana melibatkan 16 kumpulan kesenian JKKN. Istilah INSPITARI adalah gabungan dua perkataan iaitu Inspirasi dan Tari yang membawa maksud menggarap idea baharu tari yang kreatif dan inovatif menerusi kajian dan penyelidikan yang dilaksanakan oleh koreografer seluruh negara.

16 Tarian Inspitari 2014

Inspitari pada tahun 2014 ini menyaksikan kesemua 16 tarian yang dihasilkan lebih variasi sifatnya serta keseluruhan naskah tari ini di gubah semula dan telah diberi nafas baru dari segi pola lantai, pergerakan dinamik mahupun susunan lagu dan busana.

Tarian Kiut Dan Kabbadi

Persembahan dari Kumpulan Kesenian JKKN (Ibu Pejabat) yang terdiri daripada 22 orang artis Budaya yang mempersembahkan 2 tarian iaitu KIUT dan KABBADI. Sebuah karya terbaru yang diilhamkan dari sebuah tarian Indung (Pahang).

Bagi memperkayakan koleksi tarian rakyat terkini, penambahbaikan telah dilakukan di dalam irama lagu dan gerak tari. Tarian ini menggambarkan aktiviti merumput padi di sawah atau Huma yang menggunakan sejenis alat yang dipanggil "KIUT" atau "KERI".

Inspitari 2014 Tarian BaruTradisi Negeri Pahang
Inspitari 2014 - Tarian Baru Tradisi Negeri Pahang


Manakala KABADDI pula diilhamkan daripada sejenis permainan tradisi masyarakat India Kabaddi. Karya baru yang dinamakan Kabaddi Attam ini, Di Inspirasikan dari permainan yang begitu popular dalam masyarakat India iaitu Kabaddi yang mana permainan ini agak sedikit serupa seperti permainan masyarakat Melayu iaitu Galah Panjang.

Tarian Rambong Krathong

Rambong Krathong dibawakan khas dari JKKN Perlis. Rambong Krathong yang bermaksud tarian dan Krathong pula bermaksud hiasan berbentuk Bunga Teratai yang diilhamkan daripada perayaan Loy Krathong. Is digambarkan dalam karya ini dengan iringan lagu yang berunsur tradisi komuniti masyarakat Siam Perlis.

inspitari 2014 Tarian Rambong Krathong
Inspitari 2014 Tarian Rambong Krathong

Tarian Met Ketok

Met Ketok adalah gabungan perkataan MET (mata) dan KETOK (hari). Tarian pertaruhan dari JKKN Kedah ini diadaptasikan daripada keindahan cahaya matahari sebagai simbolik tanda terima kasih syukur masyarakat orang asli suku kaum Kensiu.

Keunikan tarian ini terletak pada gerak kaki seperti jalan itik. Pola gerakan bulatan masih dikekalkan sebagai lambang acara keramaian imej dan busana suku kaum Kensiu dalam tarian ini masih dikekalkan.

Inspitari 2014 Tarian Met Ketok
Inspitari 2014 Tarian Met Ketok

Tarian Ghemeh

Dari JKKN Pulau Pinang pula mempertaruhkan tarian yang di panggil Ghemeh. Tarian Ghemeh di inspirasikan daripada siput Remis atau Ghemeh dalam loghat utara yang di kenali juga sebagai siput lala kecil.

Karya baharu ini menggambarkan keseronokkan dan keghairahan mencari Ghemeh. Gerakan tari Ghemeh diasimilasikan daripada pergerakkan tangan (mengorek) dan kaki (menguis).

Inspitari 2014 Tarian ghemeh
Inspitari 2014 Tarian ghemeh

Tarian Rontak Kudo

Bunyi seolah tarian dari Negeri Sembilan tapi Tarian Kudo ini adalah tarian pertaruhan JKKN dari Negeri Perak. Tarian yang diangkat daripada masyarakat Etnik Rawa, Gopeng Perak. Pada asalnya tarian Rontak Kudo ini berbentuk persembahan nyanyian dan berbalas pantun sahaja, Namun ragam tari cuba dilahirkan berdasarkan nama kesenian ini.

Ia digambarkan melalui seekor kuda yang sedang menari, serta lenggok badan dan kepala yang ditunjukkan oleh kuda tersebut. Manakala dari segi muziknya pula ia digubah menjadi rancak yang mana pada asalnya hanyalah bunyi paluan Rebana asli yang seakan-akan bunyi tapak kaki kuda.

Inspitari 2014  Tarian Rontak Kudo
Inspitari 2014  Tarian Rontak Kudo

Tarian Keroncong berdendang Kasih

Persembahan JKKN Selangor menonjolkan gerak tari berasaskan irama keroncong. Gerak Tari Keroncong yang menerapkan nilai kasih sayang melalui perincian gerak tarinya. Kesantunan gerak tari teruna dan dara juga dikekalkan. Lagu keroncong juga dipilih untuk Inspitari kali ini kerana muzik keroncong telah diangkat dan diiktiraf oleh kerajaan Negeri Selangor sebagai "Sound of Selangor" dan merupakan jati diri Negeri Selangor dalam aspek muzik.

inspitari+2014  Tarian Keroncong Berdendang Kasih
Inspitari 2014  Tarian Keroncong Berdendang Kasih

Tarian Lenggang Bukit Bintang

Sesuai dengan nama tarian ini, ianya dibawakan khusus dari JKKN Kuala Lumpur yang mana bersesuaian dengan ciptaan tarian baru yang berkonsepkan Kota Metropolitan. kalau pada tahun 2013 JKKN Kuala Lumpur mempertaruhkan tarian "Joget kasih LRT" dan pada tahun ini pula Lenggang Bukt Bintang.

Bunyikan agak lucu akan tetapi gerak tari yang diilhamkan dari simpang empat Bukit Bintang ini mempunyai ceritanya yang tersendiri. Tarian Lenggang Bukit Bintang ini di suntik dengan elemen percintaan sepasang kekasih untuk menjadikan ianya lebih menarik dengan gerak dan langkah asas Inang. Irama dan lagunya sesuai untuk menguatkan cerita Lenggang Bukit Bintang ini.

Inspitari 2014 Tarian Lenggang Bukit Bintang
Inspitari 2014 Tarian Lenggang Bukit Bintang

Tarian Ghontak Bongai

JKKN Negeri Sembilan pula mempertaruhkan seni Tarian yang di beri nama Ghontak Bongai, yang mana tarian baharu ini diolah dari sebuah lagu bergenre Bongai dari Negeri Sembilan yang bertajuk Donak Donai.

Tarian yang diselit elemen senda gurau ini sengaja di tampilkan begitu bagi menunjukkan tarian Zapin baharu yang mana tidak terdapat dalam tarian Zapin Johor.

Inspitari+2014 Tarian Ghontak Bongai
Inspitari+2014 Tarian Ghontak Bongai

Tarian Tari Nazam

Bagi JKKN Melaka pula mempertaruhkan Tari Nazam yang merupakan tarian ciptaan baru yang di inspirasikan dari kesenian nazam yang terkenal di Negeri Melaka. Asalnya persembahan ini di persembahkan dalam posisi duduk dalam satu barisan. Namun begitu gerak tari ini dicipta dan pergerakkanya tertumpu pada gerak kaki serta ditarikan dengan menggunakan kayu pendek yang mana kayu tersebut adalah kayu pemukul Tabuh.

Inspitari+2014 Tarian Nazam
Inspitari 2014 Tarian Nazam

Tarian Mappa Duppa

Mappa Duppa membawa erti selamat datang yang di pertaruhkan dari JKKN Negeri Johor. Tarian Mappa Duppa di inspirasikan dari Maduppa Bosara iaitu tarian yang popular dalam masyarakat Bugis di daerah pontian Johor.

Tarian ini merupakan acara menyambut dan menjamu tetamu dengan pelbagai hidangan yang di letakkan di tapak tangan dengan menggunakan talam yang mana ianya ditutup dengan tudung saji kecil.

Inspitari+2013 Tarian Mappa Duppa
Inspitari 2014 Tarian Mappa Duppa / Gambar dikbee.com

Tarian Lenggok Che' Nor

JKKN Negeri Pahang memersembahkan tari yang di beri nama tarian Che' Nor. Sebuah tarian baru yang mengisahkan tentang seorang wanita yang telah membuat Warung dan dikenali ramai ketika itu. Beliau seorang yang dermawan, baik budi pekerti, bijaksana, di segani dan di hormati di seluruh Pekan. Daripada situlah Pekan itu di beri nama Chenor.

Inspitari+2014 Tarian Lenggok Che' Nor
Inspitari 2014 Tarian Lenggok Che' Nor / Gambar dikbee.com

Tarian Rejam Jenga

Tarian Rejam Jenga di adaptasikan daripada tarian Awang Kasim Gila dalam kesenian tradisional - Saba. Gerak tari Rejam Jenga taruhan JKKN Terengganu yang menggambarkan suasana berlayar, berlabuh dan besawai. Istilah "Rejam" bermaksud menghentakkan kaki, manakala "Jengga" bermaksud "Kuala Jengal" dalam loghat Hulu Dungun. Gabungan keduanya maka terhasillah nama Tarian Rejam Jengan.

Inspitari+2014 Tarian Rejam Jenga
Inspitari 2014 Tarian Rejam Jenga

Tarian Mek Bungo

Tarian Mek Bungo adalah garapan daripada gerakan memetik bunga di Taman Serendah Sekebun Bunga. Kejelitaan si anak dara (Mek Dara) sering membuatkan pemuda (Abe) terpaut. Tujuh kumtum bunga di sulap bersama pemuda (Abe) untuk di sisipkan disanggul sebagai pemanis si dara. Tarian ini menjadi taruhan JKKN Kelantan.

Inspitari+2014 Tarian Mek Bungo
Inspitari 2014 Tarian Mek Bungo

Tarian Ulun Madai

Sabah kaya dengan kepelbagaian etnik pula menghasilkan tarian Ulun Madai yang mana mengisahkan kehidupan masyarakat suku kaum Idaan yang tinggal di Lahad Datu Sabah. Tarian pertaruhan JKKN Sabah ini menceritakan Kunak ketika mencari rezeki dengan mengutip sarang burung di Gua Madai.

Setibanya musim menggalap iaitu mengutip, pelbagai kerenah dan ragam dapat dilihat yang menggambarkan jalinan kerjasama hidup bermasyarakat. Tarian ini berasaskan tarian menggalap dan diadaptasikan dalam bentuk karya baharu yang di namakan Tarian Ulun Madai.

Inspitari+2014 Tarian Ulun Madai
Inspitari 2014 Tarian Ulun Madai

Tarian Ngalai Apu' Busak

Ngalai Apu' Busak  di adaptasikan daripada lagu rakyat Busak Pakui suku kaum Lun Bawang yang mejoritunya menetap di pedalaman utara negeri Sarawak. Tarian ini di olah mengikut kegiatan dan kerja harian merek ke hutan untuk mencari sumber rezeki. Sehinggalah mereka terjumpa (Apu -dalam loghat Lun Bawang) sejenis bunga  (Busak - dalam loghat Lun Bawang) yang sangat cantik dan unik.

Bunga itu melambangkan keanggunan, kelembutan dan keindahan. Ini dipamerkan menerusi gerak tanga dan lenggok badan penari wanita. Kesinambungan gerak tari dan alunan musik melambangkan pertemuan bunga yang unik. Maka lahirlah tarian bahari yang diberi nama Ngalai Apu' Busak.

inspitari+2014 Tarian Ngalai Apu' Busak
inspitari 2014 Tarian Ngalai Apu' Busak

Kesimpulan Inspitari 2014

Sekali pun bertunjangkan komersial, keaslian dan disiplin dalam tarian tradisional masih di kekalkan. Impromasi yang diketengahkan bertujuan menghasilkan persembahan yang lebih menarik, relevan dan seiring dengan tuntutan peredaran zaman. Inspitari 2014 Martabat Karya Tari Baru Elemen Tradisi.

Inspitari 2014 Martabat Karya Tari Kreasi Baru Sarat Elemen Tradisi
Acara penutup yang disertai oleh Datuk Norliza Rofli (di tengah baju biru)


Setinggi perhargaan untuk Destination Malaysia atas jemputan ke Inspitari 2014 ini dan juga Koir Kebangsaan Malaysia. Sekian terima kasih.

INCOMING SEARCH TERM :

Inspitari 2014 Martabat Karya Tari Kreasi Baru Sarat Elemen Tradisi,Inspitari 2014, mysenibudaya, JKKN, nama tarian tradisional
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Inspitari 2014 Martabat Karya Tarian Baru Elemen Tradisi Rating: 5 Reviewed By: potia casadelarossa